Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Baru hari ini berkesempatan menjenguk blog owner yang menganjurkan segmen review blog. Hari itu saya beritahu DI SINI yang saya teringin mendapat "feedback" akan blog saya setelah menggunakan thesis blogger template. Kebetulan Blog Cik Matahariku ni dah selamat di review pun oleh blogger ini. Jom, baca apa review blogger tersebut tentang Blog Cik Matahariku ni :
Bila Blog di Review : Kesan Baik atau Buruk ?
First time masuk sini, rasa tertarik kerana menggunakan domain blogspot.com dan layout untuk SEO. Unik kan? Tapi iklan banyak sangat. Kalau iklan versi kecil sedikit dan digabungkan dalam satu widget, lebih menarik kot. Widget yang banyak boleh dikurangkan sedikit supaya blog awak tak messy dan cepat loading. Amik mana yang penting. Sheila syorkan masukkan widget yang nak dikurangkan kepada pages dan bubuh di bawah header. Rasanya strategi itu lebih memantapkan blog cik matahari daripada kelihatan bosan sekaligus menceriakan blog. *harap tak marah sheila memandai review itu ini*
Cara penulisan, sheila suka. Senang dibaca dan mudah difahami. Isinya hanya yang penting dan menarik. Sheila berbesar hati dapat tengok template yang cik matahari gunakan. Sheila berkenan sungguh. Err boleh bagitau template ni free ke berbayar? hehee
Selepas meneliti beberapa perkara akan ulasan Sheila ni, saya telah perincikan komen beliau kepada beberapa bahagian, supaya mudah bagi saya membuat pertimbangan dan perbaiki mana-mana yang perlu dan sesuai dengan blog saya.hee.Jom, semak semula apa review yang telah dibuat oleh Sheila.
- Iklan banyak sangat
- Widget juga banyak
- Blog nampak messy ( sebab dua perkara di atas )
- Blog lambat loading ( pun sebab yang sama )
- Blog nampak bosan
- Penulisan senang dibaca dan mudah difahami
- Isi Entri yang penting dan menarik
- Template mesra SEO ( percuma sahaja..hee )
Rasanya ini sahaja yang dapat saya simpulkan.Sebenarnya kalau ikutkan banyak lagi kan.hehe.Dengan pageviews yang masih kurang memberangsangkan dan followers yang tak berapa nak ramai.huhu.Hmm..lagi satu bilangan post di blog ini juga belum pun mencapai 300 post! Saya rasa rendah diri kerana ada blogger yang sudah berjaya mencatat bilangan post yang ke 1000 lebih di blog mereka.( tapi yang ni salah sendiri, sebab malas update blog kan..). Apa agaknya komen anda tentang blog ini ye? Cuba kongsi sikit dengan saya di ruangan komen di bawah.Boleh ke..?
Terima Kasih Kerana Review Blog Cik Matahariku
Al Hamdulillah. Saya berterima kasih kepada blogger Sheila atas kesudian memilih blog Cik Matahariku untuk direview antara yang terawal jugaklah kiranya ni.Kepada sesiapa yang datang berkunjung pertama kali ke sini dari review beliau, saya ucapkan terima kasih.Jika tulisan di blog saya tidak dapat memenuhi keperluan anda, maka maafkanlah saya.Saya galakkan anda tinggalkan komen di sini supaya saya dapat terus memperbaiki mana-mana yang perlu untuk kebaikan bersama.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!