Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Akhir-akhir ini saya memang tengah kemaruk "membaking" segala bagai kek yang saya dan anak-anak suka.Paling laris dah tentu kek coklat dan juga kek oren.Pun begitu, saya baru sekali mencuba buat cup cake sendiri di rumah.Wow..memang tak sangkalah saya, rupa-rupanya depa dok lebih teruja bila tengok saya buat cup cake coklat kukus dalam bekas kecik-kecik macam tu.heheh.
Memandangkan stok serbuk koko atau baking coklat kat dapur saya dah habis, jadi cup cake saya ni takdelah topping segala bagai.Tapi rasanya memamg sedap dan sangatlah moist.erkk..nanti saya kongsi resepinya:)
Walaupun saya dah buat pemerhatian cara kukus cup cake coklat kukus dalam Google, tapi masih ada yang masih kelabu asap tentang cara sebenar mengukusnya.
Jadi, saya cuba cara saya sendiri.Bila kita buat sendiri, baru kita dapat pengalaman dan pengetahuan sebenar tentang Cara-Cara Sebenar buat Cup Cake coklat kukus.
Ehhh...mungkin orang lain pun ada cara sendiri kukus cup cake ni, tapi kali ini saya kongsikan cara saya pula.Nampak macam kampung sikit pun ada ni.hahha.Korang, tengok jelah dulu ya!
Nampak tu, saya guna aluminium foil balut cup cake saya time nak mengukusnya :) |
Nampak serebeh sikitlah kan..saya gunting aluminium foil tu ikut mana boleh je, kemudian balut kat cup cake tu. |
Eh, tetiba dah kena ngap..mana pic time mengukusnya? Den lupa nak tangkap gambo time ngukus..haha.. |
Ni baru betul sudu lebih dari kuah..hihi.. |
Okeh, lelong..lelong..singgit seploh..muehee. |
Saya guna dua saiz cup cake..yang beso tu biar mak-mak makan ye anak-anak..:) |
gambo close up sikit..
Cara Mengukus Cup Cake
Kalau ikut pengukus saya tu, cup cake yang saiz beso tu boleh cukup 7 cup sekali masuk.ngam-ngam je beb!sedang elok orang tua berbudi bahasa cakap.hehe.Kalau ada yang first beginner dan tak tahu langsung asam garam mengukus kek ni, awatlah kena serkup segala bagai cup cake ni kan.
Takpe, meh ahkak bagitahu.Bila kita kukus kek ni, wap air dia akan naik ke atas, dan sah-sah akan menyebabkan cup cake atau kek coklat kita tu jadi lembik dan tak masak.Kita serkup atau tutup dengan foil tu supaya air wap tak menitis dalam cup cake kita.Ceh gitu..Dah macam cikgu baking kek pulak den ni ha.pheww..
Petua Mengukus Yang Mudah
Sebelum kita start mengukus tu, pastikan dulu pengukus telah dipanaskan.Masukkan cup cake semasa wap tengah mendidih.Lepas 20 minit, kita dah boleh angkat cup cake tu.Kalau nak lebih confirm, cucuk dengan pencungkil gigi tu, tengok kat lidi tu.Kalau line clear, maknanya dah completelah kukusan cup cake tu..
Kalau tengok gambar yang saya kongsi, saya serkup sebiji-sebiji cup cake tu dengan foil.Nampak macam skema kan..muehehe..sebenarnya saya dah cuba jugak letak cup cake dalam loyang, kemudian saya serkup je terus loyang tu, gaya mak-mak malas..tapi lepas 20 minit kukus, tak jadi apa beb, saya buat rumusan, janganlah sesekali amalkan sifat M dalam pekerjaan kita..mueheee.
Tak tahulah kenapa cup cake tu tak mahu masak time saya serkup sekali satu loyang tu.Mungkin loyang tu menyebabkan wap tak boleh nak stim cup cake tu sebiji-sebiji kot.Yang pasti, dengan buat sendiri, saya learn something yang saya tak akan dapat kalau saya tak buat try n error kann.Ok, ucap Alhamdulillah sume sekali sekarang!!:)
Update Terbaru Kukus Cup cake Mudah

Baru-baru ini saya ada terbaca dalam sebuah blog tentang cara mengukus cup cake yang mudah.Tak perlu tutup cup cake dengan foil segala bagai, tapi serkup penutup pengukus dengan tuala bersih yang sesuai.Hmm..memang nampak lagi mudah.Lain kali saya ingin mencuba cara ini pula:)
Boleh tengok dekat sini cara kukus cup cake dengan container : Cara Kukus Cup Cake Oren dengan cup Container :
Ok, jom kongsi resepi.Yay!!Resepi ni sama je dengan resepi yang saya kongsi dekat sini :Cara Mudah Buat Cup Cake Coklat Kukus.
Boleh tengok dekat sini cara kukus cup cake dengan container : Cara Kukus Cup Cake Oren dengan cup Container :
lebih mudah mengukus cup cake dengan cara ini |
Dan ini hasil cup cake oren yang saya sudah kukus |
Resepi Mudah Buat Cup Cake Coklat Kukus
Sumber resepi : Celoteh Hati Bella
Bahan-Bahan :
- 3 biji telur ( saya letak 4 biji sebab guna telur gred c je)
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan air panas
Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Kukus :
- Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang
- Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati
- Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.
- Setelah sebati, masukkan minyak.
- Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.
- Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.
- Kukus selama 20 minit.
- Akhirnya, siaplah cup cake coklat kukus kita..:)
Memang tekstur kek ni moist, lembut dan ada iras-iras rasa coklat twiggies macam kat kedai roti atau kat station Petronas yang biasa korang jumpa tu.Macam ni ha rupa Twiggies tu.
roti ni ada coklat cair dalamnya.memang lembut dan sedap kann..
Saya dah kongsi semua petua dan rahsia Cara Sebenar mengukus cup cake coklat ni, apalagi..korang cubalah buat sendiri.Mula-mula memang tak confident, tapi kena cuba jugak.Baru kita tahu kemampuan sebenar kita kan..:)
|
4 Comments
Sedapnye
ReplyDeleteSya dah try kek coklat ni...mmg sedap..lembut jerr..tq for d recepe
ReplyDeleteSalam a
ReplyDeleteSaya dah try.. Mmg menjadi.. 2 kali saya buat.. Kalau utk mangkuk 4oz tu, isi separuh mangkuk, dia akan naik cantik je.. Dan dapat dalam 43 bekas 4oz tu.. Rasa dia pn x manis sgt.. Just nice je.. Boleh lah sape2 kalau nak cuba buat.
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!