Blog Capai Pageviews 2 Juta Dalam Tempoh 6 Bulan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali pertama saya buat blog dulu, tak terfikir pun dalam kepala saya yang blog kecik ini akan berjaya capai pageviews (PV) sampai juta-juta.ecehceh.yelah.Masa mula-mula berblog dulu, nak lepas 100 pv sehari pun payah.


Tambah lagi saya pula hanya Blogger part time.Blogger part time ni kalau ikutkan banyak benda dia nak kongsi dan buat dekat blog memasing, tapi kekangan tugas hakiki, tu yang banyak Blogger part time terpaksa makan hati kalau berhari-hari tak dapat publish entri baru.huhu.


Hmmm.Pada November 2014, saya ada kongsi dalam entri ini : Blog saya Capai 1 Juta Pageviews!masa tu agak "jakun" dengan pencapaian pv 1 juta sebab rasa macam best je kan jadi Blogger.pheww.Sebelum dapat pv 1 juta tu, banyak benda saya buat kat blog ni, antaranya banyak kali tukar template, banyak kali tukar header dan banyak kali jugak saya edit macam-macam dalam blog.

Semua tu, saya buat sebagai eksperimen dan ingin tahu tentang pelbagai "kekdah" nak bangunkan blog sendiri.Alhamdulillah.Jika anda blogger baru, sebenarnya banyak blogger senior dan juga yang dah taraf otai yang boleh kita jadikan panduan dalam berblog.

Kena rajin ziarah dan singgah blog depa dan baca entri-entri lama mereka yang boleh kita manfaatkan dalam buat blog.

Blog Capai Pageviews 2 Juta Dalam Tempoh 6 Bulan
Dua hari lepas, tatkala saya dapati blog saya dah capai pv 2 juta, saya sempat juga beritahu kat Encik Husband akan perkembangan blog saya ni.Biasalah kan, orang lelaki.Especially yang tak minat dengan dunia blog, bukan dia heran pun kalau blog wife dia ni boleh capai 100 juta pv pun..malah dia boleh tanya tanpa feel pun dekat saya macam ni:



So, apa bagusnya kalau pageviews blog dah sampai 2 juta ni?

okeh, fine.cuba jawab soalan Encik Husband saya ni.Apa faedahnya kalau blog kita dapat capai juta-juta pv ni?kalau ikutkan, ikut suka korang nak jawab apa pun boleh kan.Yelah, kalau kita kata dengan pv yang banyak tu, kita akan dapat iklan juta-juta pun boleh.hoho.Tapi nampak sangat nipunya kan.uhukuhuk.

Kebaikan Bila PV Blog Tinggi
Hal ini saya kongsikan atas pengalaman peribadi saya dalam berblog.Ia mungkin berbeza dengan blogger lain yang dah capai pv lebih banyak atau lebih sikit dari pv blog saya.
  • Bukanlah satu jaminan bila pv tinggi, maka Unique Visitor (uv) juga tinggi.Tapi biasanya ia begitu sebab agaj hairanlah pulak kalau pv bertambah tetapi UV berkurang kan.heheh.Faedahnya ialah apabila UV kita bertambah maka kadar Cost Per Unique Visitor (CPUV) kita yang dikira dalam iklan Nuffnang yang kita pasang dalam blog juga akan meningkat.Pendek kata, earnings korang juga akan meningkatlah gitu.
  • Bila ramai orang tengok dan datang blog kita, itu maknanya peluang buat duit dengan blog semakin cerah dan terbuka luas.Seperti saya, secara positifnya saya suka buat duit dengan blog sebagai Affiliate, maka dengan bertambah PV dalam blog saya, bilangan pembaca yang berpotensi sebagai pembeli produk digital yang saya promosikan juga akan bertambah.
  • Kebanyakan blogger menulis dengan niat berkongsi info, pengalaman, panduan dan juga beri bantuan selesaikan masalah pembaca.Jadi jika traffik blog kita masyuk, maka niat dan usaha kita tentulah tidak sia-sia kan.Malah, dengan adanya pembaca yang datang baca entri yang kita publish, secara tidak langsung, lebih banyak manfaat dan kebaikan yang kita akan kongsikan.Jadi, kongsi benda baik kan sedekah.Banyak sedekah bukankah akan tambah lagi kaya.Kan? Itu kan konsep nak kaya dalam Islam.Yakin dan buatlah dengan sebaiknya! 
  • Peluang untuk jalin network dalam bisnes atau join network dalam pelbagai bidang akan lebih luas sebab kita boleh yakinkan orang lain atau yang ingin bina jalinan dengan blog kita bahawa ada "orang baca blog kita".hehehhe.
  • Yang last ni, lebih kepada kepuasan peribadi dalam berblog.Kita banyak luangkan masa dengan blog, dengan harapan pekerjaan kita ini tidak sia-sia.Sebab Allah tidak suka kita buat kerja yang sia-sia.Paling kurang dengan blog, bila ramai pengunjung datang dapat pelbagai info, maka dekat situ kita dah buat sedikit benda baik kan.Insya Allah. 
Terima Kasih Buat Pembaca Blog Cik Matahariku
Ya, tanpa anda yang datang berkunjung ke blog ini, memang takdelah nak capai pv 2 juta ni kan.Semuanya kerana sokongan anda semua.Terima kasih dari sudut hati, sungguh saya hanya mendoakan semoga anda semua diberikan ilmu yang berguna, kesihatan tubuh badan yang sempurna dan dikurniakan rezeki yang dengannya dapat anda gunakan ke jalan Allah.aamiin.

Saya bersyukur kerana "dipilih" dan ditakdirkan menjadi salah seorang Blogger.Banyak benda saya belajar dan dapat dari dunia blog ini.Semoga tulisan-tulisan saya dalam blog ini memberi manfaat kepada anda dan mohon doakan saya akan lebih baik dalam penulisan saya dan berkongsi lebih banyak perkara bermanfaat kepada anda semua.

p/s: Memandangkan ada yang bertanya rahsia atau teknik yang saya gunakan sehingga boleh capai PV dalam tempoh kurang setahun ( sebab ini blog personal, bukan blog retis atau gossip..hoho..maka saya kongsikan "rahsia" tu dalam entri ini : Rahsia Tingkatkan PV Blog Dalam tempoh Singkat.) Selamat membaca:)

Apabila kita memilih untuk berjaya, 
maka kita sudah pun berjaya!:)
sampai jumpa lagi..:)

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!