Cara Buat Roti Sardin Gulung Dengan Inti Yang Super Sedap

As Salam,
Cara Buat Roti Sardin Gulung Dengan Inti Yang Mudah Dan Sedap- Cuti sekolah kali ini saya malas nak bergaduh dengan anak-anak pasal breakfast atau lunch, hatta dinner sekalipun.Sebelum buat breakfast, saya akan tanya depa nak makan apa, then barulah saya masak ikut permintaan anak-anak.Setakat ini depa request benda-benda yang boleh kawtim lagi.mueheh.

cara buat inti roti sardin gulung yang sedap
Roti sardin gulung edisi rajinlah sangat. Siap ada extra cili hijau bagai.Roti sardin gulung yang ini versi saya potong dua dahulu sebelum celup dalam campuran tepung dan telur.Ini ko buat kalau mak mertua datang umah.kiki.

gambar roti sardin sedap
Roti sardin gulung yang ini, yang saya baru buat untuk breakfast pagi tadi.Yang ni lepas ko dah gulung dengan inti sardin, ko celup terus dalam telur, lepas goreng barulah ko potong bagi nampak comel sikit.Yang ini versi ko makan anak beranak je kat rumah.kiki.

Setakat buat roti sardin gulung ni den mampu lagi,haha.Roti sardin gulung ni sebenarnya bukan sahaja favourite anak-anak, ia juga favourite ayah depa.Tapi roti sardin gulung cara saya ni, sebenarnya khas untuk mak-mak yang rajin je tau.kiki.Bajet macam dia rajin sangat kan. Mesti korang nak tahu jugak kan, best sangat ke roti sardin gulung Cik Matahariku? Jom, akak buat step by step.Ini edisi untuk anak dara atau mak dara yang baru nak up ya.:)-

resepi roti sardin untuk jualan
 Ini pula versi kalau ko nak jamu Encik Suami ko breakfast dengan makanan favourite dia.heh.

sardin gulung cik matahariku
Respon En Suami bila saya ambik pic dia time makan roti gulung sardin air tangan wife dia.
Mimik muka memang tak boleh blah kan.Macam tu sekali dia punya feeling.Rasa nak sekeh pun hado.haha.

Akak nak guide buat roti sardin gulung yang super sedap tau, lain dari biasa dan bukan setakat sedap sahaja.hihi.

Cara Buat Roti Sardin Gulung Dengan Inti Yang Mudah Dan Sedap
Sumber resepi : Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan Inti Roti Sardin Gulung:
Satu bungkus roti Gardenia pack Jumbo
Satu tin Sardin ( tak kisah brand apa pun )
Sebiji bawang besar ( dipotong dadu )
Satu ulas bawang putih ( diracik halus )
Satu inci halia ( diracik halus ) untuk kurangkan/ hilangkan bau hanyir sardin.
6-8 tangkai cili padi ( dihiris halus ) kalau tak suka pedas kurangkan )
2 biji telur ( digunakan sebagai bahan inti )
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan Goreng Roti Sardin
Roti sardin yang dah siap digulung
Tiga biji telur
Secubit garam
Minyak untuk mengoreng

Step By Step Buat Roti Gulung Sardin Yang Super Sedap!

 First sekali, ko hiris bawang besar pattern dadu dan racik halia dan bawang putih bagi halus.Tak payah beriya sangat pattern dadu bawang ko tu, janji time anak-anak nak makan, takde yang tercekik bawang.Itu kira dah cukup bagus. Sardin brand Cinta ni khas dari my Husband untuk ai je tau.tak kuasa!

 Yup! inilah tips dan rahsia roti sardin gulung saya menjadi kegilaan sekeluarga.heh.Saya tumis bawang,cili dan halia tu nak bagi rasa inti lagi mantap.Kita masak dia macam biasa beb.Sebab tu saya kata, resepi sardin gulung ni untuk mak-mak yang rajin sikit.hiks.Kalau ko mak yang malas, ko dok tepi dulu ya.

 Time ko masukkan sardin, jangan curah semua sos sardin tu.Tujuannya nak kurangkan bau dan rasa hanyir sardin tu.Lagi satu, kita nak buat inti, jadi kalau ko curah semua sos dalam tin tu, inti sardin korang akan jadi berair nanti. Nanti bila nak goreng roti tu, meleleh keluar sos dia.Tak ngamlah kan.

 Taraa.Ini satu lagi tips dan cara nak bagi inti sardin gulung ko jadi super sedap dari biasa.Kita pecahkan dua biji telur gred C dan biarkan seketika sebelum kita kacau bagi sebati dengan inti sardin tadi. Ko masak sampai inti sardin kering dan bolehlah angkat dan masukkan dalam bekas yang sesuai.

 Inilah rupa paras inti sardin kita yang super sedap dan sedia untuk digulung dalam roti.

Macam akak bagitahu tadi, cara buat roti sardin gulung ni khas untuk anak dan mak dara yang baru nak up.Sebab tu, akak ajar cara nak letak inti dan gulung roti macam biasa.Kalau nak bagi mudah lagi, ko penyekkan sikit roti tu bagi rata, biar senang nak gulung dia nanti. 

cara buat sardin gulung
 Akhirnya siap juga akak siapkan roti gulung sardin ni untuk buat stok sekali.Maklumlah time cuti sekolah, perut anak-anak kat rumah macam anak ikan, lapo memanjang. Kat dalam mangkuk putih tu telur yang dah dikacau dengan secubit garam, sedia untuk digoreng.

part paling seronok bila kita buat sendiri makanan untuk anak-anak kat rumah, kita boleh buat ikut kesukaan kita kan? Contohnya kita boleh letak inti sardin banyak-banyak.Takde siapa nak marah kan.Anak-anak pun boleh makan ulang-ulang.Memang puas hati:)

 Bila minyak dah panas, ko boleh celup roti gulung dalam telur tadi dan goreng sehingga kuning keemasan.

 Jangan lupa balik-balikkan roti sardin gulung ko tu.Karang dia hangus pulak.Roti gulung sardin ni cepat hangus dan ireng warnanya.Ko kena standby je sebelah kuali tu.Jangan pulak main tepon time masak. Safety first ya kawan-kawan.

 Dah siap goreng roti sardin gulung kita. Tak sampai hati nak bagi anak makan roti besor gedabak macam ni, so ai adjust bagi cun sikit macam kat bawah.Alhamdulillah, licin dengan jayanya sepinggan roti sardin ni buat breakfast pagi tadi.kiki.

Sekian, laporan khas cara-cara buat roti gulung sardin yang super sedap.ko jangan beriya baca resepi, buatnya idak ya!muehehhe.

roti sardin gulung yang ini khas untuk Encik Somi breakfast sebelum pi keje.Pandai tak ai ambik hati dia.kiki.

Orait, thanks reading this entry guys! jangan lupa #resepicikmatahariku- 


Post a Comment

6 Comments

  1. sedapnyee..oh ye kita ada guna resepi donut cik matahri untuk buat jualan. minta halal ye. done follow sini.. terima kasih atas resepi yang sedap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.semoga terus maju perniagaan puan:)

      Delete
  2. sedap nih, akak suka juga buat roti sardin gini... cuma sardin tu selalu akak campur dengan mayonis lepas dah siap masak, masa goreng akak suka guna bancuhan tepung gandum lebih ranggup gitu hehehe...
    tengok ni terliur lak, lama dah tak buat menu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun suka resepi sardin gulung yang digoreng dengan sedikit tepung gandum dan telur.ada rangup2 sikit kann.

      Delete
  3. Sy dah buat resepi sardin roll dgn sedikit tambahan carrot dadu dan ganti cili hijau (harum + tak pedas). Trm ksh byk utk resepi ni dan husband suka sgt walau ni percubaan pertama sy.

    Best baca blog ni. Keep it up! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq cuba resepi disini, alhamdulillah.kita memang kena ada resepi2 simple macam ni utk family.kadang yang simple tulah yang depa suka kann.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!