Tuesday, April 07, 2015

Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sepanjang minggu ini saya hanya masak menu ringkas untuk hidangan malam sekeluarga.Biasanya saya akan sediakan menu nasi putih dengan sejenis lauk, sayur dan sambal.Itupun biasanya saya sudah siapkan pada sebelah pagi sebelum saya pergi mengajar pada sebelah petang.Maklumlah saya berkhidmat di sekolah dua sesi iaitu pagi dan petang.

Jadi, pada dua hari lepas, saya memang kekeringan idea untuk sediakan menu makan malam kami sekeluarga.Selongkar barang dapur, terpandang pulak sebungkus bihun yang tidak terusik.Bab masak simple dimple memang hobi saya sebab bila ramai budak kecik kat rumah ni, banyak betul pantang larang dalam memasak ni.

resepi buat bihun goreng sedap
Bihun goreng yang sedap terletak pada cara kita sediakan sambalnya-

Alkisahnya, sama macam anak dara pingitan zaman moden yang lain, yang harap je belajar tinggi tapi bab masak memang hampeh, saya hanya pandai masak bihun yang sedap dan betul-betul menjadi selepas belajar dari ibu mertua saya.

Part yang saya suka dengan Resepi Bihun Goreng Sedap air tangan mak mertua saya nih ialah sebabnya sambalnya yang enak dan pada masa sama bihunnya juga tidak hancur luluh macam sesetengah bihun goreng yang saya pernah jumpa.erkk.

Cakap banyak pun tak berapa nak guna, jadi saya teruskan dengan usaha Cara Buat Bihun Goreng Sedap yang simple dimple ni.Jom kita..:)Kalau nak tengok cara saya masak dan sediakan bihun goreng yang ringkas ni, boleh tengok dekat sini : Cara Masak Bihun Goreng Yang Ringkas dan Sedap-


langkah-langkah masak bihun goreng
Bihun Goreng yang ringkas tapi sedap hanya boleh dapat di Blog Cik Matahriku-ceh gitu:)

Bahan-Bahan Buat Bihun Goreng Sedap
  • Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin)
  • 1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris)
  • 3 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • Setengah gengam ikan bilis ( direndam)
  • Setengah gengam udang kering ( direndam)
  • Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar.
  • Air secukupnya untuk rendam bihun.
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen)
  • Garam, gula dan perasa jika suka.
  • Minyak masak anggaran satu senduk untuk menggoreng.
Bayangkan kalau bihun kosong macam ni je dah sodap, macam mana kalau kita tambah udang, sotong atau potongan ayam atau daging ( potongan dadu kecil).Mesti lagi gempak kann.heheh.Resepi yang saya kongsikan ni kira bihun goreng bodoh je..erkk..kalau korang nak masukkan semua benda yang saya sebut tadi, okey je!

Bahan-bahan Hiasan
  • satu mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih
  • satu mangkuk kecil sawi yang sudah dipotong
  • bawang goreng atau daun sup
Cara Masak Bihun Goreng Sedap
  • Pastikan bihun sudah direndam terlebih dahulu sebelum memasaknya.Toskan air rendaman jika bihun sudah lembut.
  • Memandangkan saya ni bajet ibu dan isteri mithali, maka saya tumbuk segala mak nenek bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.Setel.
  • Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar sehingga naik bau.Kalau ikut mak mertua saya, gorengan bawang besar inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita jadi lebih sedap.
  • Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau juga.
  • Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sekali lagi supaya sama rata dengan bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi.
  • Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.
  • Masukkan sedikit air.
  • Biarkan sambal pecah minyak dulu, kemudian baru masukkan bihun yang sudah direndam tadi.
  • Masukkan lagi sedikit air supaya bihun cepat lembut.Tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun tersebut.
  • Kecilkan api ketika ingin melembutkan bihun tadi.
  • Akhir sekali bila bihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.
  • Kacau sekali lagi supaya semua sayur tadi rata.
  • Tabur bawang goreng atau daun sup untuk hiasan.
Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap 
  • jangan masukkan air banyak sangat dalam bihun yang hendak dimasak.Sebabnya kita dah rendam dia, dan bihun tu dah lembut, kalau letak air banyak masa kita nak goreng dia, alamatlah boleh jadi lembik bihun tu dan tak sodaplah bihun tu..:)
  • Masa kita tengah menumis sambal bihun goreng tu, boleh rasa sikit dah cukup manis, masin dan segala bagai tu supaya bila dah masukkan bihun, takde masalah bihun tawar atau kurang gula.muehee.Ini untuk beginner yang baru nak belajar masak..kalau yang dah pro, tak kan bukak blog cari resepi ni kann..:)
  • Kalau nak mudahkan bihun tu dimakan oleh ahli keluarga terutamanya yang ada anak kecik nak makan macam saya ni, potong sikit2 bihun yang sudah lembut dengan sudip yang kita guna tu.Takdelah nanti bihun tu boleh buat depa tercekik sebab panjang-panjang.hheee.
Cukuplah sampai sini dulu, kalau ada petua lain yang boleh dikongsi  untuk buat bihun goreng kita sedap, boleh kongsi kat ruangan komen ya.Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)

Resepi simple yang saya kongsikan ini juga telah mendapat perhatian daripada seorang Blogger masakan popular, dan katanya mee hoon gorengnya menjadi tersangatlah sedap sehingga bertambah-tambah ketika memakannya..ewah..ewah..kemain Kak Azie kita ya..:) Boleh baca kat entri ini : Bila Blooger Masakan Popular Ikut Resepi kita-

Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.

5 comments

Thank you for the recepi... really delicious.

Dah try buat tadi... Memang sedap... Tq share resepi

alhamdulillah, terima kasih cuba resepi ini..:)

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)
EmoticonEmoticon