Jawab UPSR Sebenar secara Online

Dengan Bismillah,
Akhirnya, tercapai juga hasrat saya untuk menyediakan Koleksi Soalan UPSR dan membuat pautan di blog saya berkaitan soalan-soalan UPSR lima tahun kebelakangan. Apa yang menariknya ialah, pautan Koleksi Soalan UPSR yang saya sediakan membolehkan murid saya atau pembaca ( yang akan mengambil UPSR pada tahun 2013 ) yang mengunjungi blog saya menjawab terus soalan yang dipaparkan iaitu secara online.

Kemudahan ini juga membolehkan guru-guru tahun 6 atau tahun 5 meminta pelajar mereka menjawab soalan dari rumah sebagai ulangkaji atau latih tubi. Murid tidak perlu membeli set soalan UPSR tahun-tahun lepas, dan paling istimewa, murid akan terus mendapat markah selepas habis menjawab semua soalan yang diberikan.

Dibawah ini saya paparkan bagaimana Soalan UPSR ONLINE ini berfungsi :

Langkah 1 : Baca arahan soalan seperti biasa dan pilih jawapan dengan mengklik pada 
                 pilihan jawapan anda sama ada A, B, C atau D.



Langkah 2 : Selepas anda klik kotak jawapan yang bertanda soal, akan keluar dialog box  
                 yang menyatakan jawapan betul dan skor markah. ( jika jawapan betul ).



Langkah 3 : Dialog box akan keluar dan menyatakan "salah" jika jawapan anda salah, tekan 
                 sahaja butang OK, dan jawab semula soalan itu.




Saya sangat berterima kasih kepada laman web BPTN Pulau Pinang kerana menyediakan kemudahan ini kepada semua guru dan murid.

Klik gambar untuk ke Laman Web BTPN  Pulau Pinang
Anda boleh lihat bahagian sidebar blog saya, dengan tajuk UPSR ONLINE dan klik mana-mana set soalan yang dikehendaki. 


Lihat pada bahagian sidebar yang saya tandakan dengan warna merah

Selamat Menjawab dan Mengulangkaji...

Post a Comment

0 Comments