Jodoh Pada 13 Syawal

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Kita ni, maksud saya geng-geng yang "perasan" dan mengaku diri sebagai blogger partime kononnya, sebenarnya bukanlah part time sangat pun kan.Orang lain kalau kerja part time, ada jugak hasil.haha.Ni statement cari nahas untuk diri sendiri.

Kali ini saya tukar tagline saya dalam berblog.Saya ni memang bukan blogger sepenuh masa.Jauh sekali Blogger Part Time, tapi saya mengaku yang saya ni hanya akan berblog kalau betu-betul ada masa.Tengoklah sendiri blog saya ni. Update ikut mana sempat je.Padahal dalam hati tu, meronta-ronta nak duduk depan laptop, bukak blog dan taip apa saja yang kita suka dekat dalam blog!

Dah hujung malam dekat pagi baru ada peluang kongsi antara nostalgia indah saya bersempena dengan 13 Syawal ini.Inilah hari dimana saya menjadi suri kepada seorang lelaki.eceh-ceh.Hari di mana tangan seorang lelaki yang "ketar" lutut dan hati berjabat tangan dengan Tok Kadi untuk mengangkat saya sebagai seorang Isteri...


Hari di mana saya tahu bahawa dialah jodoh yang saya minta Allah tunjukkan dalam doa Istikharah saya.Jodoh kita ialah apabila kita berasa dengan dia, kita semakin dekat kepadaNya.

Selamat Ulangtahun hari pernikahan kita Suamiku..:)

Post a Comment

0 Comments