Petua Mudah Buat Karipap Rangup

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saya datang daripada keluarga yang sederhana besar ahlinya iaitu dengan seorang abang lelaki dan tiga orang kakak, saya anak kelima dan dua orang adik iaitu perempuan dan yang bongsu lelaki.
Karipap inti kentang kegemaran saya seumur hidup..hehhe..
Waktu usia saya belasan tahun lagi saya kerap membantu ibu saya menyediakan karipap termasuk kakak-kakak saya.Menariknya waktu itu, kami selalu "mengata' emak setiap kali menguli tepung untuk dijadikan kulit karipap, saya dan kakak-kakak akan mengatakan bahawa mak buat karipap mengalahkan orang berniaga karipap, padahal masa tu, kita orang jugak yang "tukang belasah" karipap mak tu.hoho.

Boleh dikatakan,kesan pengaruh kerap makan karipap buatan tangan mak, akhirnya karipap menjadi kuih kegemaran saya.Masih saya ingat, pernah satu masa sepanjang bulan ramadan,arwah abah saya akan membelikan karipap inti kentang atau sardin untuk juadah berbuka saya ( sebab mak tak larat buat time bulan puasa).Bayangkanlah, setiap hari juadah wajib berbuka saya mesti ada karipap!


cara buat inti karipap kentang yang sedap
Suami dan anak-anak juga mengemari karipap inti kentang ni..hantu karipaplah semua senang cakap..hehhe..
Kini, setelah berumahtangga,bertambah pula 'follower" saya terhadap karipap.Bukan sahaja Encik Suami saya peminat tegar kuih ini, kesukaan ini turun pula kepada putera puteri kami.Cabaran terbesar saya ketika itu ialah, saya hanya tahu makan, tapi belum pernah sekali saya membuatnya sendiri.Adehhh, mula-mula belajar buat karipap sendiri memag hancuss.Saya selalu cemburukan karipap inti kentang buatan mak mertua saya yang selalu mendapat pujian suami dan anak-anak.


Buat karipap bukannya hari ni belajar buat, esok karipap kita terus jadi sedap dan perfect.Mesti ada kekurangan dan kelemahan yang kita kena perbaiki dari segi kerangupan kulit dan kesedapan intinya.

Sebagai pengemar karipap, saya akui karipap inti kentang buatan ibu mertua saya memang yang paling enak yang pernah saya jumpa.Saya pun mengambil inisiatif untuk membuat sendiri karipap berinti kentang.Banyak kali juga saya mencubanya.Banyak penemuan baru jugak hasilnya.haha.Pernah saya buat, intinya terlebih masin.Pernah juga apabila saya goreng, kelim karipap terbuka dan keluarlah intinya.Adajuga beberapa kali, bila karipap saya sudah sejuk, kulitnya jadi liat dan tidak rangup pula.Macam-macam kan?huhu.


Kulit karipap kalau tebal sangat pun tak sedap sebab boleh jadi liat, kalau ternipis pulak, nanti macam makan inti lebih dari kulit karipap.huhu.

Practise makes perfect!
Begitulah prinsip yang saya amalkan dalam bab masak memasak ni.Ya, PRACTISE MAKES PERFECT:) Bagi saya, sedangkan saintis terkenal macam Elbert Einstein tu pun makan tahun nak hasilkan formula terbaik dalam bidangnya, inikan pula saya Chef yang baru belajar kan.isk-isk.Rupanya, latihan demi latihan menguli doh setiap kali saya membuat karipap sendiri, telah bantu saya berjaya menghasilkan doh yang terbaik dan menjadikan kulit karipap saya rangup.Saya juga sering membandingkan inti kentang karipap saya dengan rasa yang dibuat oleh mak mertua saya.

Akhirnya.Ya,akhirnya saya berjaya menghasilkan karipap inti kentang seenak mak mertua saya sehingga mendapat pujian daripada ibu mertua saya sendiri.Yess!.apa kata Encik Suami saya?Dia dok kata apa pun.Karakter suami saya mudah saja.Jika hidangan yang saya sediakan itu enak, dia akan mengulang makan makanan tersebut dan minta saya membuatnya pada lain kali.


Kalau buat karipap sendiri kat rumah, bolehlah kita letak
 inti banyak-banyak kan..muehehe..

Cara Mudah Buat Karipap Inti Kentang 
Ok,mukaddimah yang panjang sebelum saya kongsikan dengan anda semua cara buat karipap inti kentang yang sedap dan rangup ini.Memamg saya "paksa" anda baca intro yang panjang ini supaya anda tahu, takkan ada karipap yang sedap, kalau tak diusahakan dengan bersungguh dan seikhlas hati.Yup, tepatnya : Parctise makes perfect kan.lalala.


karipap inti kentang sedap dan rasa berempah pedas manis.Mesti cuba:)

Cara bergambar buat inti kentang ini ada saya kongsikan dalam pautan ini : Cara bergambar buat karipap rangup dengan inti kentang yang sedap-

5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
1 biji bawang besar ( potong dadu )
3 ulas bawang merah ( dikisar )
2 ulas bawang putih  ( dikisar )
segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
3 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
Minyak masak untuk menumis
Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat melembutkan         
    kentang.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi 
    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.


Inti karipap dengan inti kentang yang sedap berempah, pedas dan manis:)

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap
Boleh juga rujuk sini untuk lihat cara bergambar buat kulit karipap rangup-
  1. 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
  2. dua senduk atau setengah cawan minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
  3. satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam ( anggaran garam setengah sudu makan )
Ada juga resepi yang saya baca di Blog Jintan Manis, menambah tepung ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup.Saya belum mencubanya, tetapi jika anda berminat, saya kongsikan sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka.
  • 50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )
  • 50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )
Cara buat kulit karipap

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  2. Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  3. Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
  4. Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
  5. Sukatan air dalam resepi ini bergantung kepada doh yang kita uli.Pastikan masukkan air sedikit demi sedikit semasa menguli.
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng 
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat kelim dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa digoreng.Kelim karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan karipap.Kelim karipap jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.

Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup
Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam juga masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup.

Selamat mencuba ya:)




Post a Comment

27 Comments

  1. Tq puan ats panduannya😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis, selamat mencuba resepi yang saya kongsikan ya:)

      Delete
  2. Pertama kali saya ikut resipi and petua puan memang jadi, sedap dan rangup. Kali kedua saya cuba tambahkan tepung beras, kulit karipap rangup tapi keras :(
    Lain kali saya buat karipap akan ikut saja yang ori. ;P
    Terima kasih puan untuk resipi ini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih cuba resepi yang saya kongsikan ini, semoga dapat kongsikan kepada rakan yang lain juga:)

      Delete
  3. Salam plan, maaf sy org baru belajar. Senduk minyak tu guna senduk apa ya? Anggaran berapa ml Agak2?

    ReplyDelete
  4. as salam sis, terima kasih bertanya.saya biasa guna senduk kuah tu.kalau sis nak guna cawan, sukatannya dalam dua cawan untuk 500g tepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf typing error, sukatan 500gram tepung gunakan setengah cawan minyak, jika 1kg tepung guna 1 cawan minyak.

      Delete
  5. Salam.. Utk inti mmg tak letak garam gula ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis, letak gula dan garam, boeh rujuk kembali resepi diatas:)

      Delete
    2. Banyak mana garam dan gula tu

      Delete
    3. Garam dan gula boleh letak anggaran setengah sudu makan utk sukatan 500g tepung gandum.

      Delete
  6. assalam sis. boleh saya tahu rempah kari yang digunakan , jenama apa ya ?

    ReplyDelete
  7. Salam Sis. sy uli tepung karipap tak menjadi..tepung kn betul kenyal ke cmne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. uli tepung kena sabar, tak boleh curah atau masukkan air terus banyak.Selepas gaul tepung dengan minyak yang dah dipanaskan, masukkan air sikit-sikit sambil uli tepung.Nak tahu doh dah okey ke belum, uli sampai doh dah tak melekat kat tangan.selepas uli, biarkan seketika, kemudian barulah bentukan bulat-bulat.Masa ni minyak yang tadi dah sebati dengan tepung menyebabkan doh jadi lembut dan senang dibentuk.

      Delete
  8. Tepung ubi tu dalam bahasa inggeris apa nama ia ? Boleh ditukar tepung jagung

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, tepung ubi dan tepung jagung lain fungsinya dalam makanan, tak sesuai guna tepung jagung untuk buat karipap.tq bertanya ya:)

      Delete
  9. Panduan membuat karipap paling ikhlas di alam semesta.

    ReplyDelete
  10. Assalaamu'alaikum sis.
    Bancuh garam dengan air sejuk atau suam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm, saya bancuh dengan air sejuk je.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!