Segmen Review Blog 2.0 Oleh Blogger Sheila ShahFiekry

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Saya jarang-jarang sangat menyertai segmen anjuran teman-teman bloggers. Tapi kali ini saya ingin beri sokongan kepada BLOGGER ini atas kesudian beliau singgah beberapa kali ke Blog saya. Blog saya pernah direview sebelum ini, Cuba klik SINI dan SINI ,tapi itu semasa saya masih lagi menggunakan template blogspot yang lama. Jadi, saya ingin tahu review terbaru apabila saya menggunakan Thesis Template yang ini pula.heee.

Segmen Review Blog 2.0

review blog cikmatahariku

Jom kawan-kawan, kita sokong blogger ini dan reramai join segmen review blog ni.Haa, ni dia punya syarat-syarat supaya blog kita boleh di review oleh kawan blogger kita ni.
Cer tengok apa yang korang perlu buat untuk direview oleh aku :-
1) Follow blog www.sheilashahfiekry.my [wajib]
2) Like fanpage Sheila Shahfiekry (klik dekat sidebar ye) [wajib]
3) Tinggalkan url blog dan juga nama facebook [wajib]
4) Kalau korang buat entri, [sebagai bonus] aku masukkan dalam bloglist 'Lovely 
   Friends'. Jangan lupa buh sekali banner tak awesome aku tu. War-warkan kepada 
   rakan semua yaa.
Sonang syaratnya? Review ni akan berlangsung sampailah satu tempoh yang tak pasti. hehehehe. Satu entri kemungkinan besar akan digabungkan 2 hingga 3 blog depends pada kemeriahan korang sudi nak join. Jom meriahkan aktiviti lapang aku ni. hahhahaa.  :)
Kelebihan Apabila Blog di Review


Hmmm...saya bukanlah pakar SEO sesangat untuk bercakap soal ini. Tapi percayalah, banyak kelebihan jika blog anda direview oleh orang lain. Antaranya :

  • Sudah pastilah Blog anda akan mudah dikenali oleh blogger lain, dan mereka juga berpeluang datang ke Blog anda.Yelah kan, Blog tak berapa nak femes ni, sah-sah kena buat homework lebih sikit supaya depa tahu kewujudan blog kite kan..:)
  • Memudahkan kepada teman bloggers yang sama niche blog dengan kita turut berkongsi pendapat dan cadangan jika mereka baca entri-entri di blog kita.
  • Ada kalanya, blog kita banyak info yang boleh dikongsi dengan readers, tetapi sebab Blog kecil-kecilan, maka tak ramai yang nak ambik tahu pasal blog kita. Bila di review, nampaklah sedikit gambaran tentang blog, dan ia akan membantu menarik minat orang lain untuk singgah ke blog kita.
  • sedikit sebanyak ia turut menaikkan bilangan Unique Visitor dan traffic ke Blog.Yang ni, semua orang dah tahu kan..
  • Peluang untuk dapat advertorial pun cerah, lagi-lagi kalau blog dah sedia femes kan..ahaha..
Oklah. cukuplah tu. Bagi banyak pun tak boleh, sebab tu je pun yang saya tahu. haha. InsyaAllah, kalau ada tambahan info tentang ini akan saya kongsikan ek..:)

Post a Comment

0 Comments