Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Malam ni saya belum mengantuk.Jam sudah 11.39 malam.Tadi baru selesai siapkan beberapa tugasan untuk program sekolah. Rindu pulak nak menaip dalam blog sendiri. Beberapa kali saya terfikir untuk kongsikan hal ini, tapi kesibukan menyebabkan saya terleka.Aduh.. dunia ini memang akan buat kita semakin sibuk selagi kita tidak berhenti memberi terlalu banyak fokus kepadanya.
Manalah tahu kan. Ini post terakhir saya dalam hayat ini. Rugi pulak saya tidak berkongsi apa yang saya nikmati sejak saya mula mengamalkan selawat dalam kehidupan saya. Tak ingat secara detail, bila saya mula istiqamah berselawat, tapi yang saya ingat saya hanya bermula berselawat dengan kiraan 10 selawat setiap kali selesai solat.huhu. Masa tu saya cuba paksa untuk beramal dengan selawat.Pada peringkat awal, nak selawat pun kena ada orang ingatkan.Teruk betull.
Rahsia Amalan Selawat Menjemput Segala Kebaikan Dalam Hidup
Sebenarnya ramai je ustaz dan ustazah yang berkongsi fadilat dan kaifiat amalan selawat. Saya pasti, korang pun dah dengar banyak hal tentang kebaikan berselawat kan.Hingga saya pernah tonton satu video, bila seorang Ustaz menjawab soalan : Yang manakah lebih utama, Istighfar atau Selawat ? jawapan ustaz ialah Selawat. Huraiannya adalah panjang juga.Cuma yang saya pegang, kenapa saya semakin kuat untuk beramal dengan selawat ialah bila ustaz kata : Bila kita berselawat kepada Nabi SAW, Allah akan berselawat kepada kita.Subhanallah. Ustaz kata lagi, sebagai hamba, bila Allah berselawat kepada kita, ia mengundang rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita yang melimpah ruah dan tak terjangkau manfaatnya.
Pengalaman Menjadikan Selawat Sebagai Zikir Harian
Kan saya bagitahu tadi, saya bermula dengan paksa diri berselawat sebanyak hanya 10 kali selepas solat lima waktu. Masa tu saya kira pakai jari je.haha. Tapi tulah.Bila dah umur-umur mak orang ni.Insoflah sikit.Kita tak muda lagi dah.Sampai bila nak amal zikir setakat 10 20 kali sehari kan? Ini muhasabah saya. Bukan saya pandang rendah amalan orang lain.Saya cerita pasal pengalaman saya sendiri. Rupanya Allah pun kasihan kat saya. Alhamdulillah, Allah bagi ilham sehingga saya berangan nak capai selawat seribu kali sehari.Setakat ini belum pernah konsisten nampaknya.
Sebenarnya tak mudah ya nak amal apa-apa zikir pun kecuali kita kena paksa, paksa dan paksa diri sendiri.Sehinggalah, sampai suatu masa, bila kita hari demi hari, dapat rasai nikmatnya dapat buat amalan zikir ini secara konsisten.
Antara perubahan yang saya nikmati dalam hidup selepas cuba beramal dengan selawat ini banyak. Walaupun hakikatnya belum capai tahap amal lagi pun sebab kadang-kadang time penyakit malas datang, selawat saya kembali 10 kali sahaja selepas solat.Astaghfirullah.( Bab payah istiqamah ni jangan tiru saya.)
Kalau ikutkan, bukan amalan kita atau apa sahaja yang kita buat itu punca Allah bagi kita nikmat. Sebenarnya Allah yang Maha Mulia, maha baik, Maha pengasih dan Maha Penyayang itulah yang kurniakan segala nikmat itu tanpa syarat pun. Sebab tu dalam tajuk post, saya kata Amalan Selawat menjemput segala kebaikan. Bukan total kita pasti dapat kalau buat amalan ini.
Dengan Amalan Berselawat Allah mudahkan bagi saya :
1. Hati tetap tenang dan lapang walaupun Allah tak kabulkan doa atau permintaan kita.
2. Urusan dan pekerjaan kita rasa sangat mudah dan dapat diselesaikan dengan baik walaupun pada asalnya kita rasa macam banyak betul benda nak buat atau kena siapkan.Kadang tak rasa beban pun dengan tugasan yang banyak.
3. Kalau ada masalah kewangan, cepat sahaja dapat selesaikan.Daripada rasa takde sumber kewangan yang cukup, tahu-tahu Allah datangkan pertolongan yang tidak disangka-sangka.
4.Allah lembutkan hati sesiapa sahaja yang berurusan dengan kita.Kadang kita rasa sulit untuk berkomunikasi dengan seseorang, tapi bila dah berjumpa, semuanya lancar dan baik-baik sahaja.
5. Rasa semakin kurang nak bergaduh atau merungut dengan sesiapa atau apa-apa pun.Walaupun kadang ada situasi yang kalau ikutkan masa lampau, saya cepat je melenting atau merungut, tapi sekarang saya biarkan je. Allah kan tahu apa yang berlaku.Pasti Allah yang atur semuanya.Tenang-tenang sahaja:)
6. Perasaan lebih mudah mengalah, lembut hati dengan anak-anak, suami dan anak-anak murid. Saya cepat sensitif kalau apa yang saya buat akan menyebabkan mereka kecil hati, merajuk atau menyusahkan mereka.
7. Walaupun ada je doa yang tak makbul, tapi banyak juga doa yang Allah kabulkan kurang dari 24 jam.Alhamdulillah.Syukur. Allah sebaik-baik tempat berhajat segala keperluan.
Berdoa Dapat Kekal dan Istiqamah Dengan Nikmat Kebaikan Yang Kita Buat
Saya pernah jumpa satu doa ni.Dia ajar inilah doa yang paling humble, bila kita berdoa kepada Allah. Kita minta doa ni tatkala kita buat solat Tahajud. Sebenarnya dalam bab doa ni, Allah suruh kita minta apa sahaja kan? Dan janji Allah, DIA akan kabulkan. Bila makbul doa kita tu, jangan hanya ingat bila Allah bagi sama seperti yang kita mahu sahaja itu sebagai signal makbulnya doa, sebenarnya itu pemikiran sempit dan hamba yang lemah.
Jika Allah tak kabulkan doa, itu maksudnya kehendak Allah lebih baik daripada kehendak kita. Bila Allah bagi yang lain daripada doa kita, itupun maknanya Allah tahu kita sepatutnya dapat yang lebih baik pada lain masa.
Doa yang saya maksudkan itu ialah doa kepada ALLAH, supaya Allah tak ambil nikmat kebaikan yang DIA dah bagi kat kita. Sedihkan, kalau Allah dah bagi kita mudah bertaubat, mudah beribadat, tapi tiba-tiba Allah ambil nikmat tu. Allahuakabar. Doalah senjata kita, jika tidak dapat mengubah takdir, sekurang-kurangnya dapatlah mengubah hati kita supaya sabar dengan takdir.
Saya berhenti di sini dahulu. Harap dapat beri manfaat kepada semua readers yang saya kasihi. Mohon maaf jika post kali ini terlalu panjang dan kurang berfaedah.
Sampai jumpa lagii.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!