Assalamualaikum,
Aik Cheong White Coffee- Akhirnya sampai jugak parcel White coffee Aik Cheong ke rumah. Macam biasa, bila guna penghantaran Cash On Delivery (COD), ada masa lupa nak sediakan duit siap-siap.Tambah lagi bila kita bekerja atau tiada di rumah.COD jadi transfer Online jugak akhirnya.
Sebenarnya saya beli White Coffee Aik Cheong ni guna Voucher Shopee.Dapat harga murah sangat.Itupun sebab terpaksa bayar Shipping fee, kalau tidak dapat lagi murah.Dasar kalau boleh beli barang nak dapat percuma semata.haha.
Korang yang peminat white coffee, mesti nak tahu apa rasa white coffee Aik Cheong ni kan. Orait, mari teruskan membaca ya.Sesungguhnya membaca hingga ke akhir garisan adalah amalan yang mulia.ahaks.
Atapun kalau korang suka sweet-sweet dengan husband, selitkan satu pek ni kat atas dashboard kete tok laki dengan notes : Thanks me later.haa gituu.
First time saya kenal white coffee, adalah sekitar 13 atau 20 tahun lepas.hmmm.Tuanya aku sekarang.Almaklumlah, orang-orang tua je yang suka minum kopi kann.Atau satu lagi orang yang poket dia tebal, biasanya jugak minum coffee ala-ala hipster ni.Ko jarang dengar orang have-have feveret dia milo panas atau teh tarik kan.haha.Selagi feveret ko teh tarik, syukurlah sebab ko berada di jalan yang benarrr.
Saya menyukai rasa coffee yang ada pahit-pahit plus dengan aroma yang memikat time kita bancuh dia dengan air panas.Bila dah boikot brand jenama terkenal, kesukaan saya pada kopi yang light2 ni terpaksa berubah arah.Dari Indo Coffee, kini saya mencuba pula white coffee Aik Cheong.Harap Boss Aik Cheong baca blog saya.Boleh saya apply sponsored white Coffee sepanjang hayat.gituu.
Bagaimana Rasa Air Minuman White Coffee Aik Cheong ?
Bagi saya yang level suka segala jenis White Coffee, bukan penggemar tegar, saya boleh umumkan kat sini yang white Coffee Aik Cheong ni dia ada perfect taste.Tak kuat sangat rasa coffee dia, just nice bila kita nak aroma dan rasa yang light kat tekak.Hujung-hujungnya, ko akan kata, this is what i want.
Saya beli yang Original taste.Depa ada keluarkan beberapa jenis white coffee. Saya pula minum air ni time teringin sahaja.Idoklah teman minum hari hari ya.Kalau pepagi breakfast kat sekolah, tetaplah saya order teh o panas kurang manis gelas besar.haha.
Berapa harga White Coffee Dengan Voucher Shopee ?
Ah, mesti korang gementar nak tahu kan. Harganya memang tak masuk akal.Lepas ni, korang checklah voucher kat shopee.Sayang tak guna tau.Selain jimat, awak pun tak payah berebut beli kat kedai bila dia bagi harga promo.Kita place order je senyap-senyap, lepas tu suh Tok laki transfer.Aduh romantis habiss.
oklah.Malas dah nak cerita panjang-panjang.Biar team marketing Aik Cheong sendiri yang follow up post den ni ha.Jap lagi jangan lupa hantar email untuk collaboration deh.
Penulis Blog Yang suka White Coffee,
Cik Matahariku
3 Comments
Kalau ammi dan hisband suka beli yg pack kelabu tu. Rasa less sweet gitu
ReplyDeleteya, hari tu nampak juga yang less sweet, tapi nak cuba yang original dulu..heheh
DeleteBoleh cuba ni
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!