Dengan Bismillah,
Semua penjawat awam sudah boleh memuat naik slip gaji bulan Julai tahun 2013 pada hari ini di e-penyata gaji. Berita gembira ini tentunya berganda kerana seperti yang kerajaan umumkan, pada tahun ini, para penjawat awam akan mendapat Kenaikan Gaji Tahunan ( KGT ) setahun lebih awal dari biasa. Anda boleh membaca info lanjut berhubung KGT ini dengan merujuk kepada pautan ini- Penjawat Awam dapat 1 Kenaikan Gaji Tahunan ( KGT ) mulai Julai 2013.
Sehubungan dengan itu, bermula gaji pada bulan Julai ini, para penjawat tentunya sudah boleh merancang persediaan dan perbelanjaan sempena Perayaan Aidil Fitri yang dijangka pada 7 atau 8 Ogos nanti.Tahniah kepada semua penjawat awam dan semoga kenaikan Gaji setahun awal ini dapat meningkatkan produktiviti dan menambah daya saing anda semua dalam perkhidmatan yang diberikan.
Anda boleh merujuk ke pautan ini untuk menyemak slip gaji bulan Julai 2013: e-Penyata Gaji Bulan Julai Tahun 2013. Mengikut jadual gaji pada bulan Julai, para penjawat awam dijangka akan menerima gaji masing- masing mulai 25 Julai 2013.
![]() |
Klik Image untuk mendaftar masuk ke Sistem e-Penyata Gaji. |
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!