Panduan Ulangkaji UPSR 2013 dengan Tutor TV Astro

Dengan Bismillah,
Melihat kepada kepantasan anak-anak zaman sekarang menguasai teknologi, saya rasa ada baiknya kita pandu dan arahkan anak-anak kecil kita, atau yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini supaya memanfaatkan teknologi dan segala kemudahan alam maya yang sudah menjadi sebahagian "permainan" mereka.

Disini saya ingin kongsi bersama para guru dan Ibu bapa yang ingin menggalakkan anak-anak mereka mengikuti pembelajaran pantas yang menyeronokkan, atau pembelajaran interaktif yang pastinya mengujakan  mereka. Sebenarnya, saya telah pun menggunakan kemudahan ini bersama anak-anak murid saya di sekolah.

Program ini yang dikenali sebagai Astro tutor TV UPSR, salah satu program yang boleh ditonton oleh anak-anak kita disaluran 601, namun begitu, anak-anak anda boleh juga melayari ke laman web Astro Tutor TV sebagai ulangkaji atau latih tubi menjelang UPSR.

Berikut panduan bagaiamana kita dapat menggunakan kemudahan ulangkaji UPSR 2013 dengan Tutor TV Astro .


  1. Pergi ke laman web ( sila klik gambar ). Ini merupakan laman utama bagi tutor tv Astro.

  • Sila bawa kursor ke bawah dan anda akan jumpa paparan yang saya tanda denga garisan kotak hitam


  • Kemudian klik pula bahagian ujian semasa, dan anda akan bertemu dengan paparan ini. Sila klik daftar dan isi ruangan kosong di situ. Boleh gunakan emaill ibubapa/ guru jika anak/ murid  anda tidak mempunyai email. Jika ingin mudah, guru boleh daftarkan email terlebih dahulu untuk anak murid masing-masing di sign up yahoo@ gmail dll.

  • Selepas daftar, bolehlah anak anda membuat ulangkaji UPSR dengan memilih subjek yang diingini dan klik pada perkataan "cuba". 


Saya yakin, semua murid juga akan berasa seronok dengan latihan ulangkaji seperti ini kerana mereka boleh melihat skor markah yang diperolehi dalam kad laporan yang disediakan, disamping boleh bersaing dengan rakan bagi memastikan pencapaian masing-masing lebih baik antara satu sama lain.

Selamat mengulangkaji...!




Post a Comment

3 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!