Permintaan Kecil Anakku


Beberapa hari lalu, anak sulung saya yang berusia 7 tahun menghantar kad kepada saya.Sebenarnya kalau ikut rupa, bukanlah kad tapi sekeping kertas lukisan yang telah dilipat dua.Saya terpaksa panggil `kad` juga kerana dihadapan kertas lukisan itu, dia menulis :KAD UNTUK MAMA.Anak sulung saya ni memang gemar menghantar surat sama ada kepada saya atau ayahnya.kadang-kadang tu, siap bersampul surat segala macam..alahai..:)-Apabila saya buka dan baca apa yang ditulisnya, fahamlah saya, isinya lebih kepada menyatakan hasrat hatinya untuk berpindah ke sekolah tempat saya mengajar.

Katanya dalam kad itu,teacher di sekolahnya garang..( macamlah mama dia tak garang, dan teacher yang dia maksudkan tu pun saya kenal orangnya..).Dia akhiri isi kad nya dengan pertanyaan : Boleh tak mama ?.Saya biarkan sepi permintaannya.Tunggulah masa yang sesuai, saya akan terangkan kepadanya kenapa saya dan ayahnya menghantar dia ke sekolah itu. saya cerita tentang permintaan anak saya itu, kerana saya ingin berkongsi pandangan saya tentang permintaan kita kepadaNYA.Kadangkala, sebagai hambaNya yang lalai,

Kita merasakan patut meminta dan berdoa kepadaNya bila kita inginkan dan perlukan hajat dan cita-cita yang besar sahaja.Kita seperti terlupa bahawa Allah maha memperkenankan segala pinta hambaNya,biar yang besar-besar, apatah lagi yang kecil-kecil!Bagi saya saat kita memohon pertolongannya, biarpun urusan itu kecil, terasa DIAlah yang paling dekat dengan kita, yang Maha memahami segala keperluan kita.

Usah berasa ragu untuk memohon dan meminta dariNya, meski kita hanya sedang memasang tali kasut atau menyikat rambut.Biarpun kita tahu sebenarnya sebagai hambaNya yang sangat bergantung kepadaNya, setiap permintaan kepadaNya adalah permintaan besar kerana kita tak akan mampu pun menikmati enaknya kek coklat atau menghidu haruman ros tanpa IzinNya.

Post a Comment

0 Comments