Khasiat Cuka Epal Untuk Langsing

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saya hanya mendengar pertama kali tentang khasiat cuka epal dan tahu tentang adanya pelbagai jenis cuka adalah melalui pembacaan di google.Selama ini saya hanya ingat cuka is cuka.Rupanya ada banyak jenis cuka termasuklah cuka kurma,cuka epal,dan banyak lagilah.kesian betul kat den ni ha.erkk.


Sebab musabab terjebak dan ambik tahu pasal khasiat epal ni pun sebab entri ini : Cara Mudah dan Murah Untuk Langsing dengan Jus Lobak Merah dan Timun plus Cuka Epal:).

Banyak faedahnya kalau kita rajin membaca kan.Dan satu lagi, haruslah terima hakikat, lagi banyak kita baca dan belajar, rupanya banyak benda yang kita tak tahu selama ini.

Tak percaya, cuba google tentang benda basic yang kita rasa kita dah tahu.Alih-alih bila Google, rupanya banyak lagi info dan fakta yang takdak dalam "CPU" kita ni.

Ringkasnya tak rugi kalau kita rajin tambah ilmu dengan membaca.Jadi, moralnya, marilah ambik tahu apa yang ingin saya kongsikan ini.

Tentang apa ya? Hmm.tentang benda basic yang den rasa den dah cukup tahu, tapi hampeh.memang zero dan tak tahu selama ini.Jom kita tambah ilmu:).

Khasiat Cuka Epal
  • Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
  • Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alergi (disebabkan binatang kesayangan, makanan dan persekitaran), jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis(bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Mengandungi Pectin, sejenis serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mengimbang tekanan darah dalam badan.
  • Membantu mengekstrak kalsium dari buah-buahan, sayur-sayuran dan daging untuk menguatkan tulang.
  • Kaya dgn Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian untuk kecantikan kulit, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi, keguguran rambut serta boleh merawat masalah sinus.
  • Kaya dgn Beta Carotene yang membantu memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, menegangkan dan memudakan kulit.
  • Mengandungi Malic Acid yang berfungsi sebagai agen anti-kulat untuk menentang jangkitan kuman, bakteria dan lain-lain hidupan mikroorganisma.
  • Mengimbang kadar asid-alkali dalam badan, membantu melarutkan himpunan asid urik di sekeliling tulang rawan seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi, otot dan badan.
Kalau ikut harga yang diwartakan dekat label harga bagi sebotol (500ml) ialah RM 19.00 (dekat JUSCO, watson, Tesco, Giant @ Guardian banyak jual cuka ni). Kira mampu milik lagilah Cuka Epal ni kan.ahaha.

Selamat mencuba ya kawan-kawan:)

Post a Comment

0 Comments