10 Sebab Saya Suka Diet Atkins

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Mesti ramai yang dah consume dengan Diet Atkins ni kan? Khasnya kepada geng-geng yang berat badan dah melebihi muatan.hoho.Samalah kita.Serius tak suka bila berat dah naik dengan pesat.Memang gerun jugak dan tak dapat den nak bayangkan kalau berat capai tahap seekor anak gajah.Pheww.Mohon dikuatkan semangat den untuk istiqamah dengan diet yang tak berapa nak diet ni.Sebabnya den suka mengelat.muehehe.

.Hasil carian imej untuk gmbar diet atkins

Tulah peel sebenar den.Cuma masih istiqamah tak ambik nasi dan makan makanan manis.Yay!Memang berkenalan dengan Diet Atkins ni tak merugikan kepada sesiapa yang ingin menrunkan berat badan.Percayalah.Kalau rasa nak give up, cepat-cepatlah muhasabah diri sendiri.Bukankah kita memilih untuk sihat dan kuat.Bukan lembap dan lambat.isk.isk.

Baru dua minggu saya pilih untuk amalkan Diet Atkins.Rasa macam best dan sihat je.Paling mengejutkan ketakutan ramai orang berdiet iaitu TAKUT LAPAR langsung tak berlaku sepanjang saya ikut diet ini.Malah rasa kenyang lebih lama dan saya benar-benar harap Diet ini sesuai dan berkesan untuk tubuh badan saya.aamiin.

10 Sebab Saya Suka Diet Atkins
Pada hari ke-12, saya dah boleh senaraikan hampir 10 sebab kenapa saya suka Diet Atkins ni.Walaupun saya tak pernah cuba diet lain, tapi saya benar-benar rasa selesa, happy dan sihat dengan pilihan diet ni.Mari saya kongsikan dengan korang semua, yang masih was-was dengan kemampuan diri sendiri untuk berdiet, jom tengok kenapa saya suka diet Atkins ni :

Hasil carian imej untuk gmbar diet atkins
  • Urusan penghadaman tubuh badan saya semakin baik.Sebelum ini saya sukar untuk buang air besar setiap hari, tapi dalam tempoh dua minggu amalkan diet ni, saya boleh buang air setiap hari dengan jayanya!Ada rahsia dan petuanya.Nanti saya kongsikan ya!
  • Perut berasa ringan dan kosong.Sangat selesa untuk bergerak dan solat.
  • Tak rasa lapar kerana rasa kenyang lebih lama.
  • Perasaan rasa happy sebab kita buat benda yang kita suka ( akan hasilnya nanti.Insya Allah)
  • Lebih mudah untuk minum air kosong atau air masak walaupun sebelum ini saya penggemar air manis dan bergula seperti teh tarik, sirap limau dan kopi.
  • Diet atkins ni banyak menu yang kita boleh buat.Google je menu diet atkins, macam-macam menu yang sodap-sodap kita boleh rasa walaupun diet.muehee.
  • Memandangkan saya pilih untuk diet, saya bawak bekal sendiri dari rumah ke tempat kerja.Dan saya boleh jimat banyak dengan cara ini.Tambah-tambah sekarang ni orang dok sibuk kata harga makanan naik sebab GST.Bagi saya takde hal lah..heheh.
  • Dengan diet ni, barulah saya tahu timun jepun tu sangat sedap dan rangup kalau dimakan begitu saja atau sebagai kudap-kudapan.
  • Ramai sangat kengkawan yang buat diet Atkins ni berkongsi panduan dan menu bergambar di blog.Depa ni banyak guide saya untuk teruskan diet ni.
  • Secara tidak langsung, bila saya start nak diet atkins, saya learn banyak benda tentang makanan, bagaimana tubuh berfungsi sebenarnya, kenapa selama ini saya fikir tak boleh tinggal nasi dan sebagainya.Ini semua menambah pengetahuan saya tentang hal pengambilan makanan untuk tubuh saya.AlHamdulillah:)
Lain orang tentu lain cara penerimaan diet ini.Harapnya, saya benar-benar berjaya dan istiqamah dengan diet ini, Untuk korang yang juga tengah gigih nak turunkan berat badan, semoga tabah dan kuat semangat.Yeahh..kita boleh!

Post a Comment

0 Comments