Tukar Phone Baru Daripada Iphone XS Kepada Iphone 17 Pro

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Tukar Phone Baru Daripada Iphone XS Kepada Iphone 17 Pro- Kalau ikutkan dah dekat dua bulan saya bergaya  beraya dengan phone baru tau.Tapi tulah.kitonyo sekarang ni dah kena serangan angin kus-kus malas bebeno menulis kat blog. Ini kalilah.Kita lawan rasa malas tu. yeahh.

Antara photo yang sempat dirakam.Tapi inipun bukan guna iphone 17 Pro.Saya guna phone sampingan untuk scroll media sosial.haha. Yelah kan. bila storage penuh, kita letak apps media sosial kat phone sampingan.Urusan kerja kat phone baru. gitu.

Ya Allah,
Aku berlindung dengan Engkau dari rasa lemah dan malas.
Jadikan aku hambaMU yang rajin dan bersungguh-sungguh dalam setiap usahaku.
Ya Allah kurniakan kepadaku rezeki yang aku tidak perlu bersusah payah, berpenat lelah, terkejar-kejar untuk mendapatnya.Aaamin.

Pertama sekali saya nak kongsikan rasa syukur dan terima kasih kepada Encik Suamiku yang baik budi, sudi menghadiahkan phone baru kat isterinya ni, yang kadang banyak songeh, ada masa cheeky, banyak masa rajin memasak  ( haha ), kadang malas lipat baju..huhu.

Apapun, saya mohon kebaikan juga buat suamiku, jika selagi mana saya menggunakan phone baru ini ke jalan yang benar, dia juga mendapat sahamnya.aamin.

Macam tu je dia Transferring Data dari phone XS ke Phone 17 Pro. Phone baru ni storage dia memang berbaloi dan puas hati.InshaAllah sampai pencen saya boleh guna.haha.

Suami saya ni, dia pandai cari jalan short cut nak dapat pahala banyak dan berterusan melalui hal-hal yang dia tahu, kalau dia beri kat saya, sah-sah dia dapat pahala berterusan, walaupun orangnya masih hidup. Contohnya, saya mintak printer untuk kegunaan di sekolah, laju-laju dia sediakan. 

Dia tengok saya berhajat sangat nak Quran terjemahan yang cantik siap ada nota-nota setiap surah dan juzuk, terus je dia bayarkan.Itu belum lagi kalau saya order online setakat stokin, tudung atau telekung, semuanya dia tak membebel.Dia bayarkan je.

Dann.saya akan sentiasa cemburu dengan semua yang dia buat tu. Semoga Allah kurniakan rezeki yang mewah dan barokah buat suamiku tersayang.aamin.

Ok. itu sahaja nak cerita.
Ohh.Satu lagi lupa nak share, kenapa saya tukar phone baru kan? sebabnya mengada   phone sedia ada storagenya dah penuh.yelah awak, kita pakai phone dengan storage 64GB je.Mana maunya. Dekat lima tahun juga saya guna phone tu.Memang takde masalah.Semuanya ok cuma bila dah menjangkau lima tahun, memang tak mampu nak cover storage yang full tu.

Akhir kata,
Mohon doa semua, phone baru ini saya gunakan sebaiknya ke jalan yang benar.Bukan jalan yang sia-sia. Sampai jumpa lagi :)

Post a Comment

0 Comments