Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Masak Rendang Ayam Ala-ala Noghori Dengan Pulut Kuning-Dah macam nak raya gamaknya bila sesekali masak rendang kat rumah ni.Memasing makan pun macam esok-esok dah kena puasa sebulan.haha.Gitulah anak-anak dan Encik Suamiku tatkala den masak ayam rendang plus pulut kuning kat rumah.Saya pulak tiba-tiba terasa nak masak rendang, dan kebetulan ada lagi pulut lebihan buat kuih seri muka tempohari.Maka terjadilah episod den masak rendang dengan bahan yang setakat ada kat dapo tu.
Alhamdulillah, rendangku menjadi dengan jayanya walaupun tanpa kerisik.Asalkan ada santan pun boleh jadi rendang.hehe.
Rendang Cili Hijau dengan pulut kuning.Mood raya onn.kihkih.Teringa-ingat pulak rasa rendang ayam ni.Tengok Encik Suami dan anak-anak makan pun kita tahu sedapnya camna.Jom buat gaiss.
Jarang-Jarang Masak Rendang Di Rumah
Boleh dikatakan, rendang bukanlah menu yang saya kerap masak di rumah.Dia macam tak reti nak makan nasi putih dengan rendang.Korang ada tak yang feel cam tu? Sebab dulu-dulu kita dibesarkan, jumpa rendang time raya je.Pulak tu makan dengan lemang, nasi himpit atau pulut kuning.Mana maunya kann.haha.
Orait, kali ini saya nak kongsikan cara saya buat rendang simple tanpa kerisik dan daun kunyit.Saya biasa buat rendang style tumis.lebih suka rendang yang macam ni, lagi satu inilah tips kalau nak rendang kita tahan lebih lama.Tapi tak salah juga kalau kita masak rendang style lebur semua ( maksudnya kita masukkan sekali gus semua bahan termasuk ayam/ daging).Cara masak ni takde yang betul atau salah kan? End up benda yang kita masak menjadi sedap.Itu misi utama kita masak.
Ketika rendang ayam sedang dimasak.Nampak tak tu banyak mana bahan yang saya guna untuk masakan rendang ayam ? Jangan kedekut bahan ya kalau nak dapatkan rendang yang sedap.Rendang yang sedap mesti kaya dengan rasa dan masak sehingga kuahnya memekat dan terbit minyak.
Rendang dah hampir masak.Saya taburkan cili hijau nak bagi rasa pedas lebih kaw.Keluarga saya memang suka makan pedas.Nampak tak tu dah terbit minyak dan kuahnya semakin memekat.
Resepi Rendang Ayam Cili Hijau Yang Pedas dan Sedap, Tahan lebih lama
Bahan-Bahan
Ayam seekor saiz sederhana ( potong sup )
Santan Kotak kara ( Separuh sahaja )
Asam keping 2 pcs
Serai 2 batang ( diketuk )
Daun limau purut ( 10 helai ) gunting buang urat tengah utk elakkan pahit
Minyak untuk menumis bahan kisar
Bahan -bahan Kisar
Serai 2 batang
ketumbar 5 sudu makan
halia 1 inci
lengkuas 1 inci
kunyit hidup 1 inci
Cili Hijau 1 10-20 tangkai ( Ikut kepedasan yang disukai )
Bawang merah 7 ulas
bawang putih 4 ulas
bawang besar 1 biji
Cara Menyediakan Rendang Ayam Cili Hijau Yang Pedas Dan Sedap
1. Cuci bersih ayam dan toskan seketika.
2. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.
3. Panaskan minyak untuk menumis.
4. Masukkan hirisan bawang besar, serai ketuk dan diikuti bahan kisar.
5.Masukkan ayam diikuti santan serta satu cawan air. Boleh tambah ikut keseuaian.Kalau saya suka biarkan air ayan tu keluar dulu sehingga mendidih, dan sedikit pekat, baru tambah air lagi.
6.Kacau seketika dan biarkan sehingga ayam sedia untuk dimakan. ( empuk tapi tak overcooked )
7.Masukkan daun limau purut dan daun kunyit ( jika ada ).Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8.Biarkan sehingga ayam empuk dan kuah memekat.Pastikan guna api sederhana sahaja.
Pulut kuning cantik dan sedang elok masaknya. Resepi ni dah banyak kali saya guna tau.Termasuklah kalau nak masak pulut untuk seri muka.saya guna je resepi ni.Memang ngam.Pulut pun cantik selepas tanak.
Resepi Pulut Kuning Kukus Lembut, Sedap dan Berlemak
Sumber resepi : Youtube
Dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-bahan
3 cawan beras pulut
1 kotak santan kara
1 1/2 cawan air
1 sudu garam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
1 sudu minyak masak
sehelai daun pandan ( digunting)
Cara Menyediakan Pulut Kuning Sedap Dan Lembut
- Rendam beras pulut sekitar 40 minit hingga 1 jam.
- Semasa merendam ini, saya masukkan sekali satu sudu serbuk kunyit.Tujuannya supaya beras pulut dapat menyerap warna kuning dari serbuk kunyit.
- Toskan beras pulut.Sapu sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan untuk mengukus beras pulut.Masukkan beras pulut dalam loyang.
- Sediakan bekas santan.Masukkan dalam air santan tadi 1 sudu garam, 1 sudu gula dan sudu minyak.Masukkan juga daun pandan yang sudah digunting atau diikat. Kacau hingga sebati.
- Tuang air santan tadi ke dalam loyang beras pulut.Pastkan sukatan air berada pada paras beras pulut atau lebih sedikit sahaja.
- Didihkan pengukus.Kukus dalam tempoh 30-35 minit.
- Pada minit ke -25, boleh kacau-kacau sekejap beras pulut supaya santan sebati dengan beras pulut.
- Dah cukup masa, keluarkan pulut kuning untuk disejukkan.
Orait, selamat mencuba gaiss.
Cik Matahariku
Memasak ibarat terapi jiwa.Memasak adalah manifestasi kasihku kepada suami dan anak-anak.Semoga Allah nilai ia sebagai ibadahku disisiMu Tuhan..aamin
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!