Penjawat Awam Boleh Semak Bonus 2013 di e-Penyata Gaji

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Masih ingat dengan pengumuman Kerajaan akan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam pada Hari Pembentangan Bajet 2014 ? Anda boleh baca entri Bajet 2014 : Bonus Kepada Penjawat Awam dan BR1M untuk penjelasan lebih lanjut. Kepada para penjawat awam yang sedang ternanti-nanti bilakah pemberian bonus ini akan dikeluarkan, dikhabarkan bahawa bonus ini akan dapat dinikmati oleh semua penjawat awam mulai tarikh 2 Januari 2014 ( Khamis).

Selain itu, para penjawat awam juga boleh memuat turun atau menyemak bonus masing-masing di e-penyata gaji mulai sekarang.Sila klik pautan e-penyata gaji untuk mendapatkan atau menyemak bonus 2013 anda.


Klik Image untuk semak Bonus 2013 di e-penyata gaji
Dalam pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian Bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimun RM500 kepada penjawat awam. Sementara itu, bagi meringankan beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014.Demikian kenyataan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Memetik kenyataan beliau, terdahulu pada pada bulan Ogos 2013, kerajaan telah memperuntukkan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan pesara sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Post a Comment

0 Comments