Edisi Ceritera Cikgu : Sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Sekolah

As Salam,
Sejak awal tahun 2018, sejak saya mendapat tahu tugasan yang harus saya pikul bagi tahun semasa, rasa nak pengsan pun ada bila saya lihat nama saya tertera sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Sekolah.Kalau di sekolah lama, saya pernah juga menjadi Pengurus Pasukan Badminton sekolah, tapi yang itu saya boleh maafkan lagi, sebab saya anggap its normal kalau cikgu pompuan yang manage.haha.

Orait, ni kali pertama team bola sepak sekolah saya akan mengadakan "friendly match" dengan sekolah yang sama daerah dengan kami. 

Bila saya kongsikan hal ini dengan Best Friend Forever merangkap Encik Suamiku itu, dia nampaknya bagi pandangan yang lebih positif dari saya.Boleh pulak dia kata, bukannya saya yang kena main bola sepak pun, u just manage it right ?( gitulah kononnya maksudnya kalau diterjemahkan dalam bahasa omputih.)Iyolahh.

player yang terpilih selepas disaring sebanyak 4 ke 5 kali oleh coach.Alhamdulillah, pasukan bola sekolah saya mendapat sponsored jersey yang lawa beb:)

Hey, korang yang tak pernah handle, bolehlah cakap senang kan? Yup, sebenarnya kesukaran yang saya fikirkan tu, takdelah apa sangat pun.Lagipun, bukannya saya seorang yang jadi jawatankuasa Kelab Bola Sepak sekolah kan, selain saya ada 4 guru perempuan dan seorang guru lelaki yang akan bertanggungjawab bersama saya mengurus dan menjalankan tugas berkaitan.Cuma tulah, bezanya kat situ, saya ketua dan pengurus pasukan.huwaa.

Attend meeting untuk taklimat kejohanan bola sepak MSSDPD pun saya sensorang pompuan.
pasrah jelah masa ni.Tak mati pun, cuma inilah hakikat yang saya harus akur.iskisk.

Mula-mula tension jugak, awat cikgu lelaki dah takde ke yang boleh handle Bola Sepak Sekolah ni? Memandangkan saya antara guru baru di sekolah, saya ambik pendekatan follow the flow je.Malas gaduh-gaduh.Buat dulu, yang lain fikir kemudian, hahha.

Saya bersyukur sebab dapat kawan-kawan kat sekolah ini yang tak lokek nak guide kita walaupun mereka bukan terlibat sebagai AJK Kelab Bola Sepak secara langsung.Akhirnya, saya tahu, Allah nak bagi benda yang lebih penting dari sekadar jadi Pengurus Pasukan Bola Sepak sekolah.Slowly, saya learn macam mana nak buat jadual latihan, hampir setiap petang jugak sebelum kejohanan MSSDPD saya dan team bola bergilir duty memastikan murid yang terpilih mengikuti latihan dengan penuh disiplin.

 sesi warm up sebelum memulakan permainan

Player sekolah mendengar pesanan daripada coach sebelum bermain untuk friendly match

Memanglah pertama kali attend meeting Bola Sepak, bila pengerusi bagi taklimat, ada beberapa perkataan yang saya kurang faham maksudnya. Itu belum lagi time coach yang kami panggil dari luar, minta saya sediakan perlatan untuk latihan, termasuk net untuk dipasang pada tiang gol.Ah, sudah.Bila check peralatan kat stor sukan, saya sengaja bawa salah seorang player untuk bantu saya cari net, saya takut saya tersalah bagi net karang.haha.Memang haru ko.

Pernah juga masa sesi latihan, saya sediakan air sirap sejuk, rupanya coach tidak berapa setuju dan minta saya sediakan air kosong atau mineral sahaja.lucu bukan? Budak-budak bola tu apa tahu? Depa belasah je apa yang saya bagi.kihkih.

Itu belum lagi part buat line padang.Sah-sah saya memang tak sanggup dan tak reti.Syukur PK koku memahami dan minta bantuan guru lelaki di sekolah saya untuk menyediakannya.Ah, banyak sangat cerita kelakar, nervous dan juga marah tatkala saya menjadi pengurus, tapi saya dah lupakan itu semua bila saya tahu Allah just want me to learn, adapt n make it successful.

Ini pula salah seorang player sekolah saya ( jersi hitam) yang terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan bagi kejohanan Bola Sepak MSSM bawah 12 tahun yang berlangsung di Pulau Pinang pada awal Ogos yang lalu.

Rupanya Allah bagi kita sesuatu tanggungjawab bukan sebab kita tak tahu, tapi sebab Allah tahu kita mampu.Alhamdulillah. Ada juga part yang saya memang tak tahu, tapi agak lucu bila saya mahu agihkan jersey bola kepada murid-murid saya.Saya fikir, nombor pada jersey ada kaitan peranan yang dipegang oleh pemain seperti striker, deffence atau pemain mid field.Depa  awal-awal dah pilih no kesukaan dan beritahu saya tak kisah pun depa pakai no berapa.Entahlah.Saya pun ikutkan je.haha.

Kejohanan Bola Sepak MSSDPD sedang berlangsung di SJKT Port Dickson

Bagi saya, kerjaya guru di sekolah memberi peluang kepada saya menimba banyak pengalaman dan benda baru yang saya sendiri tidak terfikir akan mendapatnya. Allah Maha Baik.DIA beri kita sesuatu yang kita sangka tak baik dan menyusahkan untuk diri kita, rupanya dalam kesukaran itu ada hadiah tidak ternilai yang DIA mahu kita terima daripadanya.Mungkin ada guru lain yang sudah pencen pun tak permah menjadi pengurus pasukan bola sepak sekolah kan.heheh.

Dengan segala kelemahan dan kekurangan saya, Allah bantu saya uruskan pasukan bola sepak sekolah dengan bantuan ramai sahabat-sahabat yang baik, memahami, menyokong dan memudahkan saya menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.Saya mohon Allah berikan ganjaran yang selayaknya kepada rakan-rakan yang baik di sekolah ini yang banyak membantu saya.

Saya belajar, dalam hidup ini, tidak perlu banyak sangat soalan "mengapa" kita tanyakan, its more better u ask how to handle or manage it and make it successfull.yeahh.

Sampai jumpa lagi-Edisi Ceritera Cikgu : Sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Sekolah-InsyaAllah, saya akan kongsikan banyak lagi pengalaman saya di sekolah.Semoga Allah permudahkan :)


Post a Comment

0 Comments