Rumah Mampu Milik vs Mampu Tengok

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Walaweh..Memang susah kalau kita dah fokus dengan apa yang kita nak settlekan dalam hidup ni kan?Makan minum pun dah tak kisahlah ibaratnya.Sanggup pi merata tempat, survey banyak lokasi.Belum lagi kira bab call orang itu ini. Semua sanggup sebab otak dah bagi command kat satu badan yang kita kena fokus pada cita-cita kita yang satu ni.hoho.Kemain mengayat kann..

Tapi ni semua bukan saya.Itu semua Encik Husband sayalah orangnya.Kami memang ada bercadang dan merancang untuk memiliki sebuah lagi rumah sebagai kediaman kami bila bersara nanti.Setakat entri ini ditaip, lokasi impian kami mestilah area Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Inilah dia yang buat Encik Suami dan Saya
berkobar-kobar nak ke Tahun baru 2015.
Pendek kata, mesti mengahala ke Johorlah.hehhe.Kami memang positif akan dapat rumah impian kami dengan segala ciri-ciri yang kami inginkan.Insha Allah.Insha Allah.Doakan semua ya!

Tapi tulah, kebanyakannya rumah yang kami survey tu, memang ada yang mampu milik, lokasi jauh terperuk pulak.Yang mampu tengok pulak, memang best tapi diluar kemampuan kami pulak.

Kalau ikut perancangan, ingat nak cari tanah lot dulu, kemudian baru bina rumah.Itulah nasihat Konsultan kewangan saya  ( Encik Husbandlah..siapa lagi kann).huhu.

Ok.Setel bab tu.Tapi memang tak boleh tahan kalau pi tengok rumah yang mampu tengok ni kan.Lagi-lagi kalau pi tengok Show house dia.Rasa nak pindah masa tu jugak.Err..over pulak.huhai.

Apa kata, kali ni saya kongsikan gambar antara Rumah mampu tengok dan Mampu milik yang pernah saya lawati bersama Encik Suami tersayang..:)

Gambar Rumah Mampu Milik Tapi ...
Lokasi Rumah ni terletak di Bandar Akademia.Memang cantik dan pemaju ada sediakan 4 jenis design rumah ikut kemampuan pembeli. Siapa yang tak pernah sampai tempat ni, tapi pernah dengar Bukit Broga yang cantik view nya tu, Bandar Akademia ni terletak ke atas lagi selepas Bukit Broga.Saya Dari Batu Caves, dekat 70 km sampai ke sana.Pernah datang sini sekitar tahu 2012, tahun ini datang lagi, masih tak banyak perubahan.Mungkin ramai yang memilih penempatan ini sebagai kediaman lepas bersara. Saya cakap macam ni sebab, belum ramai penghuni yang mendiami kawasan ini.


Lokasi rumah ini pula terletak di Bandar Seri Pajam.Pun banyak fasa sudah dibangunkan.Dengan keluasan yang ditawarkan, memang menarik.Lokasi rumah ini sedang elok menghala ke Johor, malangnya semasa kami datang melawat, rumah yang belum terjual hanya berbaki 2@ 3unit, dengan faktor Non Bumi, rumah intermediate pula, menjadikan kami keberatan memiliki rumah disini.Kalau ikut agent yang kami temui, rumah ini siap dibina pada tahun 2011, tahun yang sama kami menginap di kediaman sekarang dengan harga yang lebih kurang harga rumah kami.Terasa rugi kerana terlepas informasi tentang projek perumahan ini.Bukan rezeki lagi..

Rumah Mampu Tengok
Lokasi rumah yang seterusnya ialah Rumah Mampu tengok je.huhu.Masa tu kebetulan nak pi ziarah biras saya yang baru sahaja melahirkan anak ketiganya.Mereka menyewa di Bandar Seri Coalfields.Sedang elok je masuk ke arah rumah biras saya tu, kami terpandang satu signboard yang menunjukkan show house untuk Senna.Nama penempatan baru ni.Jom tengok..:)





Wahh..ni kira cuci matalah sat ye.Ini semua dunia belako..hhehee.Apapun tetap bersyukurlah ye tak?Meskipun kita tidak dapat memiliki ( kecuali dengan limpah kurnia dan izinNya) bersyukurlah kita kerana DIA masih memberi kita mata untuk melihat antara nikmat dunia ini.Al Hamdulillah.

Satu lagi kalau nak sedapkan hati, sebab tak dapat apa yang kita nak, kena fikir macam ni :bahagia tu bukan dikira pada besarnya rumah, tapi bagaimana hati kita selalu bersyukur dengan apa yang ada.eceh.eceh.

Saya kongsikan ini sebagai satu azam dan harapan tahun baru 2015.Lambat atau cepat, kami akan dapat juga rumah impian kami.Positif.positif.Yay!!.go!!!( semua tepuk tangan ramai-ramai..) huk alohh..

Post a Comment

0 Comments