Cara Isteri Berterima Kasih Kepada Suami

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Amalan berterima kasih antara suami dan isteri bukanlah asing bagi kita yang kebanyakannya beragama Islam dan lahir dalam keluarga Melayu yang mementingkan adab sopan dan budi pekerti mulia.Saya sendiri, walaupun mak abah saya tidak mengajar secara langsung akan cara berterima kasih kepada suami, namun sebagai seorang wanita yang sudah bersuami, maka wajarlah saya memahami bahawa berterima kasih juga salah satu komuikasi terbaik dalam kehidupan berumahtangga.

Cara Isteri Berterima Kasih Kepada Suami


Bilakah agaknya, waktu paling afdhal seorang isteri mengucapkan terima kasih kepada suaminya ?hehe.Sebenarnya tidak ada waktu khusus bagi seorang isteri mengucapkan terima kasih kepada suami masing-masing.Yang paling penting, usahlah berat mulut untuk melafazkan ucapan terima kasih kepada si suami kerana suami juga manusia biasa yang dalam dirinya ada keinginan untuk dihargai, dikasihi dan dihormati. Apatah lagi, Nabi sendiri pernah bersabda, yang antara lain bermaksud: jika manusia itu dibenarkan sujud selain Allah, maka aku ingin supaya seorang isteri itu sujud kepada suaminya.

Berikut merupakan sedikit panduan yang saya boleh kongsikan dengan anda semua akan cara-cara berterima kasih kepada suami

  • Berhenti daripada bersikap suka membebel ( seperti mak-mak) kepada suami kerana Encik Suami kita sudah letih berkerja seharian dan tidak dapat lagi berfikir hal-hal remeh apabila tiba di rumah. Jika si isteri dapat menyambut suami pulang dari kerja dengan gembira atau jangan banyak tanya sewaktu bertemu suami selepas sehari tidak berjumpa, maka itulah cara berterima kasih kepada suami  kerana menghargai penat lelahnya bekerja menyara keluarga.
  • Mungkin Encik Suami anda seorang jutawan atau beruang ( baca sebagai berwang )haha, tetapi jangan sesekali menjadi seorang isteri yang materialistik.Encik Suami bekerja dan berharta demi masa depan keluarganya.Jika anda menjadi isteri yang suka berbelanja tidak tentu hala, maka Encik Suami anda akan berasa terkilan dan sedih kerana si Isteri hanya tahu menghabiskan duit dan tidak memikirkan tentang masa depan keluarga sepertinya. Jika anda ingin menjadi isteri yang tahu berterima kasih, cukup-cukuplah berbelanja sakan dengan duit suami.hehe.
  • Cukuplah dengan peel suka meminta-minta daripada Encik Suami.Jika si isteri asyik meminta-minta sesuatu walaupun suami mampu,ia akan membuat Encik Suami berasa dia sentiasa tidak mampu memenuhi keperluan isteri.Sedangkan ada perkara yang si isteri minta itu bukan lagi satu keperluan tetapi lebih kepada kehendak untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk.Jika si isteri berhenti dan bersabar daripada meminta-minta,maka Encik Suami akan berasa gembira dan kalau nasib baik ( hehe) dia sendiri yang akan menyediakan dan memenuhi semua yang kita inginkan dengan ikhlas dan rela.
  • Kebanyakan isteri pada masa kini mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya sendiri. Tidak salah kalau si isteri berbahagi "tugas" membayar bil bulanan atau membeli keperluan rumahtangga.Dengan berbahagi tugas, seorang isteri itu dapat berterima kasih kepada suaminya kerana dengan berkongsi dan bersama menguruskan komitmen bulanan yang memerlukan wang, kekuatan ekonomi keluarga akan lebih kukuh.Pendek kata, susah senang bersama.


Komitmen supaya sentiasa dapat berterima kasih ini tidaklah mudah melainkan si isteri mengingati semula saat dia diangkat darjat menjadi seorang isteri oleh suaminya. Ingati kasih sayangnya dan keazamannya untuk menjaga dan melindungi kita di sepanjang hayatnya.

Tips Cara isteri berterima kasih kepada suami ini hanya khusus untuk suami yang bertanggung jawab dan mengambil berat akan keluarganya, jika Encik Suami anda seorang hidung belang dan kuat temberang, saya akan tulis artikel lain pula, mungkin dengan tajuk : Cara Isteri "Mengajar" suami yang Hidung Belang.hehe.Selamat Menghargai Suami..:)

Post a Comment

0 Comments