Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 di Glory Beach Resort, Port Dickson-Alhamdulillah.Yang sebenarnya dah berlalu tiga empat hari mesyuarat guru sekolah saya yang telah diadakan di Glory Beach Resort, PD. Hari ini baru berkesempatan update blog.Harap-harap teruslah saya bersemangat menulis di Blog.Rasa rugi bila teringat banyak peristiwa penting yang saya terlepas nak kongsi moment bahagia dan gembira tu sebagai kenangan dalam blog sendiri. Korang doakan ramai-ramai tau.

Gambar free style dengan rakan guru di sekolah.Diam tak diam dah masuk tahun ke -8 saya di sekolah ini.Teringat pengalaman saya memohon pertukaran melalui egTukar pada tahun 2017. Boleh baca kat sini : Pengalaman Berjaya Mohon egtukar ke Negeri Sembilan-

selfie selfot sebelum mesyuarat bermula.Masa ni tak ramai lagi kengkawan yang dah sampai.Bolehlah ambik mood dulu. Tema pakaian mesyuarat kali pertama kami bagi sesi 2025 ialah baju korporat dan tudung baby blue.Nice kann.

Sebagai Guru, sebenarnya menjadi rutin kami untuk memulakan sesi persekolahan baharu dengan Mesyuarat Pengurusan.Ada sesetengah sekolah memilih untuk mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat di sekolah sedia ada. Ada juga yang seperti kami, memilih mengadakan mesyuarat di luar sekolah tetapi haruslah berkorban atau bersedia dengan bayaran tertentu.

Seingat saya, sejak Guru Besar baharu berpindah masuk, ini tahun ketiga kami bermesyuarat di luar.Sebelum ini bermesyuarat di Palm Mall, Seremban.Hotel yang kat sini lebih luas dan selesa.Cuma agak jauh bagi rakan-rakan guru yang menetap di area PD dan ke atas.Kalau saya pula di Bandar Springhill, mana-mana tempat pun ok, sebab lokasi rumah sekarang berada di tengah-tengah ke PD dan Seremban.

Ini pula gambaran dari sudut tempat duduk semasa mesyuarat dijalankan.Bilik mesyuarat ni agak sempit dengan bilangan guru semua sekali hampir 62 orang.Cumanya tulah, tetap selesa apabila kita duduk seharian dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Tempat ber aircond dan makan pun agak sedapp.haha.

Terima Sijil Penghargaan Bagi sesi 2024

Dalam mesyuarat kali pertama ini juga, kalangan guru yang menunjukkan kecemerlangan atau mencapai KPI unit masing-masing, telah diberikan sijil penghargaan. Alhamdulillah.Ada juga rezeki saya dan rakan-rakan satu team untuk mendapat penghargaan.hehehe.

Sijil penghargaan ini diberikan atas pencapaian cemerlang dalam mengurus fail, laporan dan aktiviti serta pencapaian yang telah dibuat oleh setiap unit di sekolah sama ada unit kurikulum, hal ehwal murid atau Ko Kurikulum. Ini saya bersama rakan guru penasihat dalam Unit Badan beruniform PPIM.


Menerima Sijil Penghargaan bagi Kelab dan Persatuan Terbaik iaitu Kelab SPBT

Menerima Sijil Penghargaan Guru Pembimbing Terbaik bagi Pasukan Pantun sekolah.Alhamdulillah, tahun ini kami Johan Pantun Daerah PD dan dapat tempat ketiga Peringkat Negeri Sembilan.Cerita kejayaan manis ini saya kongsikan dekat sini : Pasukan Pantun Sekolahku Menang Bergaya

Selain kongsi cerita mesyuarat dan dapat sijil penghargaan, jangan dilupa ya tugasan yang menanti untuk sesi 2025.Mesti korang ingat jadi cikgu ni mengajar sahaja kann.hihi.Netizen sekarang ni macam-macam dakwanya tau.

Bagi sesi 2025, saya masih lagi memikul tanggungjawab sebagai Ketua Panitia Sejarah, Penyelaras Unit SPBT, dan perubahan daripada menjadi AJK Kelab Permainan Bola Sepak, tahun ini kena jadi Setiausaha. Jangan pandang saya sebelah mata okey.kihkih.

Saya ada kongsikan pengalaman saya bila tahun pertama di sekolah ini, saya menjadi Pengurus Pasukan Bola Sepak sekolah saya.Masa tu, cikgu baru.Kita ikut jelah apa yang diarahkan. Boleh baca pengalaman saya jadi Manager Kelab Bola Sepak JDT  kat sini : Pengalaman Jadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Sekolah

Saya masih lagi mengajar subjek Sejarah bagi kelas tahun 4 dan 5 dan Bahasa Melayu bagi kelas tahun 1 dan 2. Kalau ikutkan dari tahun pertama saya posting di KL, mengajar kelas tahun 1 macam dah sebati dengan diri saya. Mak-mak sangat kan.Padahal depa tak tahu, kadang kita ni lebih budak dari budak kalau dengan suami sendiri .haha. 

Oklah.Sampai sini dulu.Lain kali cerita lagi.heh.

Cik Matahariku,
Sukai apa yang Engkau dapat, Jika Engkau tak dapat apa yang Engkau sukai..