Tips Jana Komisen Dengan Affiliate Sweet Muslimah

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Banyak betul gud news yang saya nak share dengan pembaca blog berkaitan penglibatan saya sebagai Affiliate Marketer.Rasa happy dan rasa macam dapat gaji hari-hari tulah yang buat saya teruja nak kongsi apa yang saya buat sehingga dunia Affiliate yang saya ceburi mendatangkan hasil yang bukan sedikit.Pheww..semangat betul nak bagi tips dekat korang supaya sukses buat duit sebagai Affiliate Marketer.ecehceh.Cakap ngalahkan blogger otai dalam Affiliate gitu..:) 

Apa yang penting dekat sini, bukan berapa banyak jumlah komisen yang telah saya berjaya raih, tapi kaedah dan teknik yang saya belajar dari banyak blogger otai dalam Affiliate memang menjadi.Pendek kata, kalau kita dapat atau tahu sesuatu ilmu tu, kena amal barulah kita tahu keberkesanannya.Insya Allah.


Tips Jana Komisen Dengan Affiliate Sweet Muslimah
Bukan kerja senang nak buat orang baca entri Affiliate Content kita sampai habis, kemudian dari pembaca jadi pembeli, tapi saya berjaya melakukannya dengan hasil komisen sehingga 3 angka beb! Ini juga mungkin rahsia besar saya sebab baca e-book Rahsia Penulis yang disarankan oleh ramai pakar Affiliate.

Antara perkara yang saya buat sehingga membolehkan saya jana komisen setiap bulan sebagai Affiliate SweetMuslimah ialah: 
  1. Buat atau tulis review produk digital yang terdapat di sweetmuslimah.com.
  • Dalam review yang saya tulis, saya akan kongsikan gambar pakaian, jubah dan dress yang cantik dan dapat menarik perhatian pembeli untuk klik gambar atau pergi ke laman web tersebut.Malah, saya tidak buat hanya satu review, saya tulis mengenai produk dari sweetmuslimah dalam banyak kesempatan seperti apabila saya tulis entri komisen yang saya terima dari sweetmuslimah atau saya pilih produk tertentu untuk dikongsikan dengan pembaca.



    2.  Pasang banner iklan dalam blog 
  • Iklan tersebut saya letakkan di tempat yang mudah dilihat oleh pembaca blog saya.Daripada analisa atau track link yang klik ke laman web tersebut, bukan sahaja mereka yang memang cari baju atau jubah muslimah tapi ramai juga yang datang ke blog saya sebab cari info lain tapi turut klik iklan dan jadi pembeli bila lihat iklan tersebut di blog saya.

    3.   Display pelbagai rekaan Jubah dan Blouse Friendly                    Nursing Dalam Blog
  • Display produk tersebut saya buat dengan inisiatif sendiri supaya sebagai permulaan pembaca yang berpotensi sebagai pembeli dapat datang lagi lain kali jika benar-benar berminat untuk membeli produk tersebut.Mereka hanya perlu ke blog saya dan tengok pakaian yang saya display. kemudian barulah mereka ke laman web tersebut untuk pilihan lebih banyak.

Walaupun komisen yang dibayar agak kecil iaitu sekitar 10 persen, tetapi dengan sambutan pembaca dari blog yang menjadi pembeli, saya yakin produk dari sweetmuslimah memang tidak menghampakan.Ia antara produk yang boleh jual dalam blog.

Bagi saya pula, dengan harga yang ditawarkan sekitar RM 50 ke RM 200, tentu juga bukan mudah bagi pembeli mengeluarkan not RM 100 jika tidak yakin dengan apa yang kita tulis, maka berbesar hati saya sarankan anda baca sendiri buku Rahsia Penulis yang telah menjadi sumber rujukan saya dalam menulis review dan entri yang berkaitan Affiliate Content:)

Terima kasih sudi baca entri ini dan kongsikan jika  boleh bantu orang lain dapat manfaat yang sama:)


Post a Comment

0 Comments