Cara Paling Mudah Buat Jeruk Mangga Asam Boi

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Ewah.ewah..kemain korang berlumba-lumba tayang gambar buat jeruk Mangga Asam Boi sekarang ni ya.Tak cukup dalam Facebook, dekat Instagram pon pulun kongsi gambar berbalang-balang buat jeruk mangga asam boi ni.

Ini Gambar Pinjam kat Google tau..tq to HasyaNaurah
Apa agaknya keistimewaan mangga yang diperap dengan asam boi ni? Mangga yang dibuat jeruk ni pula mestilah mangga muda.Dan mangga muda pulak bukan senang nak dapat dekat pasar raya atau pasar borong biasa.

Tu yang geng kreatif cipta resepi ni ganti mangga muda dengan epal muda, jambu batu dan buah-buah lain yang sesuai.

Ok,Terus terang saya beritahu dekat sini, saya bukan penggemar benda-benda masam atau yang berjeruk.Setakat tengok gambar mangga muda dalam balang dengan asam boi memang tak sampai tahap terliur saya melihatnya.Hatta, time pregnant sekalipun, saya tak beria cari benda masam untuk hilangkan loya.

Jadi, apa kehalnya saya sibuk-sibuk update entri mangga muda dengan asam boi ni? Hey..dey..ini blog saya, ikut suka saya nak kongsi entri apa kan..hoho.Ok.Jom kita tengok resepi atau cara buat Jeruk mangga Asam Boi ni ye kawan-kawan semua.




  • 3 atau 4 biji Mangga muda
  • satu paket asam boi ( yang merah/ putih)
  • gula 10 sudu
  • Cili padi atau cili besar ( dalam 7-8 tangkai)-Dihiris nipis
Cara Menyediakan Jeruk Mangga Asam Boi
  • Kupas kulit mangga dan potong ikut suka.Basuh hingga bersih.
  • Masukkan dalam bekas besar macam besen,kemudian masukkan bahan-bahan seperti gula, asam boi dan cili padi.
  • Gaul bagi rata dan sebati.
  • Tak payah masukkan air sebab gula itu akan larut bersama bahan-bahan tadi.
  • Simpan dalam peti ais dari 4 hingga ke 5 jam.
  • Boleh dimakan bersama suami dan ahli keluarga termasuk saudara mara..:)
Err..resepi ni khas untuk mereka-mereka yang baru berjinak-jinak ke dapur hanya untuk sediakan jeruk mangga muda dengan asam boi ni.Manalah tahu kan, mak mertua korang suruh buat jeruk mangga muda yang tengah jadi Viral sekarang ni.

Dengan adanya usaha gigih yang saya buat ni, haruslah berterima kasih ya.Maklumlah saya faham sangat perasaan orang pompuan yang tak biasa dekat dapur, alih-alih mak mertua suruh buat itu ini.muehe.Takpe.slow-slow. Practise Make Perfect! 

Post a Comment

0 Comments