Rahsia Biskut Semperit Dahlia Azlina Ina Lebih Rangup dan Sedap

As Salam
Saya tahu. Bercerita tentang kuih raya ketika ramadan masih dipertengahan seperti kurang manis lagaknya. Kenangan menolong ibu menyediakan kuih semperit ketika zaman remaja saya, memang seronok tidak terkata.Ketika itu, saya paling seronok mengira sudah berapa jenis kuih raya yang ibu saya sudah siapkan sebagai juadah Aidil Fitri. Itu Dulu. Sekarang ini, ibu saya sudah "pencen" daripada aktiviti membuat biskut raya. Nak harapkan anak-anak perempuannya termasuk saya ( anak perempuan ke4 ) memang hampeh..ahaha.

Dalam banyak jenis kuih raya, semperit antara most favourite cookies yang saya akan cuba jika pergi beraya ke rumah sahabat handai atau saudara mara.Kalau kebetulan cookies tu dihidang kat meja tuan rumahlah.Kalau takde, ko pakat dok diam sudah ya.haha.


Kerangupan dan melting dimulut antara kriteria penting bagi seketul biskut semperit yang sodap.


Biskut Semperit Dahlia air tangan Azlina Ina, bakers terkenal dalam kalangan warga media sosial khasnya di Facebook dan Instagram.

Sekarang pula, apabila saya sendiri menjadi Ibu, keinginan untuk membuat biskut raya sendiri memang meronta-ronta. Tambah lagi, anak-anak pompuan dah semakin remaja dan boleh diharap untuk membantu membuat biskut raya.Sekurang-kurangnya, taklah nanti saya terkontang-kanting membakar cookies di dapur kan,hehhe.

Rahsia Biskut Semperit Dahlia Azlina Ina Lebih Rangup dan Sedap
Kebanyakan resepi biskut semperit menggunakan bahan yang hampir sama.Kalau kita perhatikan, hanya sukatan sahaja yang berbeza.

Tepung jagung digunakan dalam resepinya kerana nak bagi rasa semperit tu nanti cair dimulut.Memang itulah bagi saya sebagai semperit lover inginkan, seketul semperit  eh..betul ke ni? haha.Semperit lover akan cari biskut semperit yang cair dimulut.

Nah, saya kongsikan kat bawah ini resepi sedap biskut semperit yang rangup dan melting air tangan Azlina Ina.Korang cubalah buat sendiri ya.Saya juga mahu mencubanya.InshaAllah:)

Resepi Biskut Semperit Susu Sedap Azlina Ina
Sumber : Facebook Azlina Ina
Bahan-bahan:
250 gram butter @ 1 ¼ cawan butter
½ cawan susu pekat @ gula ising
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning
2 biji kuning telur
2 cawan tepung kastard
1 ½ cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras


Cara Membuat Biskut Semperit Susu Sedap Azlina Ina

1. Campurkan butter, susu pekat, esen vanila dan pewarna kuning.

2. Kacau hingga sebati menggunakan whisk atau senduk.

3. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi.

4. Masukkan tepung beras, tepung kastard dan tepung jagung.

5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

6. Jika masih melekat pada tangan, tambahkan tepung gandum secukupnya.

7. Guna acuan semperit pecah 15. Tekan atas dulang yang disapu butter.

8. Letak ceri merah di tengah biskut.

9. Bakar pada suhu 170oC selama 25 minit atau bergantung pada jenis ketuhar.

cantiknya warna biskut semperit ini gabungan warna tepung kastard :)
Buat orang sayang nak makan banyak-banyak kan.Biar lambat habis.Ehh, ada ke orang macam tu?

Selamat mencuba semua:)


Post a Comment

10 Comments

  1. Telur kuning jer ker atau putih sekali

    ReplyDelete
  2. Telur kuning jer ker atau putih sekali

    ReplyDelete
  3. Telur kuning jer ke atau putih sekalk

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau nak lbih baik guna kuning jew

      Delete
  4. Terima kasih kerana share resepi.

    ReplyDelete
  5. Kalau ada pembaca nk beli mesin semi auto pembuat semperit wsapp saya 0125139060 atau 0124194202. Tq

    ReplyDelete
  6. Terima kasih share resepi yer

    ReplyDelete
  7. Alaaa mana eh resipe semperit rangup cik matahariku tu. Selalu sy guna resipi tu. Kite tekan link merah keluar step by step . Rasanya bukan resipi cikgu azlina yang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis, kalau nak yang itu, itu resepi chef kamarul, ni resepinya :
      Buttercup – 375g (1 ½ blok )
      Tepung gandum – 1 ½ cawan
      Tepung kastard – 1cawan
      Teung jagung – 2 ½ cawan
      Kuning telur – 3 biji
      Esen vanilla – 1 sudu kecil
      Gula – 1 1/2 cawan
      Cara-Cara Buat Biskut Semperit Rangup
      Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius
      Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.
      Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang )
      Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan spatula atau senduk.
      Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut menggunakan tangan.
      Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepnjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun mengikut kreativiti masing-masing.
      Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit.
      Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!