Buku Baru Blogger Fatin Liyana

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Nak kata saya ni bajet Blogger Celebrity teramat jauhlah sangat, tapi tang update blog, memang saya bajet blogger Celebrity.hohoho.Rasa nak ketuk kepala sendiri. Kalau sekali dah update blog, nak tunggu update yang seterusnya, memang kena tunggu hujan lebat turun dulu dalam 2-3 kali, barulah korang boleh baca update kat blog ni.muehehe.

Hasil carian imej untuk GAMBAR FATIN LIYANA

Baru lepas jalan-jalan Blogwalking baca update baru dari mana-mana blog yang saya Follow, termasuklah blog popular yang sure korang suka jugak.Blog Fatin Liyana yang dah jadi tunangan orang tu.hehhe.

AlHamdulillah.Rezeki dia memang melimpah dalam arena penulisan.Paling mengkagumkan apabila seorang doktor macam dia, yang kita tahu batas masa lapangnya yang sangat terhad berbanding cikgu macam saya ni, tapi masih berkesempatan berkongsi kisah dan pengalamannya dalam bidang yang diceburinya.


Fatin Liyana kongsikan beberapa kisah yang pernah dilaluinya dalam sebuah buku yang dikenali sebagai DIAgnosis2. Sebenarnya sebelum ini, telah terbit buku DIAgnosis yang pertama.Saya pun tak baca lagi buku terbitan pertama tu.Tapi yang pertama ni, takdelah cerita daripada Fatin Liyana.
Kepada sesiapa yang minat dengan gaya penulisan Blogger Fatin Liyana, bolehlah dapatkan DIAgnosis2 dekat sini :

Harga buku : RM30 ( 356 Mukasurat)

Kalau tengok sikit gambar buku yang Fatin Liyana share dekat blog dia, memang dia tetap kekalkan gaya penulisan macam dalam blognya tu.Santai dan terus terang je.Ni antara mukasurat yang dia kongsi dalam blog dia;

Pengenalan tentang Dr.Fatin Liyana

Masih kekalkan gaya penulisan santai dan terus terang
Sebenarnya kalau ikut minat, saya memang suka baca buku yang berkisar tentang kisah benar yang dilalui penulis dan memberi kita inspirasi untuk berjaya dalam kehidupan.Insya Allah, moga buku yang diterbitkan ini memberi manfaat kepada semua:)

Post a Comment

0 Comments