Resepi Sup Ikan Merah

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Resepi Sup Ikan Merah kali ini saya dapat dari paket sup Ikan Adabi. Hehe.Kebetulan petang semalam, semasa menyediakan sup ikan siakap untuk hidangan berbuka, saya gunakan paket sup ikan Adabi. Adabi kan la ni banyak keluarkan produk yang memang menjadi keperluan para suri rumah. Termasuklah saya yang memilih menggunakan paket sup ikan ini. Sebenarnya kalau guna serbuk ikan Adabi pun boleh, janji halal kan?.



Apa yang menariknya dengan resepi sup ikan yang saya nak kongsikan ni ya? Menariknya sebab ni antara resepi orang berpantang.Dengan suami dan anak-anak kecik saya kena layan sup ikan yang enak ini.haha.Yelah kan, sebenarnya kalau ikutkan, sup ikan ni kesukaan budak-budak kecik, sebab depa boleh hirup kuah sup yang enak tu. Tapi, saya percaya orang tua dan bapak-bapak budak pun suka sup ikan macam ni.

Jom, tengok macam mana rupanya sup ikan Merah ni :



Bahan-Bahan Sup Ikan Merah

2 Sudu makan minyak masak
1 paket sup ikan adabi
600 gram ikan merah ( saya guna ikan siakap )
8-10 biji bawang merah
5-7 ulas bawang putih
2 inci halia ( jika perlu )
7 1/2 cawan air
2 biji kentang
1 batang serai
1 biji tomato
1 batang seleri
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hisan
* saya letak sedikit serbuk lada hitam ( sebab Encik Husband suka pedas ).

Cara-cara Memasak Sup Ikan Merah

1. Panaskan minyak.Tumiskan bahan diluar bunjut bersama bahan yang dikisar 
    sehingga naik bau.
2. Masukkan air, kentang dan bunjut.
3. Apabila kentang sudah empuk, masukkan ikan, serai, seleri dan tomato. Masak 8-
    10 minit.
4. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Sediakan untuk hidangan dengan dengan 
    menaburkan daun sup dan bawang goreng.

Hmm..kan dah siap sup ikan merah kita. Cadangan ikan lain yang sesuai untuk buat sup ikan ni seperti Ikan Jenahak, Haruan atau Ketam. Bolehlah cuba di dapur anda ya.Selamat Memasak!

Sumber Gambar: Ihsan Google.

Post a Comment

0 Comments