Assalamualaikum,
Hey.korang nak tahu tak, hari ini hari kedua den istiqamah update blog secara berturut.Doa siapalah yang makbul tu kan.hehe.Orait, seperti dijanjikan, hari ini saya nak kongsikan aktiviti Family Day kami sekeluarga sepanjang berada di homestay ini.
Aktiviti Best Family Day Hjh.Mohayah
Kalau ikut pengalaman saya dan Encik Suami menguruskan Family Day untuk keluarga besar kami, memang perlu ada perancangan teliti dari aspek pelantikan jawatankuasa.Walaupun korang rasa, ala kita buat simple-simple sesama kita, tak payah plan apa-apa, hari kejadian tahulah nak buat apa nanti.Not like that ya gaiss.Simple tips bagi saya, if kita failed to plan, it means kita plan to failed.Nah gitu.Boleh baca Part 1 Family Day kami di sini : Penginapan Family Day yang sangat Best dan Five star-
Perkara terbaik, sebelum rancang nak pilih tempat atau tarikh, uruskan dulu kapasiti bilangan ahli keluarga kita dan juga peruntukan atau sumber kewangan.Dari situ, barulah senang nak plan lokasi dan jenis penginapan yang setara dengan bajet.heh.Saya ringkaskan dibawah ya :
1. Buat Anggaran perbelanjaan Family Day dari peruntukan kewangan yang ada. Kalau family saya, kami memang ada plan sejak tubuhkan Tabung keluarga, salah satu aktiviti yang nak dibuat ialah Hari Keluarga. Jadi dari segi peruntukan kewangan, bab ini lebih mudah nak buat anggaran perbelanjaan.Kalau tiada peruntukan, mungkin boleh buat collection atau ansuran bulanan setiap ahli samada setahun atau dua tahun sebelum aktiviti hendak dijalankan.
2. Tentukan Lokasi dan Penginapan- Misalnya pemilihan lokasi.Kami pilih tempat yang berada ditengah-tengah antara penempatan ahli keluarga.Selain dapat jimat kos perjalanan atau pengangkutan, ia juga dapat memudahkan semua ahli keluarga ke destinasi percutian.Kemudian tentukan penginapan pula.Nak yang ada kolam, nak dekat pantai atau laut atau nak dalam hutan yang ada air terjun? Kalau berdasarkan situasi, ibu kami sudah agak berusia dan tak larat untuk berjalan atau duduk terlalu lama, ada juga kalangan ahli keluarga yang menghadapi masalah kesihatan seperti slip disc dan bekas pesakit kanser, jadi untuk kali ini kami pilih homestay yang hanya ada kolam dan fleksible untuk ahli keluarga bergerak dalam lokasi.
3.Urusan Makanan-Perbincangan perlu dibuat bagi menentukan urusan makanan ahli keluarga sepanjang bercuti.Mahu masak, tempahan katering atau makan di restoran atau kedai luar?Memandangkan kami berbincang sesama ahli keluarga, semua pun mood bercuti, memang taklah kalau nak masak-masak kan.Tambah lagi ahli keluarga besar, jadi option yang terbaik ialah kami tempah makanan dari katering.Yang ini Encik Suami uruskan dengan owner homestay untuk dapatkan katerer yang boleh ambil order kami selama 3 hari 2 malam menginap di sana.Menu kami sediakan sendiri.Selain itu, hari pertama sahaja kami buat potluck dan buat BBQ dengan menunya juga kami sedaiakan sendiri.
4. Pemilihan Aktiviti Hari keluarga-Aktiviti hari keluarga sebenarnya lebih kepada nak buat aktiviti bonding sesama adik beradik, biras dan ipar duai serta anak buah dan sepupu sepapat.Boleh fikirkan aktiviti yang sesuai mengikut peringkat umur.Contohnya aktiviti isi air dalam botol dengan span, aktiviti dalam kolam, aktiviti masukkan getah dalam straw, aktiviti berjalan sambil kaki diikat dan banyak lagi.Hadiahnya pula korang boleh pilih yang berpatutan seperti barang-barang di kedai ECO atau DIY.Boleh juga buat sambutan Hari Lahir untuk semua ahli keluarga, Cabutan bertuah dan pertukaran hadiah dengan bajet tertentu.
5. Pelantikan AJK Hari Keluarga-Part ini taklah wajib tetapi sangat membantu jika kita mahu kelancaran program Hari Keluarga kita.Untuk family Day sebelah kami tempohari, saya memang wujudkan AJK seperti Penginapan, Makanan, Pakaian, Kerohanian, Keselamatan, Sambutan Hari Lahir, BBQ, Hadiah dan boleh tambah mengikut keperluan.Yang menariknya, kita akan rasa kebersamaan apabila semua ahli keluarga dapat berperanan dalam penganjuran Hari Keluarga.
Sebenarnya, memang biasa bila kita buat aktiviti berkumpul seperti ini, pasti ada yang tidak dapat beri komitmen kerana kekangan kerja, belajar atau masalah kesihatan.Tapi saya sangat bersyukur apabila hanya 3 orang ahli keluarga yang tidak dapat sertai program kali ini kerana masing-masing komitmen belajar.
Syukur.Hari keluarga kami berjalan lancar, Cuaca terang benderang. Cucu-cucu mak pun dapat mandi kolam dengan sepuasnya. Semoga kami direzekikan dapat bersama-sama lagi dalam acara keluarga seperti ini.aamin.
2 Comments
Tempat yang ada kolam renang dah jadi pilihan
ReplyDeletebetul WP, budak suka orang dewasa pun senang nak jaga sambil sembang-sembang tepi kolam..hehe..
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!