Gambar Pageviews Blog Yang Cantik

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Weh, rasa bersemangat betul sepanjang minggu pertama Mei 2014 ni.AlHamdulillah.Syukur kepada Allah yang membuka jalan dan memudahkan semua urusan dan minat saya dalam dunia penulisan blog ini.Rasanya seperti mahu lebih istiqamah dan jujur dalam memberi fokus kepada "kerjaya" part time yang satu ini.Yeah, saya tetap nak kongsi tagline yang saya selalu guna dalam bab memasak : Practise Make Perfect!.ehhehe.

Gambar Pageviews Blog Yang Cantik
Yay, inilah gambar pageviews blog saya sendiri yang saya "perasan" cantik.hehhe.Mana-mana bloggers pun mesti happy kan, kalau graf pageviews kita macam ni kan.Bersesuaian dengan kelaziman para bloggers yang anggap hari Rabu sebagai "Wordless Wednesday" tapi,bagi saya hari Rabu ni terlebih cakap pulak.erkk.Tak ikut tema nampaknya.hehe.Harap-harap graf ini akan konsisten dan bertambah baik pada hari-hari mendatang.Amin.


Doakan saya berjaya mencapai target 1k Unique Visitor setiap hari macam Blog Sahabat saya ni yang selalu mendapat perhatian ramai bloggers dalam setiap entri yang dikongsikannya.Pendek kata, ramai peminatlah..:)

Tak percaya, datang dan lihatlah sendiri blog beliau : 
Terima kasih kepada teman blogger yang rajin singgah blog saya, bukan setakat singgah tapi sempat lagi hantar komen yang membina dan memberi harapan supaya saya sabar dan diberikan kesempatan masa terluang dalam menulis blog.Sebelum ini saya ada luahkan kesempatan terhad saya untuk menulis dan update entri di blog.Memang  agak terkilan masa tu. sehingga saya menulis begini : Bila Blog Bukan Lagi Keutamaan.

Komen Teman Bloggers
Macamlah banyak sangat komen Teman Bloggers ni kan, tapi tulah.Ada waktunya yang sedikit itulah yang sangat kita hargai dan sampai ke hati.ecehceh.Al Hamdulillah :)



Saya dengan ini sangat sedar dan rasa rendah hati dengan perkongsian entri ini. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi dan motivasi kepada rakan lain dalam menulis blog:)Bagi saya pula, agak-agak kalau mood dan semangat menulis "merudum" atau "ke laut" nanti, dapatlah saya belek dan baca entri ini semula...:) 

Post a Comment

0 Comments