Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak-anakku

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah.Syukur sangat cuti kali ini betul-betul merasa jadi suri rumah sepenuh masa.Tok laki keje cam biasa Isnin-Jumaat.Kita dengan 3 ketul anak yang tinggal dok kat rumah sambil buat macam-macam menu masakan.haha.

Ini menu dua tiga hari lepas.Biasa kalau time pergi pasar, suami akan beli ayam segar dari ladang, maknanya saya kena standby asingkan portion ikut menu yang saya nak masak.Tugas membersihkan ayam dari pasar dah semestinya dipikul oleh Encik Suamiku. Tugas den masak dan masak sahaja.hiks.

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak-anakku

Saya gunakan isi ayam untuk masak menu Ayam berlado ni.Cara menyediakannya juga sangat mudah dan boleh guna bahan-bahan yang kebanyakannya ada kat dapur kita.Maklumlah, anak-anak dah meningkat remaja, depa tak mau dah makan isi ayam semata.Kalau kita masak style camni, barulah lariss jualan akhkak hari tu.iskk.

Resepi Ayam Berlado Cili Merah Style Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan :
Isi ayam dalam satu bekas ( saiz bekas ais krim walls yang kuning )
Bawang Holland 1 biji ( hiris )
Serai 2 batang ( ketuk )
Daun limau purut ( option sahaja )
Asam keping 1 keping sahaja
Bahan kisar :
Bawang merah 5 ulas
cili merah satu gengam atau lebih ikut kepedasan sendiri
bawang putih 4 ulas
ikan bilis 1 gengam
Garam dan Gula secukup rasa.
Minyak masak untuk menumis masakan

Cara Menyediakan Ayam Berlado Cili Merah
1. Hiris isi ayam ikut kesukaan anak-anak. Cuci bersih kemudian perap sebentar dengan tepung bestari.Kat rumah saya dah habis, saya gaul dengan tepung beras, garam dan kunyit sahaja.
2. Goreng isi ayan yang sudah diperap.Tak payah goreng lama-lama.Agak-agak dah warna brown sikit dah boleh angkat.
3.Guna minyak yang sama untuk menumis sambal berlado. Masukkan bawang holland dan serai.
4. Bila dah berbau, masukkan bahan kisar tadi.
5.Kacau sampai sebati.Boleh perasakan dengan garam, gula dan masukkan asam keping
6. Biarkan api kecil sehingga terbit minyak.Last sekali masukkan isi ayam yang dah digoreng tadi.Gaul hingga sebati. Boleh tabur daun limau purut jika suka.

Dah siap Ayam berlado Cili Merah kita. Makan macam ni sesaja dengan nasi panas atau telur dadar memang ngam habis. Saya sempat juga masakkan sayur lemak petola plus sawi.Karang Encik Suami tanya mana sayur yang Abang beli banyak-banyak tu Yang..kihkih.


Sayur lemak putih petola ni biasanya menu orang tua-tua makan dengan ikan goreng kerisi plus sambal belacan kann.haha.

Orait, selamat mencuba Ayam Berlado Cili Merah yang pasti menjilat jari.hikss.



Post a Comment

0 Comments