Salam Syawal 2021 Di Perantauan

 As Salam,

Tahun lalu kali pertama beraya di perantauan.Tahun ini pula, kali kedua beraya diperantauan.Perasaan sayu tu memanglah ada. Tambah lagi kami ada orang tua yang pastinya menunggu saat menyambut anak menantu dan cucu pulang ke kampung.Apapun, kita telah dipesan supaya selalu ambil yang positif.Tuhan mengingatkan kita, supaya bersabar dengan hal yang kita tidak suka, mungkin ia baik bagi kita.Bersabar juga dengan hal yang kita suka, mungkin ia tak baik bagi kita.Wallahualam.

Salam Aidil Firi kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan kenalan walau dimana sahaja kalian berada.Semoga kita beroleh kegembiraan yang bermakna dalam bulan mulia Syawal ini.

Tahun ini kami sepakat anak-beranak memilih tema colour Navy Blue untuk baju raya kami.Alhamdulillah.Allah permudahkan, walaupun baju raya kami hok yang pompuan ini sampai ke rumah sehari sebelum raya.Pasrahlah.Beli online last minute.

satu-satunya Abang dalam keluarga kami.Walaupun anak nombor empat, tapi tetap anak lelaki pertama yang punya tanggungjawab besar.Sejak kecik dah panggil abang, si Kakak semua pun panggil dia ni Abang.

Best friend Abang.Kami panggil yang ni Adik. Geng bergasak Abang kat rumah yang selalu buat sepah, lepas kena bebel baru nak kemas rumah.Tapi bila part dia kemas, memang wow sangat.

Ayah n his Hero.Team ayah tetap tak boleh lawan team Mama yang selalu happening. Anak dara den lagi ganas dari anak bujang.sabo jelah.huhu.


Dalam kesempatan ini juga, saya ingin ucapkan salam Aidilfitri kepada semua pembaca Blog Cik Matahariku:). Mungkin anda kalangan silent reader blog ini atau new visitor yang baru jumpa Blog saya sebab cari resepi kann.muehehhe.Siapa pun anda,saya sangat menghargai kesudian kalian berkunjung ke Blog ini, menghantar komen dan sudi menjadi Followers sama ada di Fanpage Cik Matahariku, Channel Cik Matahariku di Youtube atau Cik Matahariku di Instagram.

Kemain bagi ucapan raya! haha.Macam ramai sangat followers.


Anak-anak bulus pun nak beraya jugak.Dapat pulak geng anak bulus yang kaler itam.Baju raya dengan anak kucing pun lebih kurang.haha.Tak tau mana satu anak kucing, mana satu baju raya tuan rumah.hihi.


Hari Raya tahun ini paling rare.Buat pertama kalinya, kami beraya tanpa tetamu datang berkunjung dan tanpa ziarah menziarahi keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Semuanya kerana kita cuba sedaya upaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN. Saya secara peribadi dah terbiasa, suka ambik yang positif dalam apa situasi punn.Sehinggakan bila Encik Suami kata tak semangat nak raya tahun ini, Saya ingatkan suami banyakkan bersyukur.At least kita masih ada orang tua dan keluarga, semuanya sihat dan baik-baik sahaja.Walau tanpa mak ayah, kita tetap ada anak isteri di sisi untuk beraya bersama.Malah banyak lagi yang kita ada, yang orang lain mungkin sedang berharap, berdoa dan berimpian untuk mendapatnya..( dah macam membebel pun hado den ni ha..kiki ).


Anak dara bab bergambar memang sakan.Tak cukup dalam rumah, depa sambung luar rumah. bagi chance lah kan.Situ je pun depa boleh pi.luar pagar karang kena saman.



pasrah jelah gambo muka tak ready pun.Si ayah kalau ambik pic, dia bukan kira okey ke tak okey.Bila kita tanya okey tak, okey dah ni dia kata.Hasilnya muka anak senget sebelah pun jadi.haha. Si Mama tetap jugak pilih pic ni masuk blog.Tak payah tunjuk anak dara lawa2 kat sosmed ni, biar pi bagi pic yang muka senget tu.


Syawal tahun ini, saya sedaya upaya mewujudkan feel dan mood raya dalam rumah.Selain sediakan baju raya untuk sekeluarga, saya buat juga cookies dengan anak-anak, masak dan sediakan juadah hari raya. Bukan sebab terpaksa, tapi mencipta moment dan kenangan itulah yang mak-mak macam saya mampu untuk anak-anak ingat bila depa dewasa nanti.



Saya tak mahu bila depa kenang balik zaman sambut raya time PKP, pagi raya pakai baju kelawar dan lepak depan TV makan biskut cicah air kopi.Its not me and Encik Suami Style.Ceh..kemain kereksnya ko.haha.Lagipun benda kita boleh handle kan.Allah izin jika kita berusaha untuk memberi kegembiraan dan kebaikan dalam keluarga.InshaAllah.


Makan-makan pagi raya lepas sesi bergambar dan Munjung kat jiran-jiran.Tradisi Munjung ni kami buat sebab inilah tradisi orang Jawa pada hari raya. Alhamdulillah.Seronok dapat kongsi juadah raya dengan jiran-jiran.



Eh, kuih raya pun hado kak.Tapi tulah.Asbab raya tanpa tetamu, kita pakat keluarkan kuih dengan balang sekali.kiki.Karang habis satu balang, kita keluarkan balang kuih hok lain pulak.


Malam raya, saya dah bagi tentatif pagi raya.Dari bangun solat subuh berjemaah, mandi n solat sunat raya sampailah acara bergambar dan breakfast pagi.Alhamdulillah. Anak-anak pun follow the rules.hihi.Sementara kita boleh guide depa, kita cubalah buat yang paling baik untuk anak-anak dan keluarga kann.



Antara biskut raya yang saya sempat sediakan sebelum raya.Mazola ni favourite Encik Suami. Tahun ini saya ikut resepi Mazola Azlina Ina.Tak payah blend kacang bagai.Hanya guna peanut butter lady choice.Rasanya lebih sedap, lembut dan creamy! memang terbaik resepi ni.Nanti saya share resepi ya!



Biskut Mazola in the house:) Buat dua versi.Satu jenis guna penerap, lagi satu balang guna tangan je buat bulat-bulat sebab nak cepat siap.hihi.



Cornflakes madu ni pulak request dari anak-anak. Saya ikutkan je permintaan depa sebab cookies ni senang nak buat.Buat kuih sambil main phone pon boleh.ciss.


Lagipun, sunnah menghidupkan syawal dengan bergembira. InshaAllah, marilah kita berdoa sama-sama semoga virus Covid-19 ini segera berlalu, dijauhi dan dilindungi kita semua dari musibah mendapat penyakit berjangkit ini.Jika ada kalangan pembaca blog ini yang positif Covid-19, atau ada ahli keluarga yang dijangkiti atau anda sedang dikuarantin, patuhilah semua SOP.Allah memilih anda dengan asbab untuk mendapat kebaikan yang banyak.Semoga bersabar dan mendapat kesembuhan yang syifa.aamin.



Tahun ni ada rezeki buat dan anyam ketupat sendiri.Tahun lepas merata cari daun kelapa tapi dah habis.Orang Joho ada ketupat nasi macam ni baru kira raya kann.heh.



Rebus ketupat dalam 30 biji.Sekali nak buat Munjung kat jiran-jiran. Noxxa ada je kat dapo, tapi dah masuk periuk legend ni, den rebus terus.Alhamdulillah.Masak jugak ketupat ni cuma ambik masa dekat 1 Jam 30 minit. kalau guna noxxa, 40 minit dah setel.



Menaip blog panjang berjela dah macam taip ucapan Guru Besar untuk mesyuarat PIBG pulak ni.kiki.Korang bertabahlah ya.Den ni dekat sebulan tak update blog.Nampak nau update kali ini nak tapau untuk sebulan raya nanti.heh.Sabar na.


Kuah kacang atau sambal kacang ini saya masak ikut resepi Che Nom. Tahun lepas saya buat ikut resepi lain.Alhamdulillah.Resepi ni sangat sedap dan menjadi kuah kacang saya. Rahsianya sila guna gula melaka, tambah air asam jawa dan juga sedikit udang kering. Nak warna cantik macam tu, masak sampai terbit minyak.Rasanya sedang elok manis, masam masin dan berlemak.Marvellous!



Orang Jawa kalau raya, biasanya menu ayam masak kicap memang tak tinggal.haha. Tapi ayam kicap saya ni versi ayam kicap berempah yang juga saya tiru resepi Che Nom. Walaupun versi kicap, tapi rasanya macam kita makan kat kenduri ko.Bukan sebab masuk bakul angkat sendiri tau.Korang cubalah resepi Che Nom tu.memang menjadi dan five starlah rasanya!



Rendang Daging yang ini saya ambik pic time atas dapur lagi.Belum siap pun lagi. Rendang daging ni versi saya sendiri dengan asasnya saya ambik resepi dalam Blog ini.Boleh cari resepi rendang daging yang saya ada kongsikan dalam blog ya.



Sayur Kuah Lodeh versi saya.Pun asasnya saya ikut resepi Che Nom. Alamak.Dah macam made by Che Nom pulak juadah raya tahun ini.heh. Syukur ada Channel Che Nom, bolehlah kita follow resepi dia yang sedap-sedap tu kann.Menjadi pulak tu.



Sambal Goreng jawa versi saya. Kalau nak tengok resepi sambal goreng ni, boleh search kat blog saya ya.InshaAllah, resepi yang lengkap, sedap mudah dan menjadi :)



yeahh.Yang ini ketupat palas.semua orang pun tahu kan. yang ni idoklah teman buat sendiri.saya order dengan orang dan saya suka betul ketupat palas depa ni sebab lembut, lemak manis dan sedaplah senang cakap.Tapi yang ini saya beli hok frozen, jadi bila-bila nak makan tinggal kukus je.Sonnang kann.


Sambil baca blog ini, sudilah kiranya jamu mata dengan gambar-gambar raya kami sekeluarga dan juga hidangan raya kami sekeluarga.Nanti bila saya rajin lagi, saya kongsi resepi juadah raya dalam blog.InshaAllah.Doakan saya rajin berblog ya!


Salam Lebaran, Minnal aidil walfaizzin.


Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!