Cara Mudah dan Murah Untuk Langsing Dengan Jus Lobak Merah dan Timun Plus Cuka Epal

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Selepas melahirkan anak kelima, saya sangat sedar "perkembangan pesat" tubuh badan saya,uhuk.uhuk.Selain faktor perubahan hormon, saya akui kerisauan saya akan bentuk tubuh yang semakin "membesar" sehingga kebanyakan baju kurung saya yang dulunya ok ketika disarungkan ke badan, kini menjadi masalah bagi saya setiap kali ingin memilih pakaian untuk ke tempat kerja.

Ini belum lagi bab tengok badan sendiri kat cermin.huhu.

Walaupun setiap hari pasang azam nak diet tapi hampeh.Makan nasi satu hari dekat tiga kali.Inilah juga sebab musabab badan saya naik.Erkk.

Saya juga ada perangai kedekut bab nak keluarkan duit untuk beli produk pelangsingan badan yang belum tentu berkesan kepada saya.Err..maksudnya, saya takut cepat kurus dan cepat pula kembang balik.hahha.

Okeh.Oleh kerana dah kedekut sangat kan, saya nak kongsikan cara murah, jimat dan tidak membazir tentang satu petua dan tips mudah yang "kita" maksudnya geng-geng wanita berkerjaya dan beranak ramai macam saya ni, cuba petua nak slim dengan minuman Jus Lobak Merah dan Timun Plus Cuka Epal.Amacam, mahu mencubanya ?

                          
Cara Penyediaan Jus Lobak Merah dan Timun Plus Cuka Epal 
Selama hidup ni pun, bukan tak pernah minum jus lobak merah, tapi bila saya google di internet, melalui pembacaan itulah, maka saya terjumpa satu blog yang berkongsi tips langsing dengan jus lobak merah ni.Mari saya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan untuk Menyediakan Jus Lobak Merah dan Timun Plus Cuka Epal 



  • 3 Biji timun sederhana besar ( jangan dibuang kulit).
  • 1 Biji lobak merah (2-3 biji pun boleh) juga jangan dikikis kulitnya.Cuma perlu basuh hingga bersih.
  • 2 gelas air mineral ( air masak pun boleh)
  • 2 sudu besar cuka epal ( atau boleh ganti dengan cuka kurma / 2 biji limua nipis besar/ 4 biji limau kasturi )
  • 1 sudu besar cuka epal ( untuk toner )
  • 1/4 kecil sudu gylcerin ( untuk toner sahaja )
Cara Penyediaan Jus Lobak Merah dan Timun Plus Cuka Epal
  • Hiris timun dan lobak kecil-kecil supaya senang nak blender.
  • Masukkan dalam blender dan tuangkan dua gelas air mineral atau air masak.
  • Blender sampai hancur
  • Tapis ke dalam mangkuk atau jag air minuman
  • Tuang jus ke dalam gelas A.Simpan baki jus dalam gelas B
  • Masukkan dua sudu besar cuka epal ke dalam gelas A.
  • Kacau sebati dan sedia untuk diminum.
Tentu ramai yang tertanya-tanya apa kaitan cuka epal dengan petua langsing dengan jus lobak merah ni kan? hehhe.Bagus soalan tu.Sila baca Khasiat Cuka Epal kalau nak tahu pekdahnya ye kawan-kawan:)

Silalah amalkan minum jus ini 3 kali sehari dan hendaklah secara konsisten.Kalau ikut orang yang cadangkan petua ini, kalau istiqamah kita minum jus lobak merah dan timun, kita akan dapat rasai perbezaan pada tubuh dan kehilangan 3-8 kg dalam masa 3 bulan.InsyaAllah.

Sumber :

Post a Comment

1 Comments

  1. Hi cik matahariku.harini 15/1/17 sbelom saya baca blog anda ni saya telah 2weeks amalkan minum jus lobakmerah+timun+epalmerah+perahan lemon.Mmg nyata Sgt bkesan.berat badan dh turun 2kilo.Perot Kempis xbuncit lagi.pakai dress perot rata je.segelas pagi segelas ptg. Bykkan minum air masak. Memang kenyang. Sayur ikan hanya rebus tanpa garam.xperlu nak beli pil2 utk kulit. 2-3buahan ni cukop utk kulit dan vitamin badan kita.saya setuju dgn amalan minum jus ni.kipidap cik matahariku supaya dpt bentuk badan mcm anakdara.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!