As Salam,
Chicken Tortilla Wrap Paling Sedap di Port Dickson, Negeri Sembilan-Yuuhu.Mesti ramai yang suka makan Chicken Tortilla wrap kan.Manalah tahu.Korang kan suka diet makan benda-benda ala-ala vegetables dan sihat camni.Saya diet jugak.Tapi tang makan tu, kalau ko belanja Nasi Arab pon den suko je.kiki.Saya suka makanan ringkas macam ni time kita nak tea time atau makan sebelum maghrib.Perut pun taklah rasa penuh sangat.
Alkisahnya, petang semalam saya order Chicken Tortilla wrap ni dengan Pengurus Kantin sekolah saya ( sekarang dah ex-pengurus, sebab dah tamat kontrak ). Sebelum ini ada perasan jugak wife En Rahim ni yang saya panggil Kak Pah ada upload kat FB dia, masa tu belum teringin lagi nak makan. Tapi bila kelmarin depa maklum ada buat delivery, teruslah saya pm kak Pah, dan bertanya sama ada area saya termasuk delivery atau tidak.Bila Kak Pah kata boleh, teruslah laju je saya tanya anak-anak sama ada nak makan Chicken wrap, depa pun tak banyak songeh. Terus proceed:)
Maka, adalah rezeki kami anak beranak dapat makan Chicken wrap yang paling sedap di Port Dickson ni.Ewahh.kemain ko bagi review kann.hihi. Serius beb.Saya pernah beberapa kali order Chicken wrap ni dengan kawan kat sekolah.Masa tu ingat, tu dah paling sedap.Yelah, dah memang favourite kita kot.
Tapi lepas makan hok Chicken wrap yang En Rahim jual ni, saya bagi dia 5 star full.Korang mesti nak tahu apakah bezanya Chicken Wrap En Rahim ni dengan chicken wrap yang pernah saya makan ?Sayur atau salad (filling) dia guys.Kita tahu kan, inti tortilla ni selain ayam yang digoreng bersalut tepung yang diperisakan, dalam wrap tu jugak ada pelbagai sayuran macam kobis unggu, bawang,makcik tomato dan daun salad kan.Kali pertama saya kunyah tortilla dengan isi dia, pheww.Memang ngam.Kita tak rasa macam kobis atau tomato mentah tau.
Kalau ikut Encik Suami ai yang sangatlah tajam deria rasanya, dan saya rasa pun benda yang sama.Isi atau inti sayuran chicken wrap ini telah digaul dengan mayonis dan thousand island sos dan juga ada rasa cuka sedikit.Jadi, kita boleh rasa Cik tomato dan kobis yang rangup dan fresh beb.Ayamnya pun lembut dan portion jugak besar ( sebab saya pilih chicken tortilla yang saiz besar) but its okeylah dengan saiz yang kita order kann.
Orait, untuk semua warga Port Dickson, kalau korang sedang mencari Chicken Tortilla Wrap yang paling sedap dan best, harga pun okey, jangan lupa simpan no owner ni ya :
Bagi saya secara personal, benda simple pun tapi kalau kita buat dari hati, InshaAllah, kita yang tukang makan ni pun rasa happy sangat sebab dia punya rasa over expectation kan.hehhe.Tapi taste makanan kita pun beza-beza kan.Kalau korang rasa nanti biasa je, janganlah salahkan review ni ya.Saya kongsi ni pun base on a few chicken wrap yang pernah saya cuba.Bukanlah orang lain buat tak sedap, tapi yang ini sedapnya more than our expectation.Harapnya En Rahim dapat kekalkan taste terbaik yang macam ini pada setiap masa:)
Ini bukanlah paid review ya, its just my passion sharing with you guys about good food :)Thank you for read this entry.It's your turn to try it guys..:)
3 Comments
waduhhhh terliur kita nengok tau, dahla jauh bebeno di PD tuh... memang nampak sedap dah besar, kenyang lah makan tuh
ReplyDeletewahh meriah inti dia tu..nampak menyelerakan sungguh!
ReplyDeleteNampak sedap!!! Tapi jauh pula.. haha
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!