As Salam,
Hey! sekejapnya bulan Januari dah habiss! Begitulah ungkap saya kepada seorang teman tadi di sekolah, tatkala kami sama-sama mahu punch out di pejabat sekolah.Rupanya kesibukan itu memang benar-benar buat masa berlalu dengan sangat pantas.Tahu-tahu, sudah 31 hari tahun 2020 berlalu dalam hidup kita.Mudah-mudahan 31 hari yang berlalu adalah hari-hari yang tidak akan kita sesali walau sehari atau seminit dari hidup kita.aamin.
Ada beberapa ( banyak sebenarnya ) yang saya ingin kongsi sepanjang Januari ini.Alhamdulillah, semuanya berita baik dan mengembirakan diri saya dan juga sekeluarga.Memang excited nak kongsi. Bukannya nak expose sangat, tapi saya ingin moment ini menjadi kenangan saya, suami dan anak-anak kemudian nanti.InshaAllah.
Penghujung Disember 2019, kami sekeluarga mendapat khabar gembira apabila puteri sulung kami mendapat result PT3 dengan cemerlang.Ceritanya mengambil UPSR, ke sekolah berasrama semuanya ada saya kongsikan di sini :
Kak Iman bersama result PT3nya.Syukur.Rezeki anak sulung saya masih berupaya mencapai 9 straight A, dan 3 subjek yang lain B. Anak sulung saya ni bersekolah dalam aliran agama, dia mengambil 12 subjek kesemuanya.Kalau ikut saya, memang tak mampu kot nak dapat result macam dia ni.huhu.Tahniah kak! Mama doakan akak terus cemerlang dalam apa jua usaha yang akk lakukan.aamin.
Berita Gembira kedua pula, Bilik Khas yang saya uruskan bersama rakan AJK Unit SPBT, telah dianugerahkan Pengurusan Bilik BOSS Terbilang ( Bilik SPBT ) Kategori Sekolah Rendah Peringkat JPN Negeri Sembilan.Yay! siapa tak happy kan. Saya happy sebab berkat pertolongan dan kerjasama rakan sekerja, hasrat sekolah kami untuk meraih pengiktirafan ini berjaya akhirnya.
Bersama Puan Guru Besar yang mewakili sekolah kami untuk menerima hadiah dan sijil penghargaan.Kalau ikut saya, mahu satu sekolah, khasnya rakan-rakan team aitns saya nak angkut sekali ke majlis AITNS ni, tapi tulah, saya datang pun sebab GB yang ajak, kalau tidak, saya pun tengok dari jauh jugak.haha.
Anugerah Insan Terbilang Negeri Sembilan (AITNS) ni banyak kategori sebenarnya. Sekolah saya mendapat pengiktirafan ini dalam kategori Bilik Khas Terbilang.Tak sabar nak share disebalik tabir
usaha-usaha rakan saya dalam team AITNS membantu unit SPBT dalam memastikan kami berjaya mendapat pengiktirafan ini.
Puan GB sekolah mewakili unit SPBT menerima hadiah dan sijil penghargaan.
Alhamdulillah, dapat wang tunai juga:) Allah sebaik-baik pemberi rezeki.aamin.
Seperkara lagi yang mengembirakan saya dan Encik Suami pula ialah anak bongsu kami telah selamat masuk ke darjah 1.yay! haha.Kemain mak dengan pak sorang ni. Nak besarkan lima orang anak dan sehingga anak bongsu masuk darjah satu, bagi saya antara nikmat dan kegembiraan kami berdua.
Putera Bongsu kami -Aryan Iman sudah bersekolah rendah dalam darjah satu.Dia nampak happy dan mudah menyesuaikan diri.Harapnya dia tak susahkan saya kat sekolah.haha.Sebab anak yang sorang ni banyak akal sikit dan banyak songeh.haha.bertabahlah ya.
budak Aryan ni nampak ligat, tapi rupanya ada problem nak fokus.Pada hari pertama dan kedua sekolah, dia tak sure lokasi tandas dan kelas.kiki. Baru dia tahu.Dia ingat sekolah ni kecik ke apa.
lunch kat bilik mama dengan best friend forever (abang kandung sendiri) yang tak sama dan takde rupa adik beradik langsung. kan?Bisalah anak cikgu SPBT, terpaksalah korang makan di balik timbunan buku-buku.haha.
Berita gembira yang seterusnya, keluarga besar kami baru sahaja menyambut anak buah baru-bukan baby ya.Tapi anak buah yang dah besar dan sudah bekerja.kiki.Tahniah kepada anak saudara sulung ( puteri sulung abang Long saya) yang telah selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati yang kami juga sukai.hihi.Syukur majlis berjalan dengan sangat lancar dan meriah.
stand dengan sign nama pengantin-berkenan dengan yang ni.lawa kann?
pasangan pengantin Fathiah Nabila dan suami
Family kecil Abang Long saya:)
Alhamdulillah, selamat dan sah menjadi suami isteri:)
pengantin lama yang perasan muda.Bagi chancelah ya.
Semoga segala kebahagiaan yang kami sekeluarga nikmati ini berpanjangan dan membantu kami dalam usaha menjadi hamba-hambaNya yang bersyukur dan beramal soleh.aamiin.
Sampai jumpa lagi.InshaAllah.
P/S : Bahagia bukan datang dari luar, Bahagia datang dari dalam diri kita sendiri:)
7 Comments
alhamdulillah untuk semua rezeki dan pencapaian =)
ReplyDeleteterima kasih sis, alhamdulillah:)
DeleteTahniah semuanya
ReplyDeletealhamdulillah, syukur:)
ReplyDeleteTahniah cikgu
ReplyDeletemacam-macam berita happy ye kak, tahniah semuanya... moga hari mendatang nanti pun ada seribu kegembiraan...
ReplyDeletebab gambar pengantin lama berbaju hijau tu, kenapa pengantin perempuan serius sangat muka, nasib pantin laki siap lentok lagi hehehe...
alhamdulillah, aamin utk doanya sis:)pengantin pompuan kena serius, kalau tak pengantin lelaki bwk lagi seorang pengantin..haha..
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!