SAM Bestari, Subang Jaya ( SAMBEST) Pilihan Kami

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kak Iman Dapat Tawaran Tingkatan 1 Ke SAM Bestari, Subang Jaya-Alhamdulillah.Hampir dua minggu sudah Puteri sulung saya, yang senang kami panggil sebagai Kak Iman mendaftar di SAM Bestari Subang Jaya, Selangor (SAMBEST).Kalau anda sudah baca post saya tentang Selamat Tahun Baru 2017, maka suka saya kongsikan di sini, mendapat tawaran dari sekolah ini juga antara senarai doa yang saya pernah tuliskan dalam buku doa saya:)


Inilah bangunan SAM Bestari, Subang Jaya, Selangor- Sekolah Kluster Kecemerlangan

Status permohonan Kak Iman apabila membuat semakan ke tingkatan 1 bagi ke SAM atau SMAT
di negeri Selangor.Masa ni pihak sekolah rendah yang uruskan permohonan, tapi ibu bapa boleh buat semakan online di website yang disediakan.

Surat tawaran kemasukan ke Sambest yang kami perolehi melalui cetakan di website.

Saya dan Kak Iman pada Hari Pendaftaran di SAM Bestari, Subang Jaya.

Pada Allah jualah sebaik-baik kesyukuran saya panjatkan kerana kurniaanNYA yang tidak terhingga untuk saya hitung.Semoga Allah berikan saya kesempatan yang luas dan banyak untuk saya sentiasa bersyukur.aamin.

Owh ya,Selain dari tawaran di SAMBEST ( shortname untuk sekolah tersebut), Kak Iman juga dapat tawaran dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor ( MITS) di Sabak Bernam.Kami mempunyai tempoh seminggu sebelum tarikh tutup terima tawaran di beri oleh MITS.Pada masa yang sama, Kak Iman beritahu saya dia sebenarnya mahu ke SAMBEST.

Pada waktu ini, saya hanya dapat nasihatkan kakak supaya buat solat hajat dan banyakkan berdoa.Tak payah fikir bagaimana Allah akan kabulkan doa kita, doalah sahaja banyak-banyak dan penuh harap.Insha Allah.

Walaupun ustazah di sekolahnya ada beritahu, jika sudah terima tawaran MITS, tak akan dapat SAMBEST, tapi naluri seorang ibu saya merasakan, Kak Iman masih ada peluang tersebut.wallahualam.

Akhirnya, syukur kerana Kak Iman direzekikan untuk menyambung pembelajaran sekolah menengahnya di sekolah itu.Saya dan ayahnya pasti yang paling gembira dengan tawaran, ini dan tambah melegakan kami, Kak Iman juga suka akan sekolah tersebut.

Orait, saya pernah beritahu kat Encik Suami, jika berkesempatan, saya ingin kongsi tentang sekolah ini dalam blog saya. Kalau ikutkan saya tahu tentang kewujudan sekolah SAMBEST ini pun dari ustaz dan ustazah di Seri Al Huda, Gombak.

Bila saya cuba Google imej dan news, tak banyak yang kongsikan pengalaman ibu bapa yang hantar anak ke sekolah ini.Jadi, saya ambil kesempatan sebab punya blog sendiri untuk kongsi pengalaman saya yang tak seberapa ini.huhu.

Pertama kali sampai ke sekolah ini, saya berdua dengan Encik Suami terpukau dengan Panorama hijau yang terdapat di sekolah ini.Ah, nyaman sekali dan sangat sesuai dan selesa sebagai salah satu tempat menimba ilmu.

Sekolah ini terletak di USJ 5, Subang Jaya, berhampiran dengan kawasan perumahan elit, yang saya anggap rumah orang "ada-ada"kerana hampir semua rumah-rumah di situ adalah rumah banglo yang kita tahu saiz keluasannya besar mana kann.


Panorama SAMBEST



Pintu gerbang SAMBEST menyambut kedatangan kami

kawasan parkir kereta yang sangat luas.Pejabat sekolah berada
di banguanan utama ini. 

Ini ialah ruang hadapan pejabat sekolah yang terdapat 
taman-taman yang cantik dengan pokok-pokok yang menghijau.

wakaf sekolah yang cantik dan selesa

Dewan utama sekolah

Bangunan asrama puteri

surau sekolah

pondok-pondok wakaf di sekitar hadapan bangunan asrama puteri

ruang kantin sekolah yang kemas dan selesa

susun atur ruang kantin yang sedap mata memandang:)

sudut sisi dari kawasan parkir ke kantin sekolah

Antara bangunan kelas dan deretan papan info berkaitan result peperiksaan
sekolah, PT3, dan SPM.Sempat juga saya dan Encik Suami tengok result murid di situ dan
result yang dipamerkan memang hebat, Masya Allah..boleh capai GPS sehingga 1.2 untuk beberapa subjek teras.

kawasan padang sekolah

 Ini pula senarai anugerah yang pernah diterima oleh sekolah ini.Ketika ambil gambar ini
saya ingatkan hanya satu papan mercu tanda kecemerlangan yang ada, tapi kemudiannya Encik Suami beritahu ada dua lagi papan mercu tanda yang sama.Oh Tuhan..


 Nah, kalau rajin bacalah satu-satu.hehe.


Anugerah paling terbaharu ialah pada tahun 2015 iaitu 
Anugerah Sekolah Cemerlang Negeri Selangor-

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya gigih tangkap pic sekolah segala bagai ni kan, haha..sebenarnya ketika kami datang ke sekolah ini untuk menghantar borang maklum balas terima tawaran, Kak Iman tak dapat ikut sekali dan saya janji akan kongsikan gambar sekolah kepadanya.


Saya pernah berazam suatu ketika dahulu, jika anak-anak saya akan ke sekolah peringkat menengah, saya mahu pastikan sekolah itu nanti adalah sekolah terbaik yang dapat menyambung kesinambungan apa yang telah mereka perolehi semasa di Seri Al Huda, Gombak.

Alhamdulillah, apabila berpeluang melihat sendiri sekolah ini, saya terus panjatkan doa kepada Ilahi semoga suatu hari nanti, kelima-lima anak saya dikurniakan rezeki dapat menimba ilmu di sini.aamin.

Latar Belakang dan Sejarah SAMBEST

Penubuhan Sekolah Agama Menengah Bestari yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan Dan Pembelajaran, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bertujuan memantapkan sistem pendidikan yang menawarkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima dalam jurusan Sains dan Teknik sebagai kurikulumnya. Kewujudan sekolah ini diharapkan dapat memenuhi Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sekolah ini mula beroperasi mulai 29 Mei 1998 di kawasan seluas 37 hektar. Bermula dengan dua kelas pelajar Tingkatan Lima yang dipindahkan daripada Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ), Shah Alam, dan sepuluh kelas pelajar Tingkatan Empat yang dipilih daripada seluruh sekolah agama menengah (SAM) negeri Selangor. Jumlah guru dan kakitangan sokongan ketika itu adalah 38 orang. Pengetua yang pertama ialah Ustaz Sholehuddin Bin Kayat. Pada tahun 2000, sekolah ini mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan Satu sebanyak dua kelas atas permintaan masyarakat setempat.

Sekolah ini telah mencatat kecemerlangan dalam Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2001, 2002 dan 2003, dan menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang di Malaysia. Demikian juga dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2002 dan 2003 di mana sekolah menduduki tempat ke 13 di seluruh Malaysia. Pada tahun 2005 dan 2006 seorang pelajar Tingkatan Tiga mencipta nama menduduki tempat kedua keseluruhan PMR seluruh Malaysia.


99 % pelajar lepasan sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti di dalam dan luar negara dalam pelbagai jurusan terutama kedoktoran dan kejuruteraan.( Sumber Wikipedia).

Sekolah Yang Didoakan
Tatkala Kak Iman selesai mendapat result UPSR dan PSRAnya, saya mula berfikir dan mencari-cari maklumat yang berkaitan dengan sekolah-sekolah terbaik yang menawarkan pendidikan aliran agama di sekolah menengah.Tambahan lagi, Kak Iman berkeinginan untuk tinggal di asrama.

Walaupun result UPSR Kak Iman melayakkan dia ke mana sahaja sekolah terbaik, saya harus akur dengan latarbelakang pendidikan sekolah rendahnya yang bersekolah di sekolah swasta, maka Kak Iman hanya boleh pergi ke sekolah tertentu.Alhamdulillah, dengan latar belakang dan pencapaian yang ditunjukkan sekolah ini, saya berdoa semoga Kak Iman dapat menjadi salah seorang pelajar yang akan mencipta kecemerlangan untuk sekolahnya.


Secara peribadi kami mementingkan persekitaran dan budaya sekolah dalam memastikan, walau di mana putera puteri kami berada, biarlah sekolah itu mementingkan tarbiyyah Islam sebagai asas pendidikannya.aamin.Insha Allah.

Publish Post Pengalaman Tahun Kedua Anak di Sambest
Memandangkan respon positif yang menggalakkan daripada kalangan ibu bapa terhadap sekolah SAMBEST, telah mendorong saya untuk berkongsi post in dalam blog, harap dapat beri manfaat yang lebih baik : Pengalaman Tahun kedua Kak Iman di SAMBEST-

Semoga SAMBEST menjadi medan terbaik buat putera puteri saya mendewasakan diri dengan bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi.aamin

semoga Allah permudahkan semuanya..aamin:)

Sampai jumpa lagi, thanks for reading this entry!

Post a Comment

82 Comments

  1. Assalam,
    Mudah-mudahan Kak Iman berjaya di dunia dan diakhirat.
    Kak datang sini nak hantar semangkuk Ayam Masak Ungkep Style Jawa Johor... terima kasih kongsi resepi. Kak Amie pinjam petang tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih kak, harap dapat terus beri manfaat kpd akk dan readers blog yg lain.. aamin☺

      Delete
    2. ALHAMDULILLAH..TAHNIAH kak Iman dan mamanya... memang sekitar hujung tahun lepas sayapun sibuk menggodek pakcik gugel mencari maklumat sekolah termasuklah SAMBEST..tapi sangat sedikit infonya.. dengan adanya sedikit rumusan dari blok cik matahariku memang sangat membantu ibu2 yang teruja..hihi...
      Anak sayapun buat pilihan utk ke SAMBEST tahun lepas utk tingkatan 1 ...
      moga anak-anak kita disana sentiasa dilindungi, diberkati dan terus berjaya..amin.

      Delete
    3. terima kasih atas perkongsian puan. suami saya baru saja pulang dari JAIS untuk rayuan memohon ke sambest. kami tidak memohon utk kemasukan awal kerana salah faham di pihak saya tentang info kemasukan. diharapkan ada rezeki anak saya untuk ke sambest, inshaAllah.

      Delete
    4. alhamdulillah..tahniah kakak iman...doakan anak saya punya rezeki kesekolah ini juga pada tahun hadapan ...insyaAllah

      Delete
  2. Tahniah sis....sekolah ni mmg terbaikk....SMA terkenal di Selangor

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Puan,
    Saya merupakan alumni SAMBEST Subang Jaya, tahun SPM: 2006.

    Jika anak puan berpotensi dan berminat menyertai program tahfiz di SAMBEST, anak puan boleh sertai Akademi Huffaz di sekolah.

    Selamat berkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.
      owh sambest pun ada program tahfiz ye...anak saya upsr/psra tahun ni.saya pun berdoa semoga ada rezeki anak masuk situ.aamiin.

      Delete
    2. wslm sis, kalau melihat kepada kecemerlangan sekolah SAMBEST ini, memang saya percaya ramai ibu bapa dari negeri Selangor khasnya, yang mengharapkan anak-anak mereka dapat belajar di sekolah ini.Saya doakan anak puan ada rezeki bersekolah di sini:) aamiin.

      Delete
  4. waalaikumusalam saudari Khairunisa,
    terima kasih singgah blog kami:)Insha Allah, nanti akk cuba tanyakan tentang program tersebut disekolahnya.Buat masa ini, tiada pula dia bercerita tentang program tersebut.

    ReplyDelete
  5. Rindu sekolah ni...terbaik!! Rindu cikgu, ustaz, ustazah yg mendidik kami seperti anak2 sendiri. Alhamdulillah 2 thn disitu memberi impak besar dlm diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, itulah yang kami harapkan bila anaknda kami belajar di situ.Sekolah seharusnya menjadi jalan rintis kita mengenal diri dan mendekatkan diri kepada Ilahi.Sahabat, guru-guru dan siapa di samping kita pada tahap awal sekolah menengah sangat penting dan menjadikan siapa diri kita sekarang..:)

      Delete
  6. Kalau sekolah rendah swasta, ada sekolah tertentu ke yg boleh masuk... Anak saya sekolah rendah swasta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid dari sekolah rendah swasta ( sekiranya result upsr cemerlang) tidak mempunyai kelayakan untuk ke sm sains, sbp ( setakat dlm pengetahuan saya )tapi boleh mohon mrsm, smka, sma dan mungkin banyak lagi sekolah terbaik yang lain..insha Allah:)

      Delete
  7. salam puan, boleh kongsikan bagaimana cara nak apply SAMBEST ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum puan.boleh kongsikan bagaimana cara nk apply..ada syarat2 kemasukan?

      Delete
    2. waalaikumussalam sis, kl ikut pengalaman kami dulu,ustaz sekolah Kak Iman yg uruskn permohonan ini, kami hanya diminta mengisi borang yg diberikan oleh pihak sekolah.

      Delete
  8. assalam. baru nak tanya cara kemasukan.nampak
    nya dah ada yg tanya. x de online ke sbb saya luar selangor. macam bagus bila baca profil sekolah ini.

    ReplyDelete
  9. bg anak yg mendapat 6A Ypsr dan Mumtaz PSRA/Upsra, borang kemasukan boleh diperolehi dari pihak sekolah anak belajar

    ReplyDelete
  10. Anak saya pun baru mendaftar masuk ke SAM BESTARI ( Form 4 2018 ) Kami tak pernah mohon pun, pihak JAIS yang tawarkan. Anak juga dapat tawaran ke KISAS tapi kami pilih SAM BESTARI sebab Kurikulum Dini atau KBD lebih sesuai dengan minat anak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah, semoga ank kita dpt sm2 membentuk diri menjadi hamba Allah yg cemerlng dunia akhirat.. aamin😊

      Delete
    2. salam sis, anak saya bersekolah di SRAI Al Huda, di Gombak, Sebuah sekolah rendah agama swasta di bawah kelolaan ABIM dan juga JAIS.Terima kasih bertanya.

      Delete
  11. http://qamillaaisya.blogspot.my/2018/01/habits-in-sambest.html

    Saya datang dari sekolah yang sama

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, tumpang tanya Puan. SAM Bestari ada tawarkan subjek Bahasa Arab ke? Terima kasih Puan, post ni sgt membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm puan, maaf lambat respon soalan puan, sekolah ini ada menawarkan subjek bahasa Arab dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, terima kasih bertanya puan:)

      Delete
  13. As salam puan. Maaf mungkin puan ada buat perbandingan dgn MITS...blh bg mklumat bg pedoman memilih antara ke2nya.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis, selepas hadir interview di MITS, dan melihat sendiri persekitaran sekolah serta kemudahan yang disediakan, kami memilih untuk menghantar anak ke Sambest kerana ketika itu, Mits di Sungai Besar belum lagi menyediakan kemudahan asrama yang lengkap dan sesuai kerana murid akan ditempatkan di rumah sewa yang berhampiran, jarak antara satu blok bangunan dengan bangunan lain agak jauh, dan kami dapati ramai murid yang menggunakan basikal,lokasi MITS juga agak jauh dengan tempat tinggal kami ketika itu di Selayang,jadi faktor-faktor ini yang menjadi pertimbangan kami dan akhirnya kami mencadangkan supaya anak memilih belajar ke Sambest.Harap penjelasan ini dapat bantu puan membuat pilihan:)

      Delete
    2. walaupun syg sebenarnya sebab MITS menyediakan pengajian tahfiz yang baik, kami memilih sambest juga kerana mulai tahun 2017,murid tingkatan 1 diperkenalkan dengan subjek agama Dinni, yang membolehkan anak saya mendapat pembelajaran subjek agama lebih mendalam seperti AlQuran, Usuluddin dan Syariah, dan juga Bhs Arab.Selain itu, program di asrama yang pelbagai, menarik dan terancang juga mendorong kami memilih sambest:)

      Delete
  14. assalamualaikum sis.. ingin bertanya adakan yuran masuk ke SAMBEST nie mahal? agak risau jugak jika tidak berkemampuan..anak saya berminat untuk meneruskan pengajian Tingkatan 1 2019 disini..insyaallah jika mendapat tawaran. mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan, sekolah ini sebenarnya sebuah sekolah di bawah KPM dan juga Kerajaan Negeri Selangor.Selain perlu bayar yuran makan asrama sekitar rm700 setahun ( ikut pendapatan ibu bapa, jika pendapatan bawah rm3000, yuran yang dikenakan lebih murah), kami juga perlu membayar sumbangan PIBG,dan beberapa sumbangan lain.Secara keseluruhan, bagi saya kos pembelajaran di sini affordable, lagipun seperti anak saya, mendapat kemudahan biasiswa Khas Yayasan Selangor (Biasiswa diberikan kepada pelajar yang mengikuti Program RKPYS. Ia terbahagi kepada Biasiswa Kecil (RM700/tahun) dan Biasiswa Khas (RM1000/tahun). Pembayaran akan dibuat kepada pelajar yang melepasi KPI akademik yang ditetapkan.Biasiswa ini dibuka kepada pelajar tingkatan 1, biasanya sekolah akan uruskan dan pelajar yang terpilih akan diberikan borang permohonan untuk penjaga isi.Insha Allah, saya doakan anak tuan direzekikan belajar di sini juga.aamiin:)

      Delete
    2. assalamualaikum....ada syarat ke utk mengikuti prog yayasan RKPYS.

      Delete
    3. assalamualaikum.....ada syarat2 tertentu ke utk mengikuti pgrm RKPYS? bgmana anak puan mendpt tawaran tersebut? mohon pencerahan...tk

      Delete
  15. Assalamualaikum, Puan... Saya dapat maklumat bahawa borang permohonan kemasukan ke SAMBEST ni hanya boleh diperolehi di sekolah rendah agama anak-anak. Cuma saya nak bertanya pengalaman kak Iman dulu mengisi borang ini... adakah diisi dan dipulangkan pada sekolah rendah agama sebelum result sebenar UPSR dan PSRA diumumkan atau menggunapakai result Percubaan UPSA dan PSRA sepertimana untuk permohonan SBP dan MRSM ye?

    Mohon beri sedikit pencerahan ye puan...

    Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam puan, seingat saya,memang betul sekolah rendah agama sekolah anak yang akan memberi borang permohonan sambest untuk diisi ibu bapa.Pihak sekolah yang akan menguruskan permohonan.Pemilihan ke sambest adalah berdasarkan result sebenar UPSR dan PSRA.Terima kasih bertanya dan singgah ke blog ini:)semoga Allah beri kemudahan kepada puan dan anak jika berminat ke sambest:)

      Delete
  16. assalamualaikum. terima kasih atas info yang diberikan. sy cuba jugak cari info dr sumber lain tp tak byk yg dpt. anak sy mendapat mumtaz pd psra br ni. jadi ustazah nya bagi borang sambest dan mits hulu langat untuk apply. tapi hati ni lebih berminat nak apply pd sambest. doakan anak sy berjaya.

    ReplyDelete
  17. wslm tuan, terima kasih singgah di blog ini:) tahniah atas kejayaan anak tuan mendapat mumtaz dalam PSRA.Semoga dipermudahkan harapan tuan sekeluarga menghantar anak ke sekolah SAMBEST.InshaAllah, peluang ada sebab setakat makluman saya,sekolah ini menyediakan 4 kelas bagi tingkatan 1, doa banyak-banyak dan inshaAllah, jika niat kita betul dan baik menghantar anak ke sekolah ini, Allah akan lorongkan jalan ke situ:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Amin.. result upsr hanya 4A 2B. harap2 masih ade kekosongan la buat anak sy nanti..

      Delete
    2. alhamdulillah, tahniah untuk kejayaan anak tuan mendapat 4A2B, kebetulan sama dengan result upsr anak kedua saya:).Menurut Kak Iman,ada juga kalangan rakan-rakannya yang berpeluang belajar di sekolah ini walaupun tidak mendapat 6A, mungkin peluang melalui rayuan atau panggilan kedua atau ketiga selepas kuota panggilan pertama ditolak oleh pelajar lain.Semoga dipermudahkan urusan anak tuan ke sekolah ini.aamiin:)

      Delete
    3. terima kasih atas semua info. moga puan sentiasa dirahmati dalam lindunganNya..

      Delete
    4. Alhamdulillah. Walaupun tak berjaya dapat peluang belajar di Sambest dah SMk Maiwp, akhirnya anak sy dpt offer dr SAM Rawang.. Dan harini keluar result SBP dpt offer SBPI Gombak.. Anak masih belum decide nak kemana tp sy harap dia ke sbpi krn disana juga ade aliran agama walaupun mungkin takde pengajian tahfiz. Terima kasih atau segala info yg dikongsi, sangat membantu sebelum ni..

      Delete
    5. Slm tuan, tahniah atas kejayaan anak dan tuan sekeluarga:) syukur saya tumpang gembira mendengarnya.Antara Samer dan SBPI memang keduanya ada tawarkan aliran agama, cuma bagi saya subjek yang ditawarkan agak berbeza. SBPI Gombak menawarkan subjek akademik termasuk bahasa arab, dan tidak menawarkan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab.Sementara Samer pula tiada tahfiz dan menawarkan subjek akademik dan kurikulum bersepadu Dinni iaitu mrd mengikuti pembelajaran bhs Arab, Usuluddin dan syariah.Semoga anak tuan terus berjaya cemerlang walau belajar dan sekolah di mana-mana pun nanti:) aamiin.

      Delete
  18. Bertuahnya anak puan dpt bersekolah di SAMBEST. Ustazah di sekolah anak sy ada berikan borang haritu. Tapi.. tengok pada result upsr hari ni x berapa cantik.. harap2 ada la rezeki di lain2 sekolah aliran agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, terima kasih singgah sini:) Alhamdulillah, memang banyak lagi sekolah men agama yang tak kurang hebatnya seperti sambest, khasnya jika puan berada di Selangor.Anak kedua saya tak dapat ke sekolah seperti kakaknya kerana tidak mengambil PSRA selepas kami berpindah ke Negeri Sembilan.Kalau puan masih berminat untuk menghantar anak ke sambest, cubalah mohon untuk peluang kedua atau rayuan, manalah tahu rezeki anak puan di sekolah itu:)

      Delete
  19. Assalammuilaikum...nak tny, utk kemasukan ke sambest, ada sesi interview ke x...anak sy dah mohon, so klau ada tu, ingin le buat sedikit persiapan sblm dipanggil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis,setakat dalam pengetahuan saya, kemasukan ke Sambest tiada interview, sekiranya pihak sekolah ada buat perubahan untuk tahun ini, pasti mereka akan maklumkan awal kepada pelajar dan ibu bapa:)

      Delete
  20. sambest ni utk anak2 selangor shj ke?kami dari negeri 9 boleh apply tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm, sepanjang pengetahuan saya, tiada masalah untuk kemasukan pelajar luar selangor untuk memohon sekolah ini cuma pasti ada syarat kemasukan yang perlu diikuti.

      Delete
    2. puan boleh bertanya ke bahagian pendidikan di jabatan agama islam selangor, mungkin mereka dapat beri jawapan yang lebih memuaskan:)

      Delete
  21. As salam Puan,
    Nak minta pandangan kelebihan antara SAMBEST, MITS dan SBPI Rawang.
    Anak dpt tawaran dari ketiga2 sekolah ini tapi mungkin pilihan antara Sambest dan SBPI sbb MITS Sabak Bernam agak kekurabgab dari segi fasilitinya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm sis, terlebih dahulu alhamdulillah dan tahniah kpd puan sekeluarga krn anak berjaya terpilih ke sekolah terbaik seperti yang diinginkan ramai ibu bapa diluar sana:)Pening jugak ya sebab dapat tawaran sampai 3 sekolah, dan bukan calang-calang sekolah pulak tu.Pasti anak puan juga hebat pencapaiannya.Syukur pada Allah Taala atas kurniaan kejayaan ini dan saya tumpang gembira mendengarnya.Semua ibu bapa memang mahukan yang terbaik untuk anak-anak.Saya tak dapat nak katakan banyak tentang SBPI Rawang, sebab tak pernah ada pengalaman berkaitan sekolah tersebut.Tapi melalui pembacaan saya, SBPI Rawang merupakan sekolah berprestasi tinggi (SBT) yang menawarkan kurikulum akademik kebangsaan dan juga Kurikulum Bersepadu tahfiz ( Tahfiz Model Ulu Albab) yang bermaksud, selain belajar subjek akademik biasa, anak puan akan mengikuti pengajian tahfiz dan bakal menjadi Al Haffiz bila tamat tingkatan 5 nti.Berbeza dengan Sambest yg tidak menawarkan kurikulum tahfiz, tapi anak puan akan mengikuti kurikulum bersepadu Dinni yang bermaksud dia akan belajar subjek akademik biasa dan plus dgn bhs Arab, Syariah dan usuluddin.Namun sekolah ini mengikut pengalaman anak sy sendiri ada menyediakan kelas kemahiran Quran, dimana mrd dibimbing berkaitan tajwid, taranum dan hafazan ( mrd dipilih beradasarkan ujian dan temuduga di sekolah).Mits pula, menawarkan subjek pelajaran Dinni dan akademik juga pengajian tahfiz.Saya cadangkan,jika puan dan anak puan juga berminat meneruskan pembelajaran sekolah menengah dlm aliran agama, mits dan sambest antara pilihan yang patut dipertimbangkan.Namun SBPI juga baik sebab mrd dibimbing secara formal dlm hafazan Quran cuma tidak mendalami subjek syariah dan usuluddin.Saya tak nafikan, mits memang agak kurang dari segi fasiliti, tapi jgn lupa still ada parents yang pilih anak ke sekolah ini, dan saya percaya ada sebab mrk yang tersendiri:)Kalau ikut pengalaman anak saya sendiri di sambest,saya perhatikan anak saya memang learn banyak benda baik, di sekolah dan asrama.Insha Allah, saya doakan puan sekeluarga mendapat petunjuk memilih sekolah terbaik yang dapat menjadikan anak kita lebih baik dari sebelumnya.aamiin.

      Delete
  22. Assalamualaikum..boleh beri pandangan mengenai mits alam impian? Apakah perbezaan dgn mits yg lain? Terima kasih

    ReplyDelete
  23. waalaikumuslm puan, saya tak dapat nak kongsi pandangan tentang mits alam impian sebab tiada anak bersekolah di sana, namun mengikut pemahaman saya, semua MITS di Selangor pastinya menawarkan subjek yang sama.Maaf ya puan:)

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum puan, anak saya akan mendaftar di sambest tak lama lagi. boleh saya tahu apakah keperluan yg perlu di bawa ke asrama? rasanya mcm dah penuh checklist, tapi bimbang tertinggal perkara yg perlu. anak saya lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. waslm puan, tahniah kerana anak mendapat peluang belajar di Sambest:)Kalau ikut pengalaman saya, checklist yang diberikan oleh pihak sekolah dan asrama dah lengkap untuk keperluan anak-anak kita belajar di asrama.Lagipun, jika ada keperluan yang kita terlepas pandang,kita masih boleh datang melawat anak di asrama pada hujung minggu:) sekiranya tidak balik wajib.

      Delete
  25. Assalamualaikum puan... Apa syarat kemasukan Sam bestari? Biasanya lelaki n perempuan berbeza...result Psra n upsr. Upkk pon ditengok ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. waslm puan, secara ringkasnya, syarat kemasukan ke sambest memang memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang mengambil PSRA (dengan peratus yang cemerlang), keputusan UPSR,upkk juga dilihat.Setahu saya, tidak ada perbezaan kelayakan akademik bagi lelaki dan perempuan.Kalau ada pun, mungkin itu berdasarkan kuota sekolah.Pelajar juga dilihat kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, ko kurikulum dan lain-lain.Biasanya pihak sekolah ank puan akan menyediakan borang permohonan jika puan berminat.Terima kasih.

      Delete
  26. Assalamualaikum puan... Apa syarat kemasukan Sam bestari? Biasanya lelaki n perempuan berbeza...result Psra n upsr. Upkk pon ditengok ke

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Puan, terima kasih kerana memberi banyak info mengenai SAM Best di blog Puan. Dan perbezaan MITS dan SAM Best di mana kedua duanya adalah institusi menengah yang sangat bagus.

    Puan, boleh saya tahu, jika anak saya bersekolah di sekolah rendah agama swasta i.e Sekolah Rendah Integrasi Shah Alam (IISSA)(berdaftar dengan JAIS) yang ada result PSRA dan UPSR, adakah layak untuk memohon SAM Best dan setaraf? Anak Puan dari sekolah swasta juga ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm puan, terima kasih mendapat maanfaat dari blog ini:) Anak saya yang sulung sahaja sempat menamatkan pembelajaran di sekolah swasta ( sekolah rendah Islam Abim) sehingga darjah 6, anak yang lain kini menyambung pembelajaran dalam aliran SK biasa kerana kami berpindah rumah.Kalau mengikut makluman puan, anak puan tiada masalah untuk memohon ke Sambest atau sekolah menengah aliran agama yang lain.Jika sambest, kelayakan dalam PSRA sangat penting.Berdasarkan pengalaman saya, meskipun anak kedua mendapat 8A dalam UPKK dan UPSR 4A2B, dia tidak boleh memohon masuk ke sambest kerana tidak mempunyai PSRA (JAIS).Wallahualam.

      Delete
  28. Salam..brp anggaran yuran pd hri pndftaran ye..nk tahu anggaran.maklumlh sy anak prtama masuk alam prskolahn tingktn ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As slm sis, terima kasih bertanya,kalau tak silap saya,yuran pada hari pendaftaran sekitar rm200 ke 270, mungkin akan berubah mengikut keperluan.Itu yuran yang kami bayar pada tahun 2017.

      Delete
  29. jika ingin berhubung dengan pihak sekolah ,nombor telefon dan email yang manakah aktif digunakan bagi pihak sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam puan, ini no tel sekolah sambest yang pernah saya gunakan atas urusan persekolahan anak : 03 56377681 ( pejabat sekolah ).

      Delete
  30. Alhamdulillah,terima kasih atas perkongsian ini puan. Anakanda kedua akan mengambil UPSR/PSRA tahun ini (2020). Semoga Allah izinkan keputusan peperiksaan yang cemerlang agar anakanda Zahra layak ke sekolah agama yang terbaik. Insya Allah. Aamiin Ya Mujib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin, semoga anak puan kini sedang belajar di sekolah pilihan terbaik yang diharapkan.Maaf kelewatan membalas mesej puan.

      Delete
  31. Pada akhir kenyataan Puan yg mengatakan oleh kerana latar belakang anak Puan bersekolah swasta, maka peluangnya kurang disitu utk masuk Ulul Albab. Jadi soalan saya, adakah amalan ini sudah lama berlaku? Terima kasih Puan Cik Matahariku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, sekolah Ulul Albab merupakan salah satu jenis sekolah MRSM.Anak saya hanya ada rezeki menghadiri temuduga UKKM untuk kemasukan ke MRSM, tapi tidak berjaya dalam temuduga tersebut.Rasanya saya tiada menyebut tentang peluang anak sy dari sek swasta sukar untuk ke MRSM ulul Albab.Saya hanya ada sebut tentang permohonan ke SBP.Mana-mana pelajar yang dtg dari aliran sekolah swasta tidak layak/tidak boleh memohon SBP.Hal ini memang saya sudah maklum.Terima kasih bertanya puan.

      Delete
  32. Aslm..ank lelakislelaki yg sulung thn nie sepatutnya upsr tp disebabkan covid yg melanda thn ni x de upsr..ank sy berminat utk memasuki sekolah ini tetapi sy x tau mcm mn nk apply..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam puan, semenjak UPSR dimansuhkan, saya tiada maklumat bagaimana pemilihan ke sekolah aliran agama atau sambest dijalankan.Jika puan berminat, boleh terus hubungi sekolah berkenaan atau sekolah anak puan sendiri bagi mendapat maklumat yg terkini.terima kasih.

      Delete
  33. trima kasih cik matahariku, anak saya pun bersekolah swasta, jadi tak banyak pilihan sekolah asrama kerajaan yang boleh mohon. Dengan perkongsian ini saya pun baru mengenali sekolah ini.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum pn..sambest masih ada menyediakan program huffaz lagi ke sebab anak berminat bidang hafazan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat dalam pengetahuan saya, anak saya kini sudah tahun kelima di sambest, program kelas ALQuran yang membimbing murid dalam hafazan, masih dijalankan seperti biasa.

      Delete
  35. Alhamdulillah. Tahniah Puan. Blog ini amat membantu. Dengan pendamik sekarang saya harap anak saya dapat menyertai keluarga MITS tau Sam best ini. Tapi tak tahu penilaian utk diterima ke sekolah ini tahun 2022 nanti macam mana. Upkk tahun ini lah harapan. Semoga kita semua dilindungi dan Allah mengangkat wabak yg sedang melanda dunia sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih membaca blog ini puan:) ya, dengan perkembangan terbaharu dunia pendidikan, upsr dimansuhkan, upkk juga masih tidak pasti, ramai ibu bapa juga tidak mendapat info yangn jelas berkenaan kemasukan ke asrama.Saya mendoakan semoga segalanya dipermudahkan untuk persekolahan anak-anak kita semua.aamin.

      Delete
  36. Terima kasih atas perkongsian puan.. Anak saya menerima tawaran Sambest dan juga Smamaiwp. Kedua2 sekolah menawarkan subjek dini. Tapi masih tak pasti nak pilih sekolah yang mana satu..satu under Jais, satu under Jawi . Anak lebih kepada Smamaiwp kerana kelebihan fasilities, tp ibu rasa sayang jg dgn reputasi Sambest yg baik😂😅

    ReplyDelete
  37. Apa kelayakan nak masuk sekolah SAM BESTARI ni ye puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sefahaman saya, kelayakan ke SAMBEST ni sama seperti kelayakan ke sekolah SAM lain dibawah pengurusan sektor pendidikan Islam di JAIS.Cuma mungkin, sek ini memerlukan result psra yang mumtaz dan betul-betul cemerlang, selain keputusan akademik dalam peperiksaan akhir tahun murid atau penyertaan murid dalam ko akademik dan lain-lain.Zaman anak saya masuk sekolah ni dulu, keputusan psra dia mumtaz ( 97 peratus ) dengan upsr 6A.Yang terkini boleh rujuk ke sekolah tersebut atau JAIS.Terima kasih bertanya:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!