Resepi Rahsia Buat Sambal Belacan Lebih Sedap Dari Biasa

Dengan Bismillah Salam Sejahtera,
Kalau cakap pasal makanan, memang tak akan habis.Kali ini suka pula saya kongsikan tiga resepi rahsia buat sambal belacan yang rasanya sudah tentu lebih sedap daripada biasa.Err.Ini real punya sambal belacan tau.Lagi satu, ini sambal belacan versi tumbuk-tumbuk punya.Takdak guna blender atau pengisar makanan segala mak nenek.hoho.


Biasanya, sesetengah orang kalau buat sambal belacan, hanya akan letak cili dan belacan juga sedikit air asam kan, tapi resepi kali ini saya kongsikan resepi sambal belacan yang saya sendiri pernah membuatnya.Memang lebih sedap dan marvellous!

Ini sambal belacan biasa yang dimakan bersama ulam-ulaman

Resepi Pertama  :

Bahan-bahan Buat Sambal Belacan
  • 10-15 biji cili padi
  • 2-3  inci belacan
  • 2-3 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • Garam gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng

  • Bawang dipotong atau belah 4 atau 6
  • Tomato dibelah 4 atau 6
  • Goreng semua bahan kecuali garam dan gula
  • Goreng sampai layu, tapi jangan garing
  • Setelah itu tumbuk semua bahan yang digoreng tadi
  • Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa.
Resepi Kedua :

Bahan-bahan Sambal Belacan Yanmie Online 
  • Belacan agak-agaklah ye
  • Bawang Merah setengah ulas
  • Cili padi ikut suka hati banyak mana
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • Air asam/limau

Cara Menyediakan Sambal Belacan Yanmie Online
  • Goreng bawang, belacan dan cili padi hingga naik bau dan bawang tu nampak lembik sikit
  • Angkat dan tumbuk, sambil tu masukkan garam dan gula
  • Tumbuk hingga lumat
  • Tambahkan air asam
  • Dalam kuali, goreng lagi sekali sambal belacan tadi dengan sedikit minyak untuk bagi kick sikit rasanya
  • Sedia untuk dihidang bersama nasi panas-panas phew~
Resepi Ketiga

Bahan-Bahan
  • Cili padi hijau atau merah dalam 10-20 tangkai ( Kalau tak kuat pedas, boleh kurangkan)
  • bawang merah 3 biji sederhana kecil
  • bawang putih 1 biji
  • ikan bilis dalam setengah gengam
  • belacan dalam 1 setengah inci
  • minyak untuk menggoreng
  • garam dan gula secukupnya.
  • dua biji limau kasturi untuk diperah airnya.
  • Pastikan semua tangkai cili telah dibuang.
  • Potong atau belah dua atau empat bawang merah dan bawang putih.
  • Ikan bilis juga pastikan sudah dibersihkan.
  • Kemudian goreng semua bahan tadi iaitu cili, bawang putih, bawang merah, belacan dan ikan bilis.
  • Kalau nak lebih sedap dan mudah menumbuk, goreng ikan bilis terlebih dahulu baru diikuti yang lain.
  • Jangan lupa tutup kuali dengan tutup periuk semasa menggoreng supaya cili tidak meletup dan terkena kulit tangan atau muka.
  • Pastikan cili sudah layu, kemudian angkat dan masukkan dalam lesung batu.
  • Tumbuk sambal tidak perlu terlalu lumat.Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Perahkan air limau dan gaul dengan menggunakan sudu.
  • Sedia untuk dimakan dengan nasi panas-panas..yay!
Resepi sambal belacan yang versi goreng ni biasanya saya lawankan time makan nasi berlaukkan kari daging atau ayam, masak sayur air, masak lemak putih atau masak kicap.Sambal belacan goreng kurang sesuai dijadikan pencicah.Ia lebih enak dimakan bersama nasi putih dan lauk yang saya sebutkan tadi.

Selamat mencuba resepi aneka sambal belacan:) Boleh kongsikan jika suka..:)

Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!