Cerita Selepas 90 Hari

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Selepas bercuti 90 hari ( lebih sebenarnya ) sebab deliver baby, hari pertama datang bekerja ( ke sekolah ), terasa bagai hari pertama lapor diri bila dapat posting dulu. Agak blur tetapi tetap bersemangat!Saya antara guru terawal yang sampai ke sekolah, terus berjumpa dengan Puan Guru Besar ( walaupun ini bukan prosedur, tapi saya lakukannya atas dasar seorang pekerja yang mempunyai majikan ).

Sekolah yang saya tinggalkan selama 90 hari
Cerita Selepas 90 Hari

Sapanya kepada saya sangat melegakan.Dia ucapkan terima kasih atas kesudian saya mengirim ucapan Aidil Fitri. Sedangkan sebelum melapor diri dengannya, fikiran saya sudah merencana pelbagai soalan dan pertanyaan dari Puan GB ni. Maklum sahaja, GB saya ni sangat dikenali dengan ketegasannya dan yang menjadi saya sedikit 'seram" ( ini ungkapan spontan saya kepadanya tatkala bersemuka, dan dibalas dengan gelakan hahha, oleh Puan GB saya..huhu ) kerana selama bercuti 90 hari, saya benar-benar "mencutikan" diri saya dari sebarang aktiviti atau tugasan sekolah. teruk kan?

Terasa Ingin Berhenti Kerja

AlHamdulillah. Saya faham kenapa ramai wanita yang seronok menjadi suri rumah sepenuh masa, kerana saya sendiri selepas bercuti 3 bulan ini, meluahkan kepada En. Husband yang saya ingin berhenti kerja.Whoaa... I feel good dok kat rumah dan menguruskan semua keperluan rumahtangga.Saya cemburu akan surirumah yang menguruskan sendiri anak-anak mereka.

Apapun yang pasti, selepas ini saya harus lebih bijak mengurus masa. Saya kini sudah anggap Blog ini juga sebagai salah satu komitmen saya. Selain rindu kat baby bila ke sekolah, saya juga rindukan Blog INI yang hanya sempat di buka bila pulang dari sekolah.Bukan tidak mahu menjenguk Blog di sekolah, tapi terasa kewajipan terhadap tugasan hakiki lebih utama. Doakan saya istiqamah dengan menulis di SINI..


Post a Comment

0 Comments