High Tea Murid Tahun 6 di SKKBSR Dengan Tema Denim Yang Memukau

 Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera,

High Tea Murid Tahun 6 Dengan Tema Denim-Yay, cuti sekolah dah bermula. Barulah ada masa nak update blog yang suam-suam kuku ni. Apa khabar semua silent readers atau readers blog Cik Matahariku?Semoga semuanya baik-baik sahaja ya!

Sebenarnya dah dekat sebulan juga High Tea Tahun 6 di sekolah saya. Tapi tulah.Kitonyo busy dekat hujung-hujung tahun.Tiba-tiba jadi banyak pulak adhoc report yang kena siapkan. Asalnya unit kurikulum bagi due date siapkan folder digital sehingga 26 Disember, tup-tup semua kena complete before cuti sekolah.Menangis akhkak dik.haha. Alhamdulillah.Kita follow jelah the flow kan.Keje dengan gomen ni, bukan tak boleh banyak bunyi, banyak songeh pun tak digalakkan.heh.

Orait, High Tea dengan tema Denim memang sangat sesuai dengan budak-budak yang meningkat remaja kan.Kita yang mak-mak remaja purba ni layankan je just ikut-ikut sesuaikan dengan tema. High Tea depa ni diadakan di Ancasa Hotel, Port Dickson. Jom saya share gambar.

Dengan banner sekali depa buat ikut tema. Cikgu-cikgu sekolah saya memang selalu beriya kalau buat apa-apa event.Sampai depa yang kat PPD pun dah faham. Dia bukan sebab kita membazir masa atau tenaga atau abaikan pdpc ya, dia sebab passion.haa gitu.

Tema Denim dan anak-anak yang meningkat remaja memang ngam. Warna Denim tu sendiri dan menyejukkan mata kita yang melihatnya kan. Ni gambar kelas anak bongsu saya, haih.Dah bujang anak bongsu den.Sekejap pulak rasanya dia dah 12 tahun.

Cikgu-cikgu pun nak melaram jugak kan musim-musim High Tea ni. Macam yang saya pernah share dalam post terdahulu, sekolah saya ni, kalau ada program mesti ada dress code tau.Bukan takat tema outfit, kadang kalau takdak idea, tema warna berdondon-dondon pun kite orang jadi je.haha.So, sesiapa yang bakal posting ke sekolah den, welcome to the club la.hihi.

Hmmm.spek hitam jangan dilupa.Ini rakan sekelas anak bujang saya. kemain anakku bergaya dengan spek hitam. Anak bujang saya yang duduk no 3 sebelah kanan.Dengan rambut tutup dahi, dia pikir paling stylo la tu.Kita layankan jelah bebudak gen z ni.Aduhaii.

Majlis High Tea Eratkan silaturrahim sesama rakan dan Guru. 
Akhir-akhir ini banyak sekolah yang anjurkan majlis apresiasi khas untuk murid tahun 6. Sebelum-sebelum ini, sekolah saya buat Majlis Graduasi untuk Tahun 6. Sejak dua tiga tahun ini dah tak buat. Jadi, high tea ini lebih kepada acara khas sebagai penghargaan kepada semua murid Tahun 6.

Dia ibarat kenangan manis untuk depa bersama-sama rakan seperjuangan sebelum masing-masing menamatkan zaman sekolah rendah. Saya support je majlis seumpama ini. Sekurang-kurangnya bagi budak-budak kita pengalaman makan sedap kat hotel dan masuk hotel dengan acara khas untuk mereka. Moment meraikan mereka ini, memang menyeronokkan tambah lagi kita buat beberapa pengisian seperti :
1. Persembahan khas daripada setiap kelas
2. Pengumuman Anugerah khas murid seperti Murid Paling Sporting, Murid paling Berhemah dll.
3. Penyampaian Anugerah khas Mengikut Tema Pakaian

Mari saya kongsikan lagi beberapa foto menarik sepanjang majlis.Gambar tuan tanah kedaung tak banyak sebab saya menjalankan tugas sebagai Emcee bersama rakan baik. Biasa macam tulah, dah tugas jadi emcee, kita tak boleh dah nak gerak kemana-mana kecuali dapat member photographer yang concern, adalah dua tiga keping gambar kita.isk.isk.

Kali ini kita up pic gubeso dan pentadbir.Jangan risau.Depa tak tahu pun kewujudan blog ini.Jadi kalau kita up pic pun, InshaAllah semuanya baik-baik sahaja.kihkih.Just nak kongsi outfit depa, manalah tahu ada gubeso sekolah lain yang tengah cari ilham outfit tema Denim untuk orang dewasa.hikss.

Nice kan tema ni.Dengan hand bouquet pun kaler sedondon denim biru.i love this colour la.
Dulu start ajar depa masa darjah 1. Tahun 2020.Ini semua rakan sekelas anak bujang saya.Kira depa ni membesar depan mata saya la kat sekolah tu. Beberapa tahun jugak ajar kelas depa ni, seingat saya masa depa darjah 1, 2, 5 dan 6. Subjek Matematik dan Sejarah. Alhamdulillah.Semuanya jadi murid hebat dengan potensi dan kelebihan masing-masing.Cikgu bangga dengan kamu semua:)

kita bubuh la jugak gambar emcee dengan adik Syu kita. Yang pakai spek hujung tu Adik Aisyah ( solo lagi ) merangkap AJK PA System. Alhamdulillah.Majlis berjalan lancar.Makan pun sedap.hiks.Tqq Abam photographer yang tolong ambik pic kite orang :)

Sebelum menutup story mory High Tea Tahun 6, meh saya share keputusan Anugerah Khas pakaian mengikut tema.

Yeahh.Inilah pemenang bagi kategori yang dipertandingkan untuk depa. Ada 3 anugerah yang dikhususkan mengikut kategori L/ P.Anak Omak menang salah satu anugerah iaitu kategori Superstar Denim tu.Yess.Proud dekat anak bujang sebab dia pandai create outfit sambil tengok-tengok kat vtt.Selalunya dengan dia jugaklah yang omaknya ni tanya pendapat kalau pakai baju, nak pakai tudung kaler apa sesuai. Atau ada event, dia akan bagi pendapat pakai macam mana yang sesuai. Berbakat rupanya anak ai dalam bab stylish ni.

Alhamdulillah. Apapun, sebagai guru, kita usahakan bagi pengalaman yang baik-baik, indah dan dapat dijadikan kenangan manis bersama sahabat handai di sekolah. Semoga kalian dewasa dengan jadi anak soleh solehah yang pandai membezakan yang mana baik dan buruk dan sentiasa menjadi kebanggaan ibu bapa.aamin.

Cik Matahariku,
Paling ingat zaman sekolah rendah dahulu, time ambik hadiah, cikgu siap pakaikan reben merah kat rambut sebab nak bezakan kita kategori penerima hadiah apa.Nampak kecil dan simpla, tapi kita bangga habis masa tu sebab sapa tak pakai reben kat rambut, maknanya dia bukanlah penerima hadiah.hihi.




Post a Comment

0 Comments