Teknik Mudah Jahit Baju Kurung Di Rumah

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Teringat zaman remaja dan anak dara suatu masa dahulu.Hoho.Macamlah den ni dah tua sangat kann.Padahal masih sekolah rendah lagi.Sampai pencen tak naik sekolah menengah.Dah situ tempat cari rezeki yang halal.Hoho.Ehh..melalut dan ke laut pulak dah.


Pengalaman Belajar Menjahit Baju Kurung
Ok.Nak cerita yang sebenarnya ketika zaman anak dara dan sebelum kahwin dulu, saya memang bercita-cita dan menyimpan hasrat untuk belajar menjahit baju kurung sendiri.Masa tu, saya ingatkan kelas belajar menjahit tu tidak perlukan kos yang tinggi.Saya pun mulalah, berkobar-kobar mencari senarai kelas-kelas menjahit yang terdapat sekitar Johor Bahru.

Akhirnya, saya terpaksa lupakan dahulu mengikuti kelas jahitan tersebut,Masa tu, saya baru graduate sekitar tahun 2000, dan tahun-tahun tersebut merupakan tahun dimana ramai graduate yang terpaksa bekerja dalam bidang yang bukan dipelajari di universiti.Tahun di mana kemelesetan ekonomi sedang melanda dunia.Memang sakit tapi kena fikir untuk masa depan.

Kenapa saya lupakan hasrat mengikuti kelas menjahit tadi? Saya tak mampu membayar yuran kelas selama 3-5 jam sehari sekitar RM 50-RM100.Padahal gaji saya masa tu adalah setakat RM800 sebulan.Jadi, hasrat belajar menjahit baju kurung berkubur begitu sahaja!

Apabila kehidupan semakin baik, kemudahan mendapatkan maklumat semakin meluas, saya temui sebuah e-book yang menawarkan panduan lengkap menjahit baju kurung tradisional dengan bayaran yang sangat berpatutan dan paling menarik ialah tanpa asas jahitan, kita masih juga boleh mempelajarinya.Iaitu dengan bantuan lengkap e-book tersebut.


Pada peringkata awal, saya tak percaya dan kurang yakin akan kelebihan e-book Panduan Jahit Baju kurung ni, tapi akhirnya saya tahu inilah buku panduan menjahit baju kurung yang tidak mungkin kita perolehi di pasaran.Ya, sangat berbaloi jika kita memilikinya!

Kenapa saya berani kata begitu?
Penulis buku ini tanpa sedikit rasa kedekut pun dengan segala ilmu yang dimilki, siap bimbing kita dan ajar daripada bab asas jahitan seperti memotong kain, membuat leher baju dan sebagainya sehingga bab kos yang diperlukan hanya untuk menjahit sehelai baju kurung! hebat bukan?

Jom, saya kongsikan sedikit kandungan buku ini yang pastinya tidak menghampakan kita yang berkobar-kobar nak belajar menjahit.Cuba anda baca dan perhatikan apakah teknik dan panduan menjahit yang dikongsikan penulis dalam buku ini.

Teknik dan Panduan Mudah Jahit Baju Kurung
  • Teknik Mengambil Ukuran
  • Teknik Mengambil Pola
  • Teknik Memotong kain
  • Teknik Menjahit kain
  • Teknik Menjahit poket baju
  • Teknik Menjahit leher baju
  • Teknik Menjahit Pinggang Kain
  • Teknik Menjahit Span Bahu
  • Teknik Menyiapkan Kemasan akhir
Apa lagi yang anda inginkan daripada sebuah buku panduan menjahit selain dari sebuah buku yang lengkap ini?Ya, mungkin anda mempunyai perancangan sendiri.Sebab itu anda masih berfikir-fikir untuk memiliki buku ini.

Ok.Betul jangkaan penulis buku ini.Macam mana kita nak belajar menjahit kalau "sebijik" mesin jahit pun takde kat rumah kan?Itu sebenarnya bukan masalah besar.Ambil masa untuk belajar memotong kain dahulu dan pelajari asas menjahit dari aspek pemilihan kain, benang atau corak warna baju kurung yang sesuai, kemudian kita boleh simpan duit sedikit demi sedikit untuk beli mesin jahit pula.

Kalau ikutkan, setakat menjahit baju kurung, banyak je mesin jahit terpakai yang masih elok yang boleh kita dapati dari kebanyakan kedai hardware atau Kedai Singer ( yang terkenal dengan mesin jahitnya yang canggih).Harganya pula masih mampu milik ( bukan mampu tengok eh..err).

Kalau kita ingin serius dalam bidang jahitan, biar alah membeli tapi menang memakai kan?Ok.setel bab tu. Apa lagi kita boleh buat dengan kemahiran menjahit yang kita dapat dari buku ni?Banyak betul boleh buat.

Pasti anda juga seperti saya.Saya yang bercita-cita untuk jahit baju sendiri  anak-anak dan suami.Dengan cahayamata seramai 5 orang, jika saya berterusan menempah pakaian dari kedai jahit setiap kali nak raya atau tempahan pakaian seragam sekolah anak-anak saya, maka sah-sah akan bangkraplah encik Suami saya.hohoho.Mohon dijauhkan ya.

Itu belum tempahan baju kurung saya yang setiap masa jika ke tempat kerja memang lebih banyak pakai baju kurung.Tambah-tambah bila hantar jahit baju kurung dibandar besar macam kolumpo ni.Kalau tak melayang RM 70 ke atas memang tak sah.Jadi, jika kita sudah punya kemahiran menjahit baju kurung, memang boleh buat duitlah.Tak pasal-pasal dapat side income.Best nih.

Apapun, dalam setiap perancangan kita demi masa depan keluarga, saya sendiri memilih untuk memperkukuhkan kewangan keluarga dengan kelebihan yang saya ada.Tak kisah apa pun usaha kita untuk menambah nilai kewangan keluarga, asalkan ianya halal dan kita mengerjakannya sebaik mungkin.Bukan begitu?

Akhir sekali, jika anda benar-bear serius ingin belajar menjahit dan menjadikan ia sebahagian pendapatan sampingan atau memudahkan anda menjahit pakaian ahli keluarga, inilah buku panduan menjahit yang harus anda miliki.

Segera buat tempahan kerana harga tawaran mungkin akan berubah jika permintaan semakin banyak dan meningkat.

Terima kasih kerana membaca artikel ini dan boleh kongsikan jika suka dan bermanfaat kepada lebih ramai orang.










Post a Comment

0 Comments