Meriah dan Happening Family Day Hjh.Mohayah di Homestay Bungalow In A Village, Melaka ( Part 1 )

 Assalamualaikum,

Wah.Ada ke sesiapa yang tunggu update blog Cik Matahariku ni.haha.Suka syok sendiri kan.Padahal menulis blog ni tak perlukan pembaca setia pun.Pembaca datang dan pergi.Yang stay dan setia hanyalah penulis tuan tanah kedaung blog ni.Orait.Syukur.Dah nak habis dua minggu cuti sekolah.Sakan betul bercuti kali ini.hehe.

Meriah dan Happening Family Day Hjh.Mohayah di Homestay Bungalow In A Village, Melaka- Pada 18-20 Disember 2022, family sebelah saya telah berjaya berkumpul semula buat kali kedua dan menjayakan Family Day Hjh. Mohayah ( Ibu kami ).Berbulan jugak kami adik beradik merancang dan berbincang untuk buat Hari Keluarga ni.Alhamdulillah,Syukur.Tarikh serta tempat yang dipilih, membolehkan semua adik beradik, ipar duai dan biras serta anak buah dan anak menantu dapat meraikan program ini bersama-sama. Baca part 2 Family Day kami di sini : Aktiviti Family Day yang Happening-

Inilah family besar kami.Yang duduk di tengah itulah Ibu kesayangan kami.Potret keluarga besar Hjh Mohayah ini hampir lengkap cuma tidak dapat disertai oleh  3 cucu mak yang masing-masing sedang belajar di Uitm, UIA dan seorang lagi di luar negara.

Gambar ni ada dua versi.Versi yang ni barulah ada pic Encik Suamiku yang sensorang peluk tubuh tu.haih.Bertabahlah suamiku sebab versi yang kat atas tu dialah tukang jadi photographernya.

Sebenarnya banyak benda juga perlu difikirkan sebelum menganjurkan Hari Keluarga seperti ini.Paling penting, komitmen semua adik beradik untuk sama-sama menjayakan aktiviti yang dirancang.Grup wassap keluarga sangat membantu kami tujuh beradik berbincang bersama dari hal sekecil hingga hal besar.Tambah istimewa, Kos penganjuran Hari Keluarga kami kali ini adalah menggunakan sepenuhnya peruntukan Tabung Mohayah, yang kami wujudkan sekitar tahun 2020 ( kalau tak silaplah.haha.Bendahari pun lupa).

Homestay Bungalow In A Village dengan rate 5 Star !
Sebagai AJK penginapan, urusan pemilihan homestay untuk Family Day ni banyak dibuat oleh Encik Suami saya.Bab survey memang saya surrender, tapi tidak bagi Encik Suami.Dia sangatlah details, rajin bertanya dan memilih homestay yang paling sesuai dari segi bilangan ahli keluarga, lokasi  serta harga homestay.Saya cuma ikut part tengok homestay kat lokasi, hehe.Bendahari sediakan bajet je kann. Nak tengok tak homestay ni ? Jomm.Tengok pic yang saya kongsikan ya:)

Homestay Bungalow In A Village, Semabok Melaka. Jap.Ini bukan pic yang saya ambil ya.Saya ambil gambar ni di FB Homestay depa.Masa cari gambar homestay, barulah saya perasan yang saya cuma ambik video setiap ruang banglo dan lokasi lain.Satu ketul foto pun takdak.haih.Nampak nau tak plan nak share story ni dalam blog kan.heh.


Nice kan view dia.Yang real lagi lawa okey.


Ni pulak view Kabin homestay ni.Depa ada Bungalow dengan 4 bilik yang besar, dan juga 4 kabin yang sangat selesa. Boleh memuatkan sekitar 35 hingga 45 orang dalam satu masa.



Kabin ni semua terletak berdekatan dengan kolam.Kalau korang nak buat event yang ada budak-budak bawah 12 tahun, memang sangat recomendded kabin ni.Mak pak boleh perhati anak-anak sama ada sambil lepak tepi kolam atau kalau malas sangat, tinjau dari tingkap bilik jah.hihi.

Bab urusan deposit dan full payment untuk Homestay ini sangat mudah.Kebanyakan masa, Encik Suami hanya berurusan dengan wassap sahaja.Kalau korang nak survey homestay ni, boleh pi tengok FB depa, kat sini : Homestay Best di Melaka : Homestay Bungalow In A Village

Hari Pertama Family Day Hjh.Mohayah
Kami sekeluarga rancang, untuk hari pertama kami sampai di homestay, tiada tempahan makanan.Kami buat potluck, bawak makanan sendiri dan makan ramai-ramai gituu. 

Karipap gergasi Kak Uda hot from JB. Gigih tau nah habiskan seketul karipap ni. walaupun ko hantu karipap, tapi surrender juga sebab perut pun dah kenyang dengan makanan lain.heh.

Kak Ateh dan Adik Norish bawak jambu potong dan Bomboloni pelbagai flavour. Ada jugak Mini Burger tapi tak dapat catch up dalam gambar.Dalam flask merah tu ada nasi putih dan ayam kampung masak ungkep by Kak Ngah.

Pak Long and Family sponsored pizza Dominos.Of Cos yang ni laris dulu sebab hot item kan.haha.Tak ingat berapa kotak yang Pak Long bawak, tapi memang banyak, sampai buat breakfast esok paginya.

Dalam periuk Dessini merah tu potluck yg saya masak sebelah pagi sebelum keluar pi Family Day ni.Dalam tu ada menu Spaghetti Meatball Bolognise with Parutan Parmesan.Western sangat kononnya, padahal terpaksa potongkan cili padi juga sebab hantu pedas, haha.

Malam pertama di sini, kami pakat buat BBQ.Rupanya bukan takat malam pertama je, sampai malam terakhir kita pakat berBBQ.Alhamdulillah.rezeki sekeluarga dapat makan kambing perap ala Pak Mat western, chicken wing, hotdog, otak-otak fresh from Kempas, JB.

Geng BBQ.Sebelah petang dah start membako.Cuma masa ni kambing perap dan chicken wing yang saya bawak dari rumah, lambat nak defrost.sedih jugak.Padahal masa baru sampai, dalam tengahari, Encik Suami dah defrost awal.

Menu BBQ yang telah diperap dengan jayanya oleh Cik Zack n Tehah.Sodap umangghai.

Family Adikku Norish-Budak montel tu penyeri family day kami.Asyik je dia kena sakat dan jadi bahan usikan pakcik-pakcik dan sepupu-sepupunya.Dia pulak memang jenis budak mental kuat.sikit pun tak nangis walau kena sakat banyak kali.

Makan malam hari pertama.Budak-budak paling seronok sebab sambil makan boleh terjun kolam, sambung makan lagi.

Pak Long, Mak Long dan anak menantu.Bakal timang cucu pertama tahun depan.Tapi macam tak percaya kan.Kalau Pak Long bakal jadi Atok, dengan iuolls terjebak terpaksa jadi nanny.adehh.Tak ready lagi oii.


Orait.Banyak lagi gambar dan cerita nak story mory.Tapi sesungguhnya penat menaip dan mengantuk itu benar.kihkih.Den terpaksa sambung Part 2 next entry okey.Thank you for reading this entry!


Post a Comment

2 Comments

  1. Nampak ceria semuanya. Adik-beradik ramai memang susah nak plan, tapi kalau dapat memang meriah dan havoc

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kami tujuh beradik.Alhamdulillah, sepanjang menguruskan family day ni, kesemua adik beradik memberikan komitmen dan kerjasama yg sangat padu:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!