Cara Sebenar Menulis Azam Baru 2015 Dan Impian Hidup

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya bukan pakar motivasi.Tapi sungguh saya amat sukakan bacaan yang berkaitan motivasi atau pembangunan diri.Ikon Motivator terawal yang saya kenali dan mungkin juga anda semua kenali ialah tak lain tak bukan DMFK..err,,ke ada yang tak tahu sapo pulak DMFK ni..muehee.Oklah, saya tolong perkenalkan beliau ialah Dr.Mohd.Fadzilah Kamsah.Kenal dah?

Azam Tahun Baru 2015
Setiap kali menjelang tahun baru Masihi ni, perasaan untuk ubah diri dengan tabiat baru atau gaya hidup baru memang lebih mengujakan.Masa nilah macam-macam plan atau azam baru kita rancang.Lazimnya, kita cenderung memilih dan ingin membuat perubahan diri yang lebih baik.

Sebenarnya hasrat atau azam memperbaiki diri itu sudah sangat bagus.Cuma kadangkala kita tak tahu atau tak berapa pentingkan cara atau teknik yang berkesan bagi memastikan apa yang kita azamkan itu akan tercapai dengan lebih baik.Fikir tak tentang ini?

Sebab itulah, pada hujung tahun lebih ramai yang mengeluh sebab impian tahun baru belum lagi terlaksana.Sedangkan kita ada baki dua tiga hari sahaja lagi sebelum berpindah ke 2015.Anda bagaimana?

Follow The Flow
Atau anda dalam kategori umat manusia yang just follow the flow?Takpe.Mulai sekarang, anda kena baca dan fikirkan apa yang saya kongsikan ini.Semua orang yang sudah bermula pun bermula dengan beginner.Its ok.

Saya mula dengan menulis impian atau azam baru saya ialah sekitar penghujung tahun 90-an.Masa tu umur nak ambik SPM.Itupun bermula dengan menulis List Things To Do (LTTD) saya dalam buku latihan lama yang tak habis guna.Bajet betul masa tu.huhu. 


List Things To Do
Setiap kali saya selesai buat apa yang saya tulis dalam buku LTTD, saya akan tick dekat tepi nombor list saya.Setiap hari saya buat pada awal pagi sebelum pi sekolah.Apa yang saya nak buat, saya list down.Dah siap buat, saya tick.

Semakin hari, saya semakin bersemangat.Sebab apa? Sebab semua yang saya ingin lakukan berkaitan pelajaran atau rutin sebagai pelajar yang nak berjaya telah dapat dilakukan tanpa gagal!

Maka, saya mula menulis impian besar dan kecil saya.Saya senaraikan satu persatu.Apa sahaja yang saya idamkan atau impikan.Ya, saya tak lupa bab berdoa sungguh-sungguh dan yakin Allah akan kabulkan doa saya.

Kini, pada peringkat usia 30-an, sudah pastilah impian saya semakin banyak dan besar.Anak-anak saya yang berusia 8 dan 10 tahun jugak saya latih menulis list sendiri keperluan barangan persekolahan mereka.

Saya katakan begini :
Tulis je apa yang kakak nak untuk sekolah tahun depan.
Nanti bukan mama bagi beli semua ( ini luahan si anak)
Takpe, tulis je.Mama tengok kemudian..
Mama jangan marah tau, kalau iman tulis banyak-banyak..( si anak siap bagi syarat)
ok.

Selepas meneliti  senarai si kakak dan adik. saya hanya memotong dua atau tiga senarai yang tidak perlu dan selebihnya saya proceed tanpa syarat.

Nampak tak, dengan buat list apa yang kita nak ( atau dalam situasi di atas apa yang anak-anak perlu yang mungkin kita tidak memikirkannya) banyak memudahkan urusan kita.Mudah dari segi perancangan kewangan dan juga perbelanjaan. ( sebenarnya banyak lagi kelebihan).

Itu contoh hal kecil yang berkaitan persekolahan anak-anak.Bagaimana pula caranya jika kita ingin menulis azam yang lebih besar atau impian yang lebih besar?


Tulis Impian Anda Sekarang
Sama juga. Tiada bezanya.Cuma mungkin impian perlu kita tulis lebih detail dan mengikut spesifikasi yang kita inginkan.Misalnya begini :
  • Saya dapat memiliki 1phone 6 ( warna putih) pada bulan Januari 2015. Satu untuk saya dan satu lagi untuk suami.Ini adalah hadiah/ ganjaran untuk kami bekerja pada tahun 2014 dan kerana kesabaran kami melalui susah senang bersama.
  • Saya dapat mengurangkan berat badan saya sebanyak 10 kg dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2015 dan 10 kg lagi pada 6 bulan kedua tahun 2015.
Nampak tak penggunaan perktaan saya dapat dalam cara saya menulis impian, kita menulis impian dengan gambaran seolah-olah kita sudah dapat perkara tersebut.Ya, inilah rahsia mengapa ramai orang berjaya mencapai impian mereka.Mudah bukan?

Dah namanya impian.IMPI.Benda yang macam mustahil atau susah nak dapat, tapi bila kita dah tulis, kita akan baca setiap hari, imagine yang kita dah miliki atau capai impian tu, insya Allah, One fine day, kita akan mendapatnya!

Kalau ikut DMFK, boleh tulis jugak contohnya nak kahwin bulan Disember 2015-No hal. Dan saya sendiri pernah buat begitu.Dengan Izin Allah, tepat pada bulan dan tahun yang saya maksudkan, saya dapat memasuki IPTA yang saya idamkan.God Knows What the Best For Us.

Impian Adalah Doa
Ya, itulah hakikatnya.Setiap impian adalah doa.Doa yang kita harap Allah kabulkan.Lambat atau cepat atas kehendaknya.Tetapi jika kita menginginkannya pada waktu tertentu, pastilah Allah kabulkan selama mana ia mengikut perancangan dan ketentuanNya.

Menulis impian adalah ibarat menulis doa kita sendiri.Bezanya bila kita tulis, kita akan ulang setiap hari doa yang sama, tanpa tertinggal satu perkataan penting pun! hebat bukan?

Akhir kata, saya harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda menulis impian hidup dengan lebih baik dan berkesan.Saya tidak boleh mengubah NASIB hidup anda.Orang lain juga begitu.Allah pun kata, tidak akan ubah NASIB hidup kita MELAINKAN KITA UBAH NASIB DIRI KITA SENDIRI.

Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika bermanfaat kepada semua:)

Post a Comment

0 Comments