Kita Dan Corona Virus-19 : Allah Sebaik-baik Tempat Berlindung dan Bergantung

As Salam,
Pertama sekali, marilah kita panjatkan doa kepada semua sahabat, saudara-mara, jiran tetangga atau sesiapa sahaja yang ketika kita diperintahkan duduk di rumah dan tidak ke tempat kerja, mereka-mereka ini sedang berkorban dan berjihad sebagai frontliner atau backliner kepada kita semua demi memastikan keselamatan kita dari ancaman Virus Covid-19-Virus yang kini menjadi sebutan dan asbab ketakutan umat manusia.

Coronavirus atau Covid-19-Virus yang kini menyerang umat manusia di seluruh dunia.

Pertama kali saya dapat input tentang virus ini melalui siaran berita tentang wilayah Wuhan di China yang diancam penyakit berjangkit ini.Kemudian saya Google di Fb, tentang punca, simptom dan bagaimana virus merebak dengan sangat pantas ke pelusuk dunia.Sungguh.Allah Maha kuat, Maha besar dan Maha berkuasa.

Langkah pencegahan merebaknya virus Corona

Manalah kita mampu terfikir, dengan makhluk sekecil-kecil seperti Corona Virus ini-bisa membuat kita tidak mampu dan tidak upaya untuk bergerak-gerak ke mana-mana.Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan nyata membuat kita saling pandang memandang antara satu sama lain sehingga tidak mampu berkata apa-apa melainkan menjarakkan diri antara satu sama lain.

Semoga bencana ini segera berlalu dan Allah ampuni dosa-dosa kita, semoga Allah sudi memberi kita peluang untuk bertaubat dan memperbaiki hidup kita dalam iman dan takwa kepadaNya.

infografik bilangan kes Corona virus
Maklumat terkini saat post ini di taip-

Kita Dan Corona Virus-19 : Allah Sebaik-baik Tempat Berlindung dan Bergantung
Banyak tanggapan dan perspektif yang kita perolehi apabila virus ini semakin merebak secara berleluasa di negara kita.

Sehinggakan grup unofficial sekolah saya, dari sebuah nama ala-ala website shopping online tersohor tanahair, bertukar kepada grup Astro Awani gara-gara kekerapan rakan sekolah yang update berita tentang virus ini disamping berkongsi pelbagai info tentang virus Corona ini.haha.Nampak keprihatinan kat situ.

Saya pula bukanlah ahli aktif dalam mana-mana grup yang saya sertai.Jadi, saya sangat berterima kasih dengan segala perkongsian dan laporan rakan-rakan dalam grup wassap yang saya sertai.

Amalan Doa dijauhkan daripada penyakit berjangkit

Apapun maklumat dan info yang kita terima, sebagai muslim kita haruslah beriman dengan ketentuan qada dan qadar ini-Melihat setiap yang berlaku semuanya akhirnya nanti menjadi asbab kebaikan kepada kita.aamin.

Jangan lupa melihat bencana atau bala ini sebagai salah satu sifat penyayang Allah Taala, kerana jika ia datang sebagai hukuman atau balasan atas kerosakan atau kemaksiatan yang kita buat dimuka bumi ini, maka DIA telah mempercepatkan balasan dan hukumannya di dunia lagi. Semoga kita insaf dan segera bertaubat bahawa balasan Tuhan itu adalah benar.

Meskipun ada yang mengaitkan peristiwa ini atau mala petaka ini ada kaitan dengan Dajjal, kesan masjid di tutup, mekah di tutup dan solat Jumaat dihentikan sementara, saya pula ingin mengajak kalian semua supaya mengambil iktibar ini dengan lebih dekat kepada Allah.

Apa pun yang berlaku dalam hidup kita, baik atau buruk, elakkan bersangka buruk denganNya.Mungkin inilah cara paling baik, paling lembut, paling halus dan paling terkesan Allah mahu beri kita hidayah supaya kembali kepadaNya.

Bila Ibu dan bapa tidak lagi memandang anak seperti amanah dek kesibukan pekerjaan mereka, bila anak tidak lagi mengambil berat ibu dan bapa sebagai ruang berbakti, apabila pemimpin tidak lagi melihat tanggungjawab kepada orang bawahannya secara adil dan telus, maka semoga Corona Virus sekecil-kecil makhluk menjadi asbab kita muhasabah diri masing-masing.

Marilah kita manfaatkan masa "duduk diam dalam rumah", masa dikawal pergerakan ini sebagai masa dan waktu yang tidak akan kita sesali pada hari kita berjumpaNya nanti.Masa yang dapat kita jadikan bukti dan saksi bahawa kita sudah muhasabah dan mahu bertaubat atas segala dosa yang kita perbuat.

Cukuplah Allah sebagai tempat kita berlindung dan bergantung semata-mata-Allahuakbar-


Post a Comment

2 Comments

  1. Aamiin
    Mudah2an kita dilindungi daripada ancaman wabak merbahaya ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin, semoga Allah mendengar dan memperkenankan doa kita..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!