Sistem SPPBS Ditutup Pada Awal Disember 2013

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Ini bukanlah kali pertama saya mendengar dan mengalami masalah dan rungutan tentang Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( SPPBS ).Kebanyakan para guru melontar pandangan dan ulasan yang lebih kurang sama akan sistem ini yang dikatakan kurang berkesan dari aspek pelaksanaan dari pihak KPM sendiri terutama bahagian yang menyelenggara sistem ini. 



Saya ingin kongsikan beberapa pandangan daripada peminat pages "saya suka jadi cikgu" berkaitan sistem ini.




Kesan desakan dan rungutan yang berterusan, akhirnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akur dengan keluhan dan aduan para guru akan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( SPPBS ) yang menghadapi masalah akses yang sangat lambat dan selalu tergendala. Sekiranya anda antara guru yang mengajar murid tahun 1 hingga tahun 3 di sekolah rendah dan juga tingkatan 1 hingga tingkatan 3 di sekolah menengah, anda boleh merujuk sendiri makluman penting ini di laman web rasmi SPPBS.

Menurut Pengumuman yang dipaparkan pada laman utama SPPBS itu, KPM maklum akan masalah akses ke SPPBS. Lanjutan dari itu,kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai. 


Butiran Penting Makluman :
  • kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) akan ditutup bermula 30 Nov.2013
  • Kemasukan prestasi  murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) akan ditutup bermula 30 Nov.2013
  • Sistem akan dibuka semula bagi kemasukan prestasi murid berkaitan bagi tahun 2013 pada 1 Januari 2014.
Layari SPPBS Dengan Browser Internet Explorer

Para pengguna aplikasi SPPBS juga dinasihatkan agar  agar menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) versi 7 hingga 9 sahaja untuk kemasukan prestasi NON-AKADEMIK bagi mengelakkan isu TAHAP PENCAPAIAN yang tidak dapat ditanda di SPPBS.

Sebagai kalangan guru yang terlibat secara langsung menggunakan sistem ini, saya secara peribadi juga berharap agar pelaksanaan sistem yang berorientasikan "online" ini sentiasa menyediakan perkhidmatan yang benar-benar terkini dan relevan.Bukan hanya sekadar menyediakan perkhidmatan tetapi mampu diaplikasikan secara berkesan dan berkualiti kepada semua pengguna perkhidmatan tersebut. 

Pindaan Tarikh Tutup SPPBS

Berita terbaharu yang saya perolehi dari laman SPPBS ini, terdapat sedikit perubahan tarikh penutupan sistem ini iaitu daripada 30 November kepada 1 Disember 2013. KPM turut memaklumkan bahawa tiada sebarang lanjutan tarikh akan diberikan kepada semua guru bagi memasukkan data murid ke dalam sistem ini selepas pindaan tarikh ini.



Diharap para guru mendapat info terkini ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan semua tugasan berkaitan sistem ini.

Post a Comment

0 Comments