Jangan Pandang Remeh Ujian Psikometrik Bagi Pemohon Kerja Kerajaan

 As Salam,

Pentingnya Ujian Psikometrik Bagi Pemohon Kerja Kerajaan-Yup.Tatkala saya menulis post ini, saya dengar berpuluh-puluh ribu calon dipanggil untuk menjawab Ujian Psikometrik bagi memenuhi salah satu pra syarat kerja kerajaan.Jika anda salah seorang daripada senarai calon yang dimaksudkan, maka anda bertemu dengan laman perkongsian Ujian Psikometrik yang tepat.


Saya juga sebelum ini, seperti anda.Saya asalnya adalah calon yang dipanggil temuduga untuk diterima masuk kerja dalam kerajaan.Saya ingat lagi, ketika saya mendaftar di salah sebuah maktab di utara tanah air, seorang pensyarah memaklumkan kepada kami, bahawa kami adalah kalangan 60, 000 calon yang memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi ambilan Januari 2010 yang berjaya melepasi ujian temuduga dan terpilih.Kami bertambah terkejut, ketika itu, dari jumlah tersebut, selepas saringan pertama hanya sekitar 20, 00 yang layak, kemudian di panggil temuduga, akhirnya ambilan Januari ini hanya sekitar 6,000 orang.Bayangkan saudara saudari sekalian, alangkah kerdilnya saya rasa ketika itu.Allahuakbar.


Jika saya tidak bersyukur dengan kehidupan yang saya nikmati sekarang ini, sungguh betullah saya hambaNya yang menzalimi diri sendiri.Masya Allah!


Meskipun, tempoh saya menjawab dan menduduki Ujian Psikometrik sudah banyak berubah.Dahulu saya menjawab Ujian Psikometrik secara bertulis, sekarang calon kerja kerajaan akan menjawab Ujian Psikometrik secara online.


Tambah lagi selepas tempoh 10 tahun, namun apabila saya menjejak ke laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), saya dapati matlamat dan objektif pengenalan Ujian Psikometrik kepada calon pemohon kerja kerajaan tidak berubah.Masih sama!Yup, meski selepas 10 tahun, meski dah beberapa kali kerajaan kita sendiri berubah-ubah pemimpinnya. Matlamat pengambilan ujian ini dalam kalangan calon kerja kerajaan tetap sama iaitu bagi memastikan calon yang terpilih benar-benar layak dengan bidang tugas  atau jawatan yang dipohon. 


Salah satu buku yang berkongsi tentang tips, cara menjawab dan contoh soalan dalam Ujian Psikometrik-Klik Download Sekarang untuk dapatkan preview percuma.


Jadi, saya melihat betapa relevannya Ujian Psikometrik ini kepada sesiapa sahaja yang bakal memohon kerja kerajaan.Mari kita lihat, bagaimana Ujian Psikometrik ini menjadi antara "killer Exam Online" bagi sesetengah calon kerja kerajaan sekiranya Ujian Psikometrik ini dipandang ringan dan mudah (sambil lewa).


Petikan daripada Laman Web SPA berkenaan Pemilihan Calon ke jawatan kerja kerajaan :



Tips Jawab Ujian Psikometrik Online
Saya beranggapan anda sudah ambil tahu serba sedikit akan bentuk soalan yang akan dijawab dalam ujian ini.Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah, betapa pentingnya kita menunjukkan kejujuran dalam jawapan kepada situasi yang bakal ditanya dalam soalan ujian tersebut.


Ingat ya, Ujian ini menguji sejauh mana anda mampu kompeten ( bersaing ) dengan beribu-ribu lagi calon lain.Bukan anda seorang yang mahu mendapat jawatan tersebut.Jadi, selain perlu banyak membaca dan menambah pengetahuan berkaitan bentuk soalan dan tips menjawab ujian ini, paling penting pemikiran anda harus lebih dahulu diupgrade.


Jika anda seorang yang pesimistik, negatif, bodoh sombong, mudah menyerah kalah, mementingkan diri sendiri atau suka kerja bersendirian, saya yakin anda tidak layak untuk lulus ujian Psikometrik ini, apatah lagi untuk layak dipanggil temuduga ke peringkat akhir.


Ujian Psikometrik ini menguji kemampuan anda menonjolkan diri sebagai individu yang berketrampilan, individu yang mampu bekerja dalam pasukan dan individu yang boleh menerima arahan.Yup. Kebanyakan soalan dalam ujian ini tidak ada betul atau salah mengikut situasi tertentu, tapi bagaimana cara berfikir dan tindakan kita terhadap situasi tersebut menentukan jawapan kita.



Jika anda merupakan kali pertama bakal menduduki Ujian Psikometrik ini secara online, banyak perkara yang harus anda fahami dan pelajari.Kalau anda rajin sedikit, boleh google banyak input yang dikongsi di alam maya ini tentang Ujian Psikometrik.Tapi calon yang bijak dan baik, ia akan berfikir dengan lebih advance.Adalah lebih jika anda download terus e-book ini secara percuma : Ujian Psikometrik untuk dapatkan preview tentang pelbagai perkara tentang Ujian ini. 





Usah buang masa anda.Gunakan masa yang ada ini, untuk mengulangkaji, memahami keperluan dan apa sahaja tips sebelum menjawab Ujian Psikometrik.


Saya mendoakan semoga Allah permudahkan laluan saudara saudari untuk mendapat tempat bekerja dengan kerajaan dalam pelbagai sektor.aamin.


Ingat ya, letak kepercayaan kepada diri sendiri sebelum anda letak kepercayaan kepada orang lain. Calon yang tidak punya keyakinan dan keberanian juga bakal tertinggal jauh di belakang.
Selamat berusaha sehabis baik dan semoga dapat menjawab Ujian Psikometrik dengan cemerlang :)





Post a Comment

3 Comments

  1. dana sampai dah tak ingat pasal ujian ini kak... yelah dana ambil lama dulu tahun 2005 tak silap dana, sebelum ada rezeki untuk di temuduga, bulan 4 tahun 2007 baru dana dapat dan diambil kerja. Bukan main lama.

    Tahun 2003 habis diploma di UITM dana cuba mohon kerja di UTM dan berjaya jadi stenographer dengan jawatan kontrak, tahun 2005 dana bertunang konon nya rasa kerja di UTM tak best sebab kontrak dana cuba mohon SPA untuk keje gomen... akhirnya awal 2007 dapat surat keje gomen dengan gaji basic 600++, sedangkan masa tu di UTM gaji dana dah 1k, tapi itulah dah memang takdir dana kak ... sekarang alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. baru tahu ada ujian macam ni ek untuk masuk kerja kerajaan..

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!