Harga, Cirian dan Cerita Iphone 6 Di Malaysia

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ceh, kemain update blog hari ni dengan tajuk paling "hot" lah kononnya.haha.Kalau ikut pengalaman sebenar saya, yelah kan pengalaman budak Felda (walau hakikatnya dah mak budak!hoho.), saya tak pernah tahu dan kenal pun bahawasanya wujud brand atau jenama telefon bimbit dengan nama Iphone ni.


Kalau ikutkan, syarikat pengeluar Apple pun saya tak cam sangat. Rupanya "epal" yang saya kenal tu dah bukan lagi epal yang boleh dimakan sahaja, malah canggih sangat daripada sebiji epal boleh pula hasilkan sebuah telefon bimbit paling pintar dalam pasaran.

Ini bukan cerita rekaan eh.Pertama kali dengar nama telefon ni pun sebab Encik Suami yang kenalkan.Masa tu sekitar penghujung tahun 2009.Tersebutlah kisah masa tu, ada pasangan suami isteri yang baru dapat bonus dan masing-masing mendapat kenaikan pangkat dalam kerjaya.Pasangan suami isteri ni memilih untuk "manfaatkan " duit bonus yang diterima sebagai hadiah atau ganjaran kepada diri sendiri kerana pencapaian dalam kerjaya.Ceh gitu.

Bermula Dengan Iphone 3GS
Ya, begitulah adanya kami.Memang pelik ketika itu apabila memiliki telefon bimbit baru yang tuan punyanya sendiri tak tahu nak menggunakannya!haha.memang kampung betul masa tu.Saya terjebak masa tu dengan Encik Suami yang katanya, Iphone itulah antara telefon pintar yang paling canggih.Jadi, dengan memilih Iphone 3GS masa tu, kami dah tak payah fikir untuk miliki telefon baru lagi selepas itu.

Inilah ghupanya Iphone 3GS yang pernah kami miliki suatu ketika dulu.Eh..lain macam je ayat.Macam ada sambungan je cerita ni.hoho.Memang ada dan memang poyo pasangan kampung ni.


Masa tu, kami sama-sama menggunakan Iphone 3GS dengan kadar 16GB dan memilih warna putih gading berbanding warna hitam.Memang dua kaler je pun yang ada.hehe.Jenuhlah tengok manual cara hantar mesej, buat call, masukkan contact, ambik gambar dan lain-lain aplikasi yang disediakan.

Paling kelakar dan sedikit kesian bila tiba-tiba skrin membesar dan ikon dalam Iphone tu jadi besar gedabak.Yelah, jakun sikit sebab first time guna telefon touch skrin masa tu.huhai.Dahlah bila nak taip mesej dengan touch skrin ni, huruf asyik ke laut je sebab jari makcik ni lebih besarlah pulak dari space dalam mesej tu.hohoho.

Beralih Arah ke Iphone 4S Pula
Sekitar tahun 2011, Alhamdulillah.Tumpang rezeki anak yang keempat, kami bertukar angin dengan memilih untuk menggunakan Iphone 4S pula.Masih setia dengan pilihan warna putih.

Iphone versi 4S ni saya akui memang lebih smart berbanding 3GS.Lebih nipis dan mudah dipegang.Masa ni dah up sikit dan takde masalah menggunakan jenama apple ni.Setakat skrin jadi gedabak ke, apa ke..boleh setel.

iPhone4 Putih

Iphone 6 Kini Di Malaysia
Hari ini paling terbaru, bila saya dapat email notification dari Apple.com akan model terbaharu keluaran mereka dengan nama Iphone 6 dan Iphone 6 Plus.Memang cair tengok video dan spesifikasi yang dikongsikan.huhu.

Apple iPhone 6

iPhone 6

iPhone 6

Kalau ikut nafsu dan hal ehwal dunia ni, semua benda nak kan.Lebih-lebih lagi bila kita tahu setakat mana kemampuan dan  kecanggihan telefon yang  baru ni.Tak payah cakap pasal harga, sebab bila cerita bab harga, ia akan buat kita pikir dua ploh kali akan benda ni keperluan ke kehendak.hoho.Tapi bila fikir bab motivate, supaya lebih rajin dan istiqamah mencapai cecita masa depan, weii..only the best man will do..hehhe:)

Harga dan Cirian terbaru Iphone 6


Saya sempat singgah dekat website Encik Amanz yang sangat popular dengan segala gajet mutakhir tu.Terhibur pulak baca komen dan ulasan selari oleh para pelawat website tu tentang Iphone 6.Masing-masing ada pendapat sendiri kan..Macam saya kata tadi : Membeli dengan niat berbeza pasti hasilnya juga berbeza.Kita buat dia.hoho.

Di Malaysia, iPhone 6 akan dijual pada harga RM2399 untuk versi 16GB, RM2749 untuk 64GB, dan juga RM3149 untuk versi 128GB. Sementara untuk iPhone 6 Plus pula, ia akan dijual pada harga bermula RM2749 untuk 16GB, RM3149 untuk 64GB, dan juga RM3549 untuk 128GB.

iPhone 6 hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci, dilengkapi cip pemprosesan A8, dan dijana menggunakan iOS8. Sama juga dengan iPhone 6 Plus, tetapi ia menyertakan skrin bersaiz 5.5-inci. Pihak Apple turut menyertakan beberapa perkara khusus untuk skrin iPhone 6 Plus, termasuk dwi-tap butang Home untuk penggunaan sebelah tangan, dan juga kebolehan menggunakan peranti secara melintang. ( Sumber : Amanz )

Sekian dulu cerita budak Felda ketika first time berkenalan dengan Iphone.Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka..:)

Post a Comment

0 Comments