Cara Mudah Masak Daging Hitam Berempah Ala Kenduri Yang Sangat Sedap

 As Salam,

Cara Mudah Masak Daging Hitam Berempah Ala Kenduri Yang Sangat Sedap- Syukur.Hari ke-19 Syawal. Misi mengembangkan badan yang sedia kembang terpaksa diteruskan.ciss.Banyak nau alasan.Inilah masalah mak-mak se-Malaya yang jadi chef kat rumah tau.Kita memang nak diet, nak jaga badan tapi tulah.Masak pun kenalah yang sedap-sedap kan.Dah kita masak, takkan kita nak nengok je.Kita tukang rasa, ambik bau, tahu-tahu asalnya segengam nasi, dah jadi sepinggan nasi.hiks.


resepi daging masak hitam ala kenduri
Daging masak hitam berempah ala kenduri ni sebenarnya request Encik Suami. Saya juga suka masakan daging seperti ini sebab rasa rempah yang kita guna selain kicap yang memang sedia sebagai bahan utama yang jadikan dia hitam.heh.Bukan sebarangan ireng tau.


cara masak daging hitam berempah yang sedap ala kenduri
Kalau korang masak daging hitam berempah ala kenduri ni, lagi banyak kuantiti bahan yang digunakan, lagi sedap sebab rempah ratus yang kita guna tu akan buat daging ini betul-betul lembut dan berempah!

Okies.Kali ini saya nak kongsikan Cara Mudah Masak Daging Hitam Berempah Ala Kenduri Yang Sangat Sedap. Resepi ini versi yang ala-ala kenduri berbanding resepi daging berempah yang pernah saya kongsi sebelum ini di sini : Resepi Daging Masak Hitam Berempah Yang Sangat Sedap- 


Ini pula Daging masak hitam berempah versi pertama yang saya pernah kongsi dalam blog sebelum ini.Bezanya daging hitam berempah yang ini tidak menggunakan bahan seperti serbuk kari, buah keras, lengkuas, kerisik. Tapi macam lebih kurang rupanya kann.hiks.


Saya suka bagitahu yang resepi ini sebagai Resepi Daging Masak Hitam Berempah ala kenduri sebab bahan-bahan yang digunakan lebih banyak, tapi cara masaknya senang sahaja.InshaAllah. Jom, tengok resepi dulu. Saya dapat resepi ini dari sebuah page di FB iaitu Resepi Sedap-


Resepi Daging Hitam Berempah Ala Kenduri Yang Sangat Sedap

Sumber resepi : Resepi Sedap

Olahan Resepi : Cik Matahariku

Bahan-Bahan Perapan :

1 kilo Daging dipotong kiub

2 inci halia ( tumbuk kasar )

5 ulas bawang putih ( tumbuk kasar )

1 sudu teh serbuk ketumbar

1 sudu teh serbuk jintan manis

1 sudu teh serbuk jintan putih

Kicap lemak manis Jalen secukupnya.( Agak-agak untuk perapan sahaja)

Gaul semua bahan dengan daging yang sudah ditoskan dan perap sekitar 30 minit sehingga 1 jam. 


Bahan-Bahan Kisar :

5-7 ulas bawang merah (ikut saiz bawang )

5 ulas bawang putih

2 batang serai

1 inci lengkuas

2 biji buah keras


Bahan-bahan lain :

1 sudu makan serbuk lada hitam

2 sudu makan cili kering blend

1 sudu makan serbuk kari daging

1 sudu teh pes asam jawa

2 sudu makan kerisik

Bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan biji cengkih ( 4 sekawan )

4 tangkai daun kari

Kicap lemak manis secukupnya

1 biji Bawang Holland dihiris ( bahagi untuk tumisan pertama dan hiasan selepas kuah dah memekat ).

Cili Padi ( jika suka pedas dan sebagai hiasan )

Minyak masak secukupnya


Cara Menyediakan Daging Masak Hitam Berempah Yang Sedap

1. Perap daging dengan bahan-bahan perapan.Nak perap berapa lama, ikut korang.Kalau nak lagi berasa rempahnya, siap perap daging sebelah malam, esok pagi atau tengahari dah boleh masak.


2. Panaskan minyak.Masukkan daun kari, rempah empat sekawan dan bawang hollland yang dihiris.


3. Biarkan sehingga naik bau, masukkan bahan kisar, cili kering blend dan serbuk kari.Kacau sebati dan biarkan seketika hingga terbit minyak.Gunakan api perlahan sahaja.


4. Masukkan pula daging yang sudah diperap.


5. Masukkan kicap lemak manis secukupnya.Jangan terlebih kicap sebab kita dah perap dengan kicap.Karang terlebih masin pulak. Masukkan juga pes asam jawa.


6. Perasakan dengan gula dan serbuk perasa-saya tak letak garam sebab dah letak kicap. 


7. Masukkan satu cawan air untuk lembutkan daging.Biarkan sehingga mendidih dan pekat kuahnya.


8. Jika daging masih belum empuk, tambah air sedikit demi sedikit.Pastikan kuali ditutup supaya wap air dapat bantu daging empuk lebih cepat.


9. Jika kuah sudah semakin memekat, masukkan kerisik dan kacau perlahan.Biarkan seketika.


10. Sekiranya daging sudah benar-benar empuk, masukkan hirisan bawang holland yang dipotong sederhana tebal dan juga cili padi untuk lebih kepedasan.


11. Angkat dari kuali dan sedia untuk dihidagkan dengan nasi putih panas dan telur dadar.

 

Cara Bergambar Menyediakan Daging Masak Hitam Berempah ala Kenduri


Antara bahan tumisan pertama yang akan kita masukkan bila minyak dah panas. Masukkan separuh bawang holland yang dihiris, rempah empat sekawan, daun kari.Biarkan sehingga naik bau.


Selepas saya masukkan bahan kisar dalam kuali.Kacau hingga sebati.


Masukkan cili kering blend, serbuk kari, pes asam jawa.


Masa ni saya dah masukkan kicap, air satu cawan dan perasakan.Garam saya tak letak sebab dah guna kicap dalam masakan. Bila daging dah empuk dan kuah semakin memekat, boleh masukkan kerisik.


Masa ni kuah dah memekat, rasanya pun dah perfect dan sodap, ekau boleh masukkan bawang holland lagi separuh dan juga cili padi sebagai hiasan.Family saya kuat pedas, jadi saya tabur cili padi dah buat macam ulam je.kiki.


tips masak daging hitam berempah yang sedap
Daging Masak Hitam berempah by Cik Matahariku Done.hiks.Makan dengan nasi putih panas-panas, ekau tak pedulik dah diet on ke tak on.haha.Bertabahlah ya.Insof  kalau nak badan selim melim.


Selamat mencuba dan jangan lupa kongsi hasil cobaan korang dalam komen di bawah ya!





Post a Comment

9 Comments

  1. This is very educational content and written well for a change. It's nice to see that some people still understand how to write a quality post! esc online bonus

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. yay..jom masak daging hitam berempah ala kenduri..:)

      Delete
  3. Sedapya..lama tak makan. Nak try lah nanti, menambah kalori sempena PKP

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..memang sedap ni puan:) bab tambah kalori terpaksa tutup mata dulu..haha..

      Delete
  4. Aduhai...bleh la msak macam ni...nak cuba la...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!