Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Cuaca panas macam sekarang ni memang best kalau dapat makan benda-benda sejuk kan.Antara makanan kegemaran saya yang paling saya gemar time cuaca panas ialah agar-agar.Tak kiralah agar-agar apa pun, janji terasa sejuk dekat tekak bila kita memakannya.Ada sesiapa pembaca blog ni yang suka makan agar-agar?
Cuaca panas macam sekarang ni memang best kalau dapat makan benda-benda sejuk kan.Antara makanan kegemaran saya yang paling saya gemar time cuaca panas ialah agar-agar.Tak kiralah agar-agar apa pun, janji terasa sejuk dekat tekak bila kita memakannya.Ada sesiapa pembaca blog ni yang suka makan agar-agar?
Masa Google tadi, saya jumpa resepi nak buat agar-agar pandan bersantan.Walaweh..terus terliur, baru tengok gambar je nih.hahah.Oklah, alang-alang dah jumpa resepinya, apa kata kita tengok dulu cara buat Agar-agar Pandan bersantan ni dulu ya.Manalah tahu, time rerajin nanti, bolehlah kita membuatnya.Tak gitu?
Cara Buat Agar-Agar Pandan Bersantan
Bahan-Bahan:
10gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan kotak+ 50 ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
2 helai daun pandan
pewarna hijau dan perisa pandan
Caranya Menyediakan Agar-agar Pandan Bersantan
- Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
- Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
- Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
- Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana dan sentiasa di kacau.
- Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
- Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk
- Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna.
- Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk.
- Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti
Jika anda ingin mendapatkan teknik sebenar buat Agar-agar Santan Gula Melaka boleh juga dapatkan resepinya dengan klik tajuk resepi tersebut.
Semoga perkongsian ini membantu anda menyediakan agar-agar yang enak dan cantik rupanya.hihi.Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!