Panduan Memahami Moratorium Oleh Bank : Perlu Ambil Atau Tidak ?

As Salam,
Moratorium oleh kebanyakan Bank yang diperkenalkan atau diumumkan oleh Perdana Menteri pada hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kuatkuasakan, telah menimbulkan banyak isu dan tanda tanya dari pelbagai pihak. Ada yang faham soal Moratorium ni, ada yang tidak jelas.


Ada yang menyebutnya pun sampai terkehel lidah.haha.Iyolah.Benda baru.Kita yang pi sekolah hari-hari pun tak pernah dengar nama moratorium ni.ahaha.Nampak nau kurangnya vocab Cikgu math sorang ni.

Moratorium ni antara peranannya ialah kita semua dapat menangguhkan bayaran pinjaman kepada bank dan sekaligus membantu kita mempunyai duit tunai dalam tempoh PKP.Ia juga inisiatif kerajaan dengan bank tempatan dalam membantu rakyat yang menghadapi pelbagai kesulitan apabila PKP di kuatkuasakan.


Dalam ruang blog ini, saya nak kongsikan dengan anda semua beberapa pandangan yang boleh kita jadikan panduan dalam menentukan atau memahami apakah moratorium ini.

Sebelum tu, moratorium bahasa mudahnya ialah penangguhan rasmi.Penangguhan rasmi oleh bank terhadap segala bentuk bayaran pinjaman yang kita buat dengan bank.Moratorium adalah penangguhan rasmi sementara bayaran ansuran bulanan pinjaman dengan pihak bank sehingga 6 bulan. Pelanggan bank (peminjam/pembayar) tidak perlu membayar ansuran bulanan selama tempoh moratorium dan bersambung setelah ia tamat.


Jom, kita ikuti panduan ini yang saya ambil dari perkongsian di wassap Family.
“Saya tak tahu lah En Faiz nak amik ke tak moratorium nie?”

Ramai yang masih tak tahu samaada nak amik atau tak moratorium pinjaman/pembiayaan bank nie. 
Jadi Faiz tulis atas pandangan individu sahaja. Tidak semua orang sama pandangan mereka.

1. Pertama sekali kena tahu moratorium ini automatik tidak perlu mohon, isi form online, call bank atau walk in bank bermula 1 April. 

2. Segala pembiayaan/pinjaman bank seperti mortgage (sewa beli rumah), hire purchase (kenderaan), personal loan, asbf/loan termasuk kecuali kredit kad.

3. Tempoh penangguhan bermula 1 April sehingga 30 September. Diulangi ianya automatik jadi tak perlu takot kalau dekat akaun masih tulis due date 1 April. Abaikan je.

4. Tiada caj bayaran lewat atau ‘faedah tambahan’ akan dikenakan. Fahamkan ’faedah tambahan’

5. Bayaran bahagian ‘interest/keuntungan bank’ masih berjalan selama tempoh 6 bulan ini tetapi tidak perlu bayar sepanjang 6 bulan ini. Ianya akan ditambah diakhir pembiayaan. Kesannya tempoh pembiayaan akan jadi bertambah 6 bulan.

6. Jadi untung atau tak nak amik? Bergantung kepada individu masing-masing. Tidak semua orang sama. Mungkin soalan ini boleh bantu korang.

Panduan 1 : Memahami Moratorium Oleh Bank : Perlu Ambil Atau Tidak ? 

Simpanan kecemasan tidak cukup 6 bulan atau 1 tahun? - Ambil

Rasa rasa nak tambah simpanan kecemasan sebab rasa tabung simpanan kecemasan sekarang tidak mencukupi? Ambil

Takut majikan korang akan potong gaji/minta amik cuti tanpa gaji / berpotensi berhentikan kerja disebabkan COVID-19.Ambil

Rasa nak settlekan pembiayaan/pinjaman awal. Tak nak lama-lama lagi disebabkan dah nak bersara/pencen.Tak perlu Ambil

Rasa punca pendapatan selamat/tidak terjejas disebabkan COVID-19. Simpanan kecemasan cukup untuk tampung sekurangnya 6 bulan.Tak perlu Ambil

Takot duit selepas dapat pengecualian bayaran balik pinjaman tidak boleh simpan dan dalam masa sama pekerjaan sekarang tidak terjejas pon?Tak perlu Ambil

7. Jadi kalau rasa ‘Amik’ lagi banyak so tak perlu nak mohon apa-apa sebab ianya automatik. Duit tuh simpan dalan tabung #emergencyfund bukan guna joli. Ingat!!!

8. Kalau rasa ‘tak perlu amik’ lagi banyak so kena call bank korang maklumkan bahawa tidak mahu amik moratorium.

9. Kalau tanya kawan ke, personal advisor ke, mereka hanya boleh bagi cadangan je. Keputusan kena buat sendiri sebab hanya kita sendiri tahu keadaan kewangan kita sendiri.

10. Ada je yang sudah ada tabung #emergencyfund mencukupi tapi masih lagi amik manfaat moratorium nie untuk ada lebihan cash dan mereka tahu untuk manfaatkan sebaiknya.

11. Ada juga yang tak ada tabung #emergencyfund mencukupi tapi tak nak pon amik manfaat ini sebab nak settlekan pembiayaan/pinjaman awal.

12. Pada Faiz okay je kalau nak amik moratorium nie untuk dapat lebihan cash dan tambah tabung #emergencyfund. Kesannya hanya tambah tempoh 6 bulan je.

Jika masih ragu-ragu lagi amik je moratorium nie sebab kalau simpanan kita betul-betul mencukupi kita tak rasa nak ragu-ragu untuk tolak.

Apa-apa pon Faiz cuma nak advice sangat-sangat kepada kawan-kawan Faiz untuk tanam dalam minda : SIMPAN! SIMPAN! SIMPAN! SIMPAN! SIMPAN! 

Jika kita tiada simpanan mungkin dah terasa bukan bila berlaku bencana COVID-19 ini. Bagaimana penting simpanan ini di kala waktu ini.

Semoga perkongsian ini menjawab dan membantu persoalan kawan-kawan Faiz mengenai moratorium bank.Faiz suka berkongsi tips kewangan dan hartanah mudah secara PERCUMA di telegram. Jom klik sekarang 

https://t.me/amirulfaizaminuddin03
AMIRUL FAIZ
CIKGU KEWANGAN


Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah juga dengan moratorium ni...tapi kena simpan juga duit2 bahagian tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ia sebagai persediaan kita pada masa 6 bulan akan dtg kerana dijangka ekonomi dunia akan mengalami krisis yg agakk teruk.Semoga kita dapat manfaatkan dna menyimpan sebaik mungkin lebihan duit daripada moratorium ni.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!