Dengan Bismillah,
Beberapa hari lalu, saya dikunjungi ( melalui telefon ) oleh seorang teman sekerja yang pernah sama-sama berkhidmat di salah sebuah sekolah Islamic Primary di Johor Bahru. Ketika saya mula berkhidmat di sekolah itu, dia merupakan senior saya dan banyak membimbing dan membantu saya sepanjang 3 tahun lebih ( tahun 2000-2003 ) saya bekerja di sana.
Kali terakhir dia menziarahi saya bersama isterinya ialah pada tahun 2009, ketika saya masih lagi tinggal menyewa di Batu 7, Gombak.Hmm..sudah tentulah dia sempat membebel dan merungut akan "sikap mendiamkan diri" saya daripada menghubunginya..huhu..Tujuan teman saya tadi, adalah untuk maklumkan akan reunion staf dan murid yang pernah bekerja dan belajar di sekolah kami dahulu.Seingat saya, ini adalah kali pertama reunion itu di adakan.
Saya ingin berkongsi sedikit akan perbualan kami yang agak panjang pada tengahari itu. Dalam perbualan itu, kami sempat bertukar cerita tentang keluarga masing-masing, termasuk hal anak-anak.Rupanya anak sulungnya sudah bersekolah darjah satu. Dan menurut ceritanya lagi, dia telah menghantar anaknya ke sekolah kami dahulu. Katanya begini :
Saya ingin berkongsi sedikit akan perbualan kami yang agak panjang pada tengahari itu. Dalam perbualan itu, kami sempat bertukar cerita tentang keluarga masing-masing, termasuk hal anak-anak.Rupanya anak sulungnya sudah bersekolah darjah satu. Dan menurut ceritanya lagi, dia telah menghantar anaknya ke sekolah kami dahulu. Katanya begini :
Saya mestilah pilih sekolah tu, Syam. Kita ni nak mendidik anak bukan senang. Tanggung jawab kita hantar anak ke sekolah yang kita yakin persekitarannya dapat bentuk peribadi dia. Sekolah-sekolah biasa memang banyak dan dekat dengan rumah, tapi belum tentu pentadbir dan guru-gurunya ada fikrah mendidik macam yang kita inginkan..
Saya setuju dengan pandangan teman saya tadi. Saya nyatakan kepadanya,saya juga menghantar anak-anak saya ke sekolah yang sama sepertinya. Bila saya bercerita tentang rakan-rakan saya sekarang yang bertanya, kenapa saya tidak hantar anak ke sekolah tempat saya berkhidmat sekarang, dan saya beritahu, saya sekadar menjelaskan kesukaran saya dan suami menguruskan hal persekolahan anak-anak kerana waktu bekerja kami, teman saya menegur sinis:
Kenapa jawab macam tu? Kalau dalam konsep berdakwah, awak salah Syam.Awak kena terangkan dan beritahu hal yang sebenar ( seperti yang dinyatakan di atas ). Kadang-kadang ada ibu bapa tidak sedar hal ini. Awak kena beritahu sebab yang betul kenapa hantar anak ke sekolah tu..
Saya terdiam mendengar "ceramah"nya pada sesi itu.Maklumlah bercakap dengan seorang ustaz yang juga seorang perunding motivasi, pasti tidak tentu pasal saya "diceramahkan".. Rupanya selama ini saya menggunakan cara berfikir yang salah. Salah maksudnya, saya tidak memikirkan hal dakwah (menyebarkan kebaikan ) kepada orang lain. Saya cuma fikir, tak mengapalah saya jawab begitu, kerana setiap ibu bapa pasti tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka.wallahualam..
Teguran teman saya itu, turut membuatkan saya muhasabah diri kembali. Saya telah begitu lama, tidak mendapat seorang teman yang akan menegur dan mengingatkan sebegitu rupa..Terima kasih kepada teman saya, yang menegur dan saya pasti anda juga akan berasa begitu.
Begitulah kehidupan.Kita sentiasa mencari dan inginkan yang terbaik. Anak-anak adalah amanah. Saya juga pernah dihujani soalan yang sama, mengapa hantar anak ke sekolah itu ? Kerana baginya, kemudahan di sekolah itu sangat terhad, dan bolehkah anak belajar dengan selesa ? Saya menjawab begini :
Saffiyyah dan Saqeenah bersama seorang teman ketika Hari Ihtifal Taski Al Huda
Nur Iman Saffiyyah bersama teman-teman pada Hari Ihtifal Seri Al Huda
Nur Iman Saqeenah bersama Guru Besar Seri Al Huda dan Penyelia Taski Al Huda
Bagi saya, kadang-kadang dalam mentarbiyyah, kita perlu kepada kesusahan dan cabaran itu. Mungkin dengan ketidak selesaan dan belajar dengan kemudahan yang terhad, anak saya akan "lebih banyak belajar". Disamping belajar hal akademik dan tahfiz, dia juga akan belajar indahnya solat berjemaah bersama rakan, mendengar tazkirah daripada ustaz dan ustazahnya, makan berjemaah dengan didahului dan disudahi doa, perhimpunan pagi Isninnya disertai zikir Asmaul'husna dan banyak lagi..
Saya memilih dengan kemampuan saya. Anda juga berhak memilih. Sebab pilihan itulah yang membezakan kita...Wallahualam.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!